Showing posts with label lagu-lagu.. Show all posts
Showing posts with label lagu-lagu.. Show all posts

Wednesday, 9 February 2011

mandomness.

1) missCC melayan lagu anuar zain 'kuberjanji kerna cinta' - saya blame cik I sbb perkenalkan saya pada lagu ni. saya jatuh hati dgn lagu ni sampaikan saya kata kat Cik I, balik nanti saya nak mengurat pakcik Abang Shahrul (Anuar Bin Zain). Tunggu saya ye Abang Shah?



2) missCC sedang mengalami withdrawal syndrome. Itu yang cik wanis kata. Saya sejak dua tiga hari ni saya rasa sunyi sangat. supaya tak kasi rasa sunyi tu membaluti perasaan, saya buat keje teruk2. tak cukup tidur pastu emo. pastu buat comfort eating. ha! bagus! naik lagi 2kilo. sila pergi skipping skang!

3) missCC nak pergi gym. tiap kali lalu sekolah aje, ramai gila orang guna gym. orang beratur panjang. kensel pi membazir duit. baik saya lari keliling rumah. jimat duit saya.

4) missCC rindu encik S. terlalu rindu. sampai budak lab lain lalu depan saya pun saya ingatkan itu encik S. benci perasaan ini. i love hate you Mr. SR!

5) missCC sokmo terhidu bau perfume encik S sejak dua menjak dia takde ni. Saya nak pergi cari perfume dia skang juga di Debenhams!

6) missCC bila rindu suka tengok bunga yang encik S kasi masa hari last dia di sekolah. Nah! amiklah bunga dengan cokelat ni. pembalut ade tanda love *raburabu* tengah2 bunga carnation ade sekuntum bunga mawar merah dan something yg berbentuk LOVE. Anda bakal buat saya angau 40 hari 40 malam encik SR!



7) missCC berterima kasih kepada Cik I kerana sudi meminjamkan macbook beliau ketika lappy saya sedang tenat. takpe, dugaan baru sket je tu.

8) missCC rasa mcm nak nanges sekarang. tiba-tiba nak gi telefon encik SR skang gak pastu cakap...


SAYA

SUKA

AWAK!!!

:((

(apekah perasaan ini? gila lah! saya cuma ada beberapa bulan aje kat sini sebelum pulang ke Malaysia. anda rasa perasaan ini berbaloikah untuk ke sekian beberapa bulan itu?)

takpe. balik Malaysia nanti adalah Abang Shah menanti. Insha'Allah.

Saturday, 15 January 2011

separuh.sakit.

1) lagu feveret sekarang: That Man, Encik S. haha! tak tak, Encik Hyun Bin. Selamat bertugas dengan pasukan Marin Korea~~ jumpa lagi 2 tahun lagi insha'Allah...


2) makanan feveret sekarang - obento. nasi mesti wajib, ye - saya super gemuk sekarang (nak blame nasi ke, blame bento cantek ke, atau blame org yang bagi saya hadiah bento itu?)

3) feveret drama sekarang - My Princess! Sila jangan kecewakan saya!

4) feveret quote saya minggu ini - *shrug* i don't know *sambil angkat kening kanan*

5) feveret manusia saya - semalam, hyun bin. pagi tadi, encik S. bangun tidur tadi, Seong Sung Hun. Ceyh... ati tak tetap susahlah nak berlaki satu aje.

6) benda yang buat saya doki-doki selama satu saat arini - bila encik S kata, Amal - are you ok? Amal, do you wanna help with something? Amal, you're so clever! hahahahaha! *tapi mood saya still tak genki*

7) cik wanis - siyes, kalau 5 hari lagi saya diam tak cakap/text/chat pape, cuba cek saya kat mental ward ok?


Friday, 7 January 2011

o.m.g.

kenapa saya berasa malas di awal-awal tahun ni?

kenapa perangsang semangat saya masih tak masuk sekolah ni?

kenapa banyak sangat dorama best kuar waktu-waktu winter ni?

kenapa banyak sangat distraction dalam hidup saya ni?



sejak dua menjak ni saya dah kena demam download lagu-lagu korea. oh bahasa jepun saya dah semakin rusty. saya dah di-dearashified. ha ha ha!

adakah misi cuti-cuti saya selepas ini akan ke Korea berbanding ke Jepun? sama-sama kita nantikan.

tolonglah cik amal! fokus la keje. awak dah nak balik awal kan? awak nak berbakti pada masyarakat kan? dah takmo duduk sejuk-sejuk kat UK kan?

tolong rajen bleh tak?

