Saturday, 31 October 2009


itza HALLLLOWEEEEEEEEN! xD

Friday, 30 October 2009

sebelum.terlupa.

Photobucket sedang menonton You're Beautiful.

Quote:

'bulan itu tak sehebat bintang-bintang di sekelilingnya. ianya hanya mampu bersinar atas bantuan matahari. tapi selemah-lemah bulan, dalam banyak-banyak bintang yang bersinar, aku hanya mampu menghargai cantiknya bulan"

paham tak maksud tersirat ayat ini?

xD

hari.ini.sangat.cantik.

Photobucket sedang menepukan minda beliau.

salam bahagia.
berjumpa kita sekali lagi.

hari ini hari tohishinki sedunia.
hari lagu balada sedunia.
dunia saya ajelah :P

semalam seharian saya tiada di rumah.
dari kol 6 pagi sampai kol 11 malam - macam2 benda saya buat.

semalam ada kelas dari pagi hingga petang.
rasa nak rehat2 dari pergi sekolah, saya pergi kelas motivasi.

speaker tu bolehlah tahan banyak cakap.
dia ni lulusan PhD zoologi tapi lagi suka buat mende yang bukan berkaitan dengan haiwan.

dia kata subconcious mind kita lagi powerful dari concious mind kita.
tu sebab kita banyak mimpi.
tu sebab kita selalu cakap, 'eh? dejavu ke ni?'

sebab minda kita banyak sangat fikir.

semalam dia cakap juga subconcious mind kita yang boleh buat kita jadi orang yang macam mana.
contohlah - kalau kita kata kita ni pemalas - sebenarnya kita memberitahu otak kita yang kita ni pemalas.
sebenarnya kita bukanlah pemalas pun.

dia buat ujian.
dia kata kalau dia sebut satu perkataan - apa yang saya akan fikir berdasarkan perkataan tersebut.

dia cakap 'FRUIT'
orang lain semua macam fikir epal la, banana la.
saya?
saya fikir alangkah baiknya kalau saya makan banana yang senior saya bawak gi sekolah hari sebelumnya.

pastu bila dia cakap EPAL, orang lain semua respons - epal merah, epal hijau.
saya?

dalam otak saya keluar perkataan 'RINGO'

(nota: ringo maksudnya epal dalam bahasa jepun)

dia kata otak manusia yang normal akan sentiasa fikirkan sesuatu yang grafik.
tapi saya fikirkan perkataan.

adakah saya tak normal?

semalam dia suruh semua orang buat point berdasarkan satu topik yang dia akan sebut.
semua orang buat bullet points melainkan SAYA.

saya buat mind mapping.

dia nampak saya buat mapping. pastu dia cakaplah 'orang normal (95%) akan buat bullet points tapi dia tidak' - sambil angkat kertas saya dan tunjuk kat semua orang.

SAYA BEBETUL TAK NORMAL KE?

kemudian dia suruh membaca dengan tekun, dengan lajunya; dengan teknik yang betul.
orang lain dapat baca dalam lebih kurang 400-500 perkataan seminit, cuba teka saya dapat berapa?
1000 perkataan seminit.

walaupun saya asyik kata pada semua orang yang saya ni slow reader.

saya rasa saya bebetul tak normal.

Wednesday, 28 October 2009

kenapa.kenapa.kenapa.

Photobucket sakit dada belah kiri. simptom (luar)biasa.


terjumpa lagu ni.
lagu ni hits di korea.
penyanyi ni femes generasi 90-an.

cakap banyak-banyak bukannya korang tahu pun (cuba berlagak mcm pernah duduk korea suatu masa dulu) hohohoho.

anyway.

bila dengar lagu ni saya teringat pada suatu masa yang bakal berlaku.
ini bukan angan-angan.
ini sesuatu yang hati saya cakap mesti akan berlaku.

cuma saya tatau bila aje.

kalau awak tengok (kalau nak tengoklah) MV di atas itu, saya rasa benda itu mcm betul2 jatuh atas kepala saya.
wp lagu ni sedih menyentuh hati, bila saya dengar lagu ni saya tersenyum.

at least ada orang pernah rasa mcm ni dan buat lagu daripada pengalaman beliau.

saya tahu nanti kami akan berjumpa.
rasa sesal itu pasti ada.
tapi hidup harus terus.

dia bukan untuk saya.
dan saya pastilah bukan untuk dia.

walaupun saya dengar-dengar dia mencari/dapat orang yang mcm saya, saya tak rasa terkilan pun.

saya bukan untuk dia.
saya bukan untuk dia.
saya bukan untuk dia.

i just can't.

hapdet.ringkas.

Photobucket lapa. ;(

duit dah masuk.
rasa seronok sket nak shopping.
europe trip dalam rancangan.

semalam gi edinburgh.
sempena duit dah masuk, gi makan kat restoren mesia.
hoho.

bersama siapa?

hushhh... diamkan aje.

ok, sambung buat kerja.

oh ye. saya memang senyap kat YM, FB, dan blog.
itu maknanya saya dah ade life sebagai seorang student.

journal in the making, insha'Allah.
oh ye! duit buku dah masuk! maksudnya saya dah jadi pelajar tahun ketiga! ;(

buku Jepun tak sentuh-sentuh lagi.
nasib baik hari-hari dengar lagu jepun.

hitotsu, futatsu (1, 2...) hehehehe...

ok chiao~!