Showing posts with label quotes. Show all posts
Showing posts with label quotes. Show all posts

Saturday, 15 January 2011

separuh.sakit.

1) lagu feveret sekarang: That Man, Encik S. haha! tak tak, Encik Hyun Bin. Selamat bertugas dengan pasukan Marin Korea~~ jumpa lagi 2 tahun lagi insha'Allah...


2) makanan feveret sekarang - obento. nasi mesti wajib, ye - saya super gemuk sekarang (nak blame nasi ke, blame bento cantek ke, atau blame org yang bagi saya hadiah bento itu?)

3) feveret drama sekarang - My Princess! Sila jangan kecewakan saya!

4) feveret quote saya minggu ini - *shrug* i don't know *sambil angkat kening kanan*

5) feveret manusia saya - semalam, hyun bin. pagi tadi, encik S. bangun tidur tadi, Seong Sung Hun. Ceyh... ati tak tetap susahlah nak berlaki satu aje.

6) benda yang buat saya doki-doki selama satu saat arini - bila encik S kata, Amal - are you ok? Amal, do you wanna help with something? Amal, you're so clever! hahahahaha! *tapi mood saya still tak genki*

7) cik wanis - siyes, kalau 5 hari lagi saya diam tak cakap/text/chat pape, cuba cek saya kat mental ward ok?


Monday, 12 April 2010

mak-nu-siya

orang selalu kata manusia ini hidup atas sebab orang lain.
sang ibu meneruskan hari-hari beliau sbb mahu melihat anak-anaknya membesar.
si ayah bangkit awal-awal pagi untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

si anak ke sekolah kerana mahu berjumpa dengan kawan-kawan.
si gf-bf mahu celik mata cepat-cepat sebab mahu melihat text/menjawab telefon dari pasangannya.

si kawan-kawan mahu terus hidup dengan gembira kerana adanya nasihat dari seseorang.
bila-bila putus harapan, mesti ada yang datang membantu.

tu sebab SELALUNYA yang bunuh diri tu sama ada takde keluarga ataupun kawan-kawan yang boleh buat perkara-perkara di atas.
tu sebab orang kata kalau duduk seorang boleh jadi gila.

****

saya pernah tanyakan benda ini pada seseorang (seseorang tu tahu-tahu la siapa ye?)

kenapa kita senantiasa looking fwd pada sesuatu yang pada angan-angan kita nampak mcm indah?

tatoeba (for example) - sekarang ni hidup kat UK rasa mcm kosong aje. hari-hari rasa nak balik Malaysia (atau Jepun, dalam kes saya) - dapat bersama-sama dengan keluarga dan kawan-kawan rapat.

tapi bila dah balik, perasaan tu tak sama dengan apa yang kita bayangkan masa kat UK. macam ada aje tak kena.

contoh kedua: hidup single selalunya akan berangan kan best kalau hidup berdua bertiga. tapi kalau dah hidup berdua bertiga rasa mcm nak hidup single balik.

rasa mcm hidup ada aje tak lengkap.
sebab tak cukup amalan ke?
ke mmg fitrah hidup manusia tu sukakan sesuatu yang fantasi?

benda mcm ni buat saya fikir fikir dan terus fikir.
betulkah saya mahu ke jepun itu sbb fantasi ataupun itu mmg takdir saya?
betulkah saya tak mahu berkahwin dalam masa terdekat adalah pilihan ataupun keperluan?

saya tak tahu.
siyes, saya tak tahu.

Wednesday, 24 February 2010

kadang.kadang.

kadang-kadang orang yang sangat kita sayang adalah orang yang paling susah nak disayangi.

skrip filem CINTA

Sunday, 14 February 2010

do.you.like.me.better?

Photobucket doki-doki.

hero chef : antara pasta dengan chef ko suka sape?
heroin chef pasta : chef!
hero chef : antara kaktus dengan chef ko lagi suka sape?
heroin chef pasta : chef!
hero chef : antara pasta dengan kaktus mana ko lagi suka?
heroin chef pasta : chef!

ah, mende2 cheesy macam ni buat saya doki-doki.

Saturday, 13 February 2010

iklan.

lelaki: cuba baling duit syiling ni ke dalam sungai tu.
perempuan: kenapa? duit ni siapa punya?
lelaki: ini duit saya, dan saya katakan buangkan ke dalam sungai.
perempuan: tak mahu. ini bukan duit saya. kalau awak suruh buangkan pun, ini adalah duit. perkara yang penting dalam hidup.

lelaki: bagus. kamu faham apa yang penting dalam hidup kamu.

Friday, 30 October 2009

sebelum.terlupa.

Photobucket sedang menonton You're Beautiful.

Quote:

'bulan itu tak sehebat bintang-bintang di sekelilingnya. ianya hanya mampu bersinar atas bantuan matahari. tapi selemah-lemah bulan, dalam banyak-banyak bintang yang bersinar, aku hanya mampu menghargai cantiknya bulan"

paham tak maksud tersirat ayat ini?

xD

Sunday, 6 September 2009

enaunsmen.

Photobucket mahu Cik Nunu mendengar lagu mellow pilihan saya kali ini.