Monday, 3 January 2011

page.one.

happy new year 2011 everyone! azam saya tahun ini adalah:

1) bekerja lagi rajin
2) di samping encik S
3) supaya dapat balik Malaysia dengan cepat
4) keje leklok
5) beli rumah baru
6) kumpul duit banyak2
7) .... dan kawen!

ok tak plan saya selama 12 bulan yg akan datang? yatta! doakan ye? oh otsukare encik hyun bin dan ha ji won! terima kasih kerana menghiburkan saya for past few months.

Saturday, 27 November 2010

lagu.rasmi.saya.

Photobucket mellow dan stress ;(


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

bila saya dengar lagu ni dalam drama Secret Garden, saya tiba2 rindu zaman gaduh-gaduh dengan orang yang pernah saya sayang.

bila saya tengok pasangan ni gaduh-gaduh (love-hate relationship), saya rindu zaman saya bercinta.

saya nak nanges. saya nak rasa balik rasa gaduh-pujuk-gaduh balik. rasa itu walaupun perit tapi saya rasa rindu.

at least masa tu si dia boleh buat saya menanges. boleh saya tersenyum. boleh memberi harapan. boleh beri saya semangat untuk apa-apa saja.

bila saya tengok hero pandang heroin dari jauh, dia macam boleh baca apa yang heroin tu fikir. dia selam dalam-dalam.

saya tahu ni hanyalah sebuah drama aje. tapi kenapa saya boleh relate benda-benda ni dengan diri saya ni? kenapa drama ni suka buat saya doki-doki ni?

BTW, episod 5 Secret Garden buat saya gelak bahak2 sambil guling-guling. dan buat saya sedih. boleh sentuh2 hati saya. boleh buat saya lupakan mamat KIM NAM GIL yang kuat nanges tu. haish.

(kalau dgr lagu ni sambil tengok salju turun mesti syahdu - uwaaaa!! nak boifren! suami!!!)

oh, ni gambar terkini from Aberdeen! snow teballl!! saya nak main sledge!!! :(


credit to cik hudie_hud

Friday, 22 October 2010

rinda.rinda.rinda.

Photobucket pening-pening lalat.



song of the day. 'salahkan' nino buatkan saya cari lagu ni kat youtube. turn out lagu ni femes gila rupanya. patutlah mcm pernah dengar. hey! hey! hey!

hari ni dari pagi hingga ke malam asyik hujan aje.
walaupun saya berpayung tapi kepala saya asyik pusing-pusing.
badan macam panas, pipi pun merah.

keje banyak. badan makin penat.
godzilla asyik nak marah-marah aje.
itu tak kena ini tak kena.
nak bebel kat saya kol 5 petang hari jumaat.

tadi sket lagi rasa nak meletup.
seb baik dia panggil co-sv sekali dtg lepak opis.
kalau tak, nak aje jerit kat mamat tu "cuba buat eksperimen sekali, aku nak tengok!"

komen punya banyak.
asyik kritik memanjang.
tanya soklan mcm nak interrogate suspek penjenayah.

suh buat eksperimen yang orang dalam dunia ni tak pernah buat.
pastu sekali aku cuba tak dapat results nak marah2 plak.
AKU SEPAK KARANG!
nasib baik weather kat luar hujan.
darah dah mendidih, kepala dah pening.
rasa mcm nak makan orang.

pastu dengan separuh sedar, gi bukak google, cari monitor super besar dengan wireless keyboard.
konon nak cukupkan set komputer untuk menulis tesis kat rumah nanti.
beli punya beli kedai tu janji nak deliver malam nanti.
tengok-tengok saya tunggu tak sampai2 pun.
JANJI MANISMU!

maka, kepala jadi makin pening.
rasa nak nanges ade, rasa nak makan sebesar hidangan lembu pun ada.
now, dah makan banyak gila dah tatau nak buat ape.
nak telan panadol dan tidurlah mcm ni.

sebelum tidur dengar lagu rinda! rinda! rinda!
haih, nino ... nino...

