Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Saturday, 16 October 2010

omedetou.tanjoubi wanisu-chan!






Photobucket is having fun ;)

selamat hari lahir cik wanis!
seb baik seprais party berjalan dengan lancar.
sampai terkejut bday girl dengan tak cukup napas naik tangga lagi.

ada banyak best yang kami buat.
ada pizza gatecrasher 24" yang sampai hari kedua makan 6-10 orang pun still tak habis makan.
dengan cupcakes yang sedap gila (beli home-made punya...)
dengan cokelat cake import dari dundee.

uwiiieee!!! menggemukkan!

hari kedua lepas birthday, bday girl nak sangat main boling dan makan eskrem ;)
lepas tu lepak2 kat umah makan-makan ramai-ramai dan berbuat nothing.
ah! what a great day to spend the weekend :D

oh, saya mcm dah lupa apa masalah dan penat lelah saya sebelum ni.
betullah saya kata kat adik honours saya, kalau hang-out org yg sama umur ni mmg sangat best, bleh hilang masalah dalam kepala.

ah! esok sudah ahad. kenapalah cuti ni sekejap aje? bak kata bday girl, dia nak cuti lagi untuk tidak berbuat apa2! the beauty of doing nothing!

Wednesday, 12 August 2009

subarashi.sekaii.

Photobucket for all it worths.

salam bahagia.
bertemu kita sekali lagi.
setelah lebih kurang 6 jam berehat dan 8 jam seterusnya melayan Arashi sepanjang hari ini, saya terasa mahu bercerita.

saya secara rasminya pulang ke rumah pada pukul 12 tengah malam mahu masuk hari rabu.
setelah pindah-pindahkan baju kotor, saya terus buka lappy dan sambungkan external HD saya yang sebesar 1TB itu.
sambil kemas-kemas apa yang patut, saya layan program Arashi.
saya sebenarnya penat tapi mata tak mahu tidur.
saya layan Arashi sampai pukul 1.30 pagi.

buat pengetahuan semua, saya hilang hujung minggu kerana keluar berjalan.
saya pergi ke pulau, ke pantai di sekitar utara Scotland.
misi kali ini adalah mahu pergi melihat salah satu pulau dan pantai tercantik di UK.
mahu naik keretapi Harry Potter juga.

dan dalam masa 4 hari 3 malam misi itu terlaksana juga.
kami pergi berlima-an.
kereta saya yang berumur 13 tahun itu mampu berjalan dari Dundee ke Aberdeen ke Thurso ke John'o'Groats ke Durness ke Ullapool ke Isle Of Skye ke Fort William; pulang ke Aberdeen, ke St Andrews dan destinasi terakhir - Dundee.
Semua itu merangkumi lebih kurang 760 batu.
Percaya atau tidak, saya memandu sepanjang perjalanan yang sangat mengujakan kerana berbanding dengan perjalanan terdahulu ke Selatan UK yang jauhnya sebanyak 1000 batu, perjalanan kali ini sangat berbukit bukau dan sempit. Semacam anda melalui perjalanan gua musang sepanjang perjalanan.

ada penumpang yang demam dan tak sihat sepanjang perjalanan.
saya tak salahkan mereka, kerana jika saya tidak memandu mesti saya akan muntah dan mabuk-mabuk juga.
tapi trip kali ini sangat memuaskan kerana kami telah berjumpa dengan panorama yang sangat indah. kami sudah pun ke point paling utara di UK (nota: bukan John'O'Groats yang orang selalu fikirkan), kami sudah pun melihat pantai paling cantik di UK. sampaikan orang tempatan pun tak percaya macam mana kami boleh tahu tempat terpencil sebegitu.

kami sudah pun ke Orkney Island (impian saya sejak saya jejakkan kaki ke UK) dan kami pun sudah menaiki keretapi yang melalui jambatan Harry Potter (Glenfinnan Viaduct). Jujurnya, tiada apa yang menarik pun mengenai hal itu. Saya lebih teruja kalau saya yang berdiri di kaki bukit berhadapan dengan Jambatan tersebut dan menangkap gambar keretapi tersebut. haih.

Lokasi pertama: Loch Ness

perjalanan ke Thurso

Lokasi Kedua: Dunnet Head, Northest point in UK (membelakangkan Lautan Atlantik)


Lokasi Ketiga: Orkney Island

Skara'o'Brae : Perkampungan Neolitik


Lokasi Keempat: Sandwood Beach

5: Eilean Donan Castle

Lokasi Keenam: Ullapool

Steam Train : Fort William to Mallaig


Oh ye, malam sebelum bertolak, kami pergi ke Restoren Jepun di Aberdeen. Raikan Hari Lahir Si Hudie_Hud.
Dia tak sangka saya bawakkan kek in advance dan buat surprise untuk dia.
masa dia tiup lilin ada sepasang laki bini senyum-senyum aje (masa tu tak ramai orang sebab dah pukul 11.30 - siapa nak dinner lewat-lewat macam tu?)
rupa-rupanya yang si suami pernah duduk Sabah dan si bini suka sangat masak/makan rendang.
borak-borak bermula bila Cik Hudie_Hud memberikan kek cokelat yang sedap gila tu pada diorang.
yang laki tu tanya Hud, "dari mana?"
hahahaha! Hud terus tension up! (orang Jepun maksudkan excited terlebih) kami borak-borak dan mereka pun tangkapkan gambar kami. seronoknya - fan club Arashi (saya, hud dengan wanis) memakai tshirt A.RA.SHI untuk menyokong semangat kejepunan kami.
t-shirt jepun, restoren jepun, minum teh jepun, cakap jepun, makan cara jepun. maka kami dah boleh ke Jepun ne?




Hadiah Hari Lahir Hudie_Hud, OHNO SATOSHI :))

nota kaki:
Subarashi Sekaii maksudnya Wonderful World

Tuesday, 16 June 2009

selamat.hari.lahir.MISS.I!!

semoga Cik I bahagia-bahagia selalu.
yeay! kita dah sebaya :P