Cik Nunu sila dengar lagu kat sebelah tu.
bila saya dengar lagu ni, saya tiba-tiba rasa sedih Cik Nunu nak balik.
walaupun, saya tahu kita akan berjumpa lagi, tapi memikirkan betapa baiknya dia dengan saya (dan kawan-kawan yang lain) buat saya sedih.

bape banyak titis air mata yang keluar,
bape banyak bahak-bahak ketawa yang dihabiskan,
bape banyak perasaan terasa/merasa/dirasakan (macam ayat pelik aje) dah diekspreskan.

saya rapat dengan dia sejak bulan april 2006.
kami rapat lepas main-main di playground belakang rumah kami.
masa tu kononnya nak pergi jogging la.
tapi end up main buai.

Align Centre

haih.
macam-macam jadi selepas itu.
ade yang manis, ada yang pahit nak telan.
tapi alhamdulillah, dia masih di situ menemani.

dia seorang kawan yang baik.
saya pernah quote ayat dia 'aku anggap semua orang kawan baik aku'
gembira-gembira dia, saya tahu bila dia sedih, bila dia suka kat orang tu.
lawak-lawak dia, saya tahu bila malam-malam mesti dia rasa kosong.
walaupun Aberdeen jauh berpuluh-puluh batu dari rumah saya, tapi saya selalu anggap rumah dia macam sebelah rumah saya.

we're gonna miss you dear.
takde Cik Nunu, Aberdeen dah tak happening macam dulu.
sapa nak masakkan saya ayam masak merah lagi?
nasi lemak?

;( kena baca nukilan ni sambil dengar lagu kat sebelah atas kanan tu.
Cik Nunu, hidup baik-baik.
semoga hidup di Malaysia lebih tenang dan bahagia, insha'Allah.

dan semoga anda berjumpa dengan seseorang yang boleh menjaga anda sebaiknya.

kita jumpa lagi, insha'Allah.
jalan baik-baik.

[oh, balik kang pakai baju cantik-cantik, senang nak mengurat pengiran ;)]

Wednesday, 19 August 2009

mandom-ness.

Photobucket feeling refresh a bit.

malam ini terasa bahang.
dalam hati dan persekitarannya.
dia keseorangan sambil ditemani beberapa kawan angan-angan beliau.
ah jangan ditanya yang mana satu, setia sahaja mereka menemani.

dia bertanya pada diri sendiri.
apa yang dia mahu pada umurnya 26 ini?
dia rasa kosong. hollow.
terkadang dia berkata alangkah baiknya ada seseorang yang benar-benar di sisi.
tapi itu bukanlah penyelesaian yang mudah.
bukankah orang berkata mencari jawapan dengan suatu persoalan akan menambahkan masalah.
itu yang dia tahulah.

tolak tepi pengisi hati itu.
dia mahu berbuat sesuatu.
untuk seorang wanita (ye, dia sudah menjadi seorang wanita) bayanya sepatutnya hidup sudah stabil, berkahwin dan beranak satu atau dua.
dia tahu dia tak bersedia lagi untuk itu.
dia mahukan teroka lagi dunia.
tapi bukan cara ini.

dia sudah hilang semangat belajar.
setiap pagi seusai membuka mata, soalan pertama yang dia tanyakan diri sendiri.
inikah yang dia mahu?
duduk di dunia orang? bekerja dengan persekitaran yang dia sendiri tidak mesra?

bukan itu. bukan itu.
dia sudah hilang semangat belajar.
penat agaknya.
dia mahu berbuat sesuatu yang dia sendiri mesra dengan.

dia mahu menjadi seorang penyanyi.
suara yang agak-agak sumbang di sana sini masih berimpikan menjadi seorang penyanyi.
dia sudah tua mahu menjadi seorang penyanyi.
bisnes hiburan kejam.
baiklah dia duduk di makmal layan dunia lelaki angan-angannya.

tapi dia mahu menjadi penyanyi.
mahu manusia menghargai bakatnya yang bersuara sumbang-sumbing itu.
tiada siapa pun mahu menyokong.
hidupnya dikelilingi oleh orang yang agak-agak rigid.
bukan dia tidak suka, cuma dia bertanya pada hidupnya sekali lagi.
adakah hidup ini untuk menjaga hidup orang lain.
hidup untuk orang lain?
dia bertanyakan ini selalu, dia kini hidup untuk siapa?
yang pastinya dia masih bernafas kerana permisi dari-Nya.
untuk siapa? itu yang dia sendiri tak pasti.
yang dia pasti, bukan untuk dia.
dia hilang dalam dirinya sendiri.

kini, dia hanya mahu terus hidup kerana 'disuruh' hidup.
dia hanya berdoa semoga hari esok masih baik untuk diri menikmatinya.


semacam bila dia menikmati kehidupan pantainya. ah tenangnya!

Wednesday, 24 June 2009

Photobucket

"love is love, no matter we deserved each other or not"

errrr.... hit me once boleh? - MissCC.
Photobucket

'We don't love to be loved; we love to love'

errr... BS? - respons si MissCC kalau orang bujang cakap macam tu.
errr... ok... - respons dia kalau mak ayah cakap macam tu :P