Sunday, 11 April 2010

perasaan.saya.kini.

perasaan saya hanya boleh ditafsirkan melalui melodi ini.
oh, ini antara penyanyi Jepun yang saya terus suka bila dengar hanya satu saat.

terima kasih kerana memahami perasaan saya kini.

Tuesday, 16 February 2010

resah.tapi.tak.gelisah.

hari ni bukan hari ahad tapi kenapa saya tak boleh tidur?
saya cuba juga mahu tidur tapi orang sebelah asyik bising aje.
diorang tatau ke skang dah pukul 2.45pagi?

saya tarik wireless headphone, cuba-cuba dengar lagu-lagu di ipod.
tak boleh tidur juga.

3 episod pasta sudah naik!
tapi sebab episod baru diupload, server jadi jam, macam pale otak saya.
nak browse tengok satu jam punya episod kena tunggu 3 jam.
tapi takpe, episod 10 banyak part cheesy.

damn, this is so not me *in denial*
tiba-tiba saya rasa saya dah jumpa lagu untuk buai saya tidur malam ni.
lagu comel+cheesy+takblehblah.

cik amal, sila tidur boleh tak?

cik amal jawab: tak boleh, nak tengok hero pasta bleh? hahahahahaha DoS! DoS! my favourite man!

Saturday, 13 February 2010



album kesukaan saya masa kini.
owh, pete yorn adalah artist of the month. clap clap.

kalau anda sukakan kolaborasi beliau dan scarlett johansson, sila download ini.

nota: suka dengar lagu-lagu mcm ni bila dalam kafe, kedai buku. pastu humming dan menyanyi dalam audible yang rendah. sekali terdengar ada orang humming bersama.

owh, kachak.

missCC: do u know this song?
lelaki: my fav of all time!

coffee?

Saturday, 24 October 2009

hola.good.day.

Photobucket semangat! semangat!

saya tak tahu apa jadi pada saya minggu ini.
abah dah balik, ada rasa sedikit kosong.
kerja dah naik sedikit motivasi.
semalam dapat result baik.
itupun projek dari MR. Godzilla.
kerja saya tak ke mana juga.

Mr. Godzilla minggu ni asyik ada dalam makmal aje.
tengok kitorang buat kerja.
borak-borak.
sampaikan senior saya cakap 'pelik gila orang tu ada kat sini'
tapi dia layan aje baik Godzilla tu.

anyway.

nak tahu surprise tak?
kan entri saya sebelumnya bercakap tentang seorang manusia yang saya tak mahu nak ingat?
tapi tiap-tiap hari sebelum tidur, saya mesti sebut nama dia tanpa sedar.
dah jadi tabiat dulu-dulu, susah nak hilang.

matilah saya kalau bakal suami saya nanti dengar nama lain selain dari nama dia.
skang saya prektis sebut nama bakal suami ke?

jun-chan, jun kun, eh - micky. masaki-kun? eyhhhh?

banyak sangat nama, manalah nak ingat.

anyway.

pagi tadi saya dapat text yang saya ingat macam dari abah.
tapi bunyi text tu lain gila.

'masih di UK ke dah balik tanahair?'

huh? dalam mamai-mamai saya teka-teka pemilik nombor sapa tu.

oh, manusia yang nama dia selalu saya sebut sebelum tidur itulah.

saya pelik, sebab saya tahu dia dah laaamaaa gila tak baca blog saya.

saya tak kirimkan salam dari syurga pun kepada manusia tu, macam mana dia boleh nak teringat (dan lagi bagus, menghantar text pada saya?)

dan ironinya juga, semalam saya teringat soklan Kak M,
'kalau dia nak kat Amal balik, Amal nak tak balik kat dia?'

mestilah TANAK! saya dah ade boifren mata besar single eyelid, takkan nak kat manusia itu pula.

saya dah ada banyak gila plan dalam hidup saya.
nak belajar bahasa Jepun, nak pergi Jepun, nak pergi Korea, nak lepak umah kawan saya di Mekah sambil buat umrah, nak buat bungee jumping kat NZ (wp saya altophobic), nak hiking dgn boifren mata besar single eyelid;

mana saya ada masa nak kenen-kenen dengan sesiapa?
saya tak nampak lagi saya akan naik pelamin dalam masa terdekat ni.
hohoho.

nak tahu tak jenis boifren yang macam mana yang saya katakan tadi?
tengok ni:



dia manusia yang berdiri dua dari kiri, yang banyak cakap tu (bukan banyak nyanyi). manusia yang first sekali appear kat MV tu. nama dia micky. oh dia playboy tapi tanak kawen. baguslah. bolehlah buat partnership dengan saya. bagi saya kahwin itu bosan.

oh iye, ini lagu semangat saya untuk kali ini. ini versi rancak, versi piano dia yang kat atas tu lah. micky yang compose lagu ni. beautiful gila. saya dah angan-angan kalau duduk dengan dia, dia main piano, saya main gitar. mesti cool. hahaha! kalau ada anak, anak kami mesti pandai cakap jepun dengan english, walaupun mak melayu ayah korea. hahahaha!

angan-angan tak bleh blah.

anyway.

kalau nak dengar, klik PLAY. kalau tanak dengar sudah.

Sunday, 6 September 2009

enaunsmen.

Photobucket mahu Cik Nunu mendengar lagu mellow pilihan saya kali ini.

Cik Nunu sila dengar lagu kat sebelah tu.
bila saya dengar lagu ni, saya tiba-tiba rasa sedih Cik Nunu nak balik.
walaupun, saya tahu kita akan berjumpa lagi, tapi memikirkan betapa baiknya dia dengan saya (dan kawan-kawan yang lain) buat saya sedih.

bape banyak titis air mata yang keluar,
bape banyak bahak-bahak ketawa yang dihabiskan,
bape banyak perasaan terasa/merasa/dirasakan (macam ayat pelik aje) dah diekspreskan.

saya rapat dengan dia sejak bulan april 2006.
kami rapat lepas main-main di playground belakang rumah kami.
masa tu kononnya nak pergi jogging la.
tapi end up main buai.

Align Centre

haih.
macam-macam jadi selepas itu.
ade yang manis, ada yang pahit nak telan.
tapi alhamdulillah, dia masih di situ menemani.

dia seorang kawan yang baik.
saya pernah quote ayat dia 'aku anggap semua orang kawan baik aku'
gembira-gembira dia, saya tahu bila dia sedih, bila dia suka kat orang tu.
lawak-lawak dia, saya tahu bila malam-malam mesti dia rasa kosong.
walaupun Aberdeen jauh berpuluh-puluh batu dari rumah saya, tapi saya selalu anggap rumah dia macam sebelah rumah saya.

we're gonna miss you dear.
takde Cik Nunu, Aberdeen dah tak happening macam dulu.
sapa nak masakkan saya ayam masak merah lagi?
nasi lemak?

;( kena baca nukilan ni sambil dengar lagu kat sebelah atas kanan tu.
Cik Nunu, hidup baik-baik.
semoga hidup di Malaysia lebih tenang dan bahagia, insha'Allah.

dan semoga anda berjumpa dengan seseorang yang boleh menjaga anda sebaiknya.

kita jumpa lagi, insha'Allah.
jalan baik-baik.

[oh, balik kang pakai baju cantik-cantik, senang nak mengurat pengiran ;)]

Friday, 21 August 2009

oh.puasa.sudah.ye?

Photobucket bangun pagi-pagi yang awal-awal punya pagi.
dah lama dah tak sarapan pukul 5 pagi sambil tengok mtv.
maaf kepada sesiapa yang tercari-cari missCC semalam.
dia away dari YM. hahaha!

missCC pergi sekolah harini! (sila tepuk tangan!)
pergi awal, macam biasa kalau takde orang, kerja mudah aje selesai dalam masa 2 jam.
mungkin sebab fokus kot.

neway. hari ni hari terakhir boleh makan siang.
esok puasa.
esok nak balik kampung insha'Allah.
owwh malam ni boleh terawih.
nak basuh telekung dan iron cantik-cantik :D

owh ini feveret of the day.

sila tengok klip video ni. saya teruja dengan lagu ni dengan ramainya manusia kat stage tu.
This is the largest boyband in the world!
ah lagu ni buat saya rasa bersemangat untuk lalui hari-hari sunyi saya.
hahahaha!
kalau ada disco ball dalam rumah saya, mesti saya open floor.
neway, 2.5 juta orang/kali yang tgk mende alah ni.

klik! klik! :D

oh, Ramadhan Kareem (ubah mode jadi lebih ayu sket) :P

Sunday, 16 August 2009

feveret.hari.ini.

Photobucket lagu ni buat hati saya doki-doki (nervous, gembira?!)

mula-mula saya ingat lagu ni lagu korea sebab kumpulan ni orang Korea.
pastu bila tengok lirik dan dengar-dengar wording baru perasan ni lagu Jepun.

sila layan.
gomen ne, lagu dari Timur lagi.
escapism saya selepas ini lagu dari Korea pula ke?

kalau dengar lagu ni sorang-sorang mesti anda nanges.
tapi saya tak nanges lagi.
mungkin lepas dengar 45 kali rasanya.

oh. jangan cakap saya jiwang ye?
saya suka aje melodi yang sentuh-sentuh hati ni.
*in denial*



ENJOY! XD

Friday, 14 August 2009

feveret.hari.ini.



sugoiiii! terasa macam zaman-zaman minat boyband dolu-dolu.
ada sedikit hint kumpulan FIVE dan KRU sket2.
ne?ne? (kan?kan?)

Wednesday, 29 July 2009

feveret.hari.ini.



sho baru sahaja buat saya macam mahu menari.
saya nak cari laki yang pandai nyanyi (dah cakap kan?) dan boleh buat saya enjoy.
ini konsert pertama Arashi.
showmanship bagus gila untuk umur belasan macam tu.
ye, saya rasa nak menari aje dengan Sho-kun kat atas pentas tu terutamanya bila minit ke 3:13.

p/s: oh betul kata Cik Hudie_Hud, Sho bakal menjadi escapism saya sementara PIC tiada ni. hahaha!

Tuesday, 28 July 2009

hapuslah.air.matamu.bintangku.



saya nak belajar main lagu ni dengan gitar. saya nak jugak belajar.

aiba-chan main guna 3 chords ne?

feveret.hari.ini.

nak titiskan air mata sebab melodi dan lirik lagu ni sangat sedap boleh?

arashi suh saya move on.
diorang kata kalau saya tak move on, macam nak jumpa masa depan?
walaupun masa lampau sangat indah dan perit, kita kena berjalan ke hadapan. pandang ke hadapan. kita hanya berharap yang terbaik.

jumpa orang-orang baru ne?
yang ada goatee mcm ohchan ne?
yang pakai spek mata mcm nino ne?
yang charming macam jun ne?
yang bijak segak bergaya macam sho kun ne?
yang boleh buat kawan baik macam aibachan ne?

saya nak balik Malaysia cari laki macam ni boleh?




u

Monday, 27 July 2009

blog.untuk.hari.ini.

Photobucket kini berasa sungguh segar!

bangun aje pagi lagu-lagu arashi menyambut di telinga.
saya sudah rasa kurang penat.
mungkin rasa sedih itu juga sudah hilang.

maaf, saya hilang sekejap kerana berhujung minggu di kampung saya.
maka saya masih rasa penat sebab ke sana ke mari beraktiviti.
tapi hati saya masih sedih.
saya pun tak tahu kenapa.
semua kawan-kawan saya yang rapat atau tidak telah katakan muka saya sangat sedih sejak kebelakangan ini.
bila saya katakan tidak, mereka kata saya in denial.

tapi saya perasan sejak kebelakangan ni saya asyik duduk menyendiri.
tonton wayang sendiri.
layan arashi sorang-sorang.
saya rasa dunia di sekeliling saya macam terhenti.
saya, dunia saya dengan arashi.

saya tak tahu kenapa saya suka sangat arashi.
lagu-lagu mereka saya boleh dengar sampai habis walaupun saya tak tahu lirik pada mulanya, bila saya tahu liriknya, lagi saya jatuh hati.
punyalah besar penangan arashi ni - mereka boleh buat saya duduk depan laptop saya seberapa lama yang boleh.
mereka juga berjaya membuatkan saya tidak memecut kereta bila-bila saya berada di lebuhraya.
mereka berjaya buat saya berada di alam saya sendiri.

mungkin sebab ini saya suka sangat diam dan 'nampak' sedih.
mungkin saya sedang mencari identiti diri.
mungkin saya sedang tilik ke mana hidup saya mahu pergi.

saya tak mahu malas-malas lagi.
kalau arashi boleh berusaha 10 tahun untuk jadi yang terbaik di jepun tanpa kenal erti penat lelah, kenapa saya tak boleh?

saya nak berkawan-kawan dengan budak-budak yang comel, baik hati, pandai menari dan menyanyi macam diorang.
mungkin saya kena jelajah dunia ini dengan lebih jauh lagi.
perjalanan saya masih belum bermula lagi.

sila doakan saya, terima kasih.



oh, saya suka lagu ini. haih. haih. haih.
*si TIJAH sabotaj saya arini. dia tak mahu mainkan lagu arashi dah. mungkin penat agaknya. haih.

Friday, 3 July 2009

saya.awak.aku.kau.I.YOU.

Photobucket peluklah diriku dan jangan kau lepas - alexa

lagu ni berhantu gila.
pelik betul.
aku terdengar lagu ni dari sebuah blog ntah-sape-ntah.
masa pertama kali dengar rasa mcm pernah dengar.
being STML myself, aku pun google lagu ni.

video ni pun macam pernah tengok.
bila berusaha ingat-ingat, aku pernah tonton VC ini bersama PIC.
dia kenalkan lagu ni rasanya.
mungkin kawan-kawan Malaysia dia yang beri.

aku pun download.
mainkan ulang-ulang.
haih, rasa nak disayangi boleh?

anyway, aku rasa semua orang pun tahu aku dan PIC regard diri masing-masing aku-kau.
pada aku, normallah tu. aku cakap dgn lelaki mmg aku-kau.
ada yang jenis baik-baik, aku regard nama dia dan nama aku.
sopan sket.

tapi PIC dengan orang perempuan dia ber I - YOU.
kecuali dengan aku.
kadang-kadang pelik juga.
kenapa dengan perempuan lain ber I -YOU.
geli telinga mendengarnya.

aku tanya dia kenapa.
dia cakap itu ayat standard orang KL.
aku counter balik, aku orang KL juga, tapi aku tak suka cakap I - YOU pun.
dia rasa ber SAYA-AWAK tu kampung sangat.
kalau cakap macam tu dengan perempuan, nanti orang cap dia flirtatious.

point tu aku setujulah.
pastu aku tanya lagi.
kenapa dengan aku berAKU-KAU?

dia kata dengan orang yang rapat aje dia cakap AKU-KAU.
masa dia cakap macam tu - dia mcm reluctant sket nak tekankan ayat RAPAT.
aku gelak.
sungguh comel bila mendengar lelaki ter'confess' benda-benda cheesy macam tu.

sesungguhnya aku terasa bila dia cakap orang yang berSAYA-AWAK tu sungguh kampung.
aku selalu cap diri aku orang kampung.
tak cukup bandar dan takde rupa bandar pun.
tapi orang suka gelar mak datin.
tatau kenapa (sebenarnya tahu tapi buat-buat tatau) :P

ada pernah sekali ter-regard PIC "awak", dengan nada manja pulak tu.
masa tu Cik I ada sekali.
ingatkan diorang tak perasan aku terkeluarkan perkataan AWAK tu, rupanya Cik I perasan.
Cik I kata masa tu PIC terdiam. dengan dia-dia sekali terdiam.

mana nak letak air mukaku ini?
malu seyh.

aku sedang cuba flirt dengan dia ke?
OMG! PIC sila balik ke Malaysia sekarang boleh?

Jumpa anda bulan Oktober nanti ;)

don't.wanna.cry.



lagu feveret saya untuk hari ini.
saya suka gila pete yorn ok?

sila download lagu ini dan albumnya.
pls pls pls download untuk saya.

terima kasih.