for all it worths.salam bahagia.
bertemu kita sekali lagi.
setelah lebih kurang 6 jam berehat dan 8 jam seterusnya melayan Arashi sepanjang hari ini, saya terasa mahu bercerita.
saya secara rasminya pulang ke rumah pada pukul 12 tengah malam mahu masuk hari rabu.
setelah pindah-pindahkan baju kotor, saya terus buka lappy dan sambungkan external HD saya yang sebesar 1TB itu.
sambil kemas-kemas apa yang patut, saya layan program Arashi.
saya sebenarnya penat tapi mata tak mahu tidur.
saya layan Arashi sampai pukul 1.30 pagi.
buat pengetahuan semua, saya hilang hujung minggu kerana keluar berjalan.
saya pergi ke pulau, ke pantai di sekitar utara Scotland.
misi kali ini adalah mahu pergi melihat salah satu pulau dan pantai tercantik di UK.
mahu naik keretapi Harry Potter juga.
dan dalam masa 4 hari 3 malam misi itu terlaksana juga.
kami pergi berlima-an.
kereta saya yang berumur 13 tahun itu mampu berjalan dari Dundee ke Aberdeen ke Thurso ke John'o'Groats ke Durness ke Ullapool ke Isle Of Skye ke Fort William; pulang ke Aberdeen, ke St Andrews dan destinasi terakhir - Dundee.
Semua itu merangkumi lebih kurang 760 batu.
Percaya atau tidak, saya memandu sepanjang perjalanan yang sangat mengujakan kerana berbanding dengan perjalanan terdahulu ke Selatan UK yang jauhnya sebanyak 1000 batu, perjalanan kali ini sangat berbukit bukau dan sempit. Semacam anda melalui perjalanan gua musang sepanjang perjalanan.
ada penumpang yang demam dan tak sihat sepanjang perjalanan.
saya tak salahkan mereka, kerana jika saya tidak memandu mesti saya akan muntah dan mabuk-mabuk juga.
tapi trip kali ini sangat memuaskan kerana kami telah berjumpa dengan panorama yang sangat indah. kami sudah pun ke point paling utara di UK (nota: bukan John'O'Groats yang orang selalu fikirkan), kami sudah pun melihat pantai paling cantik di UK. sampaikan orang tempatan pun tak percaya macam mana kami boleh tahu tempat terpencil sebegitu.
kami sudah pun ke Orkney Island (impian saya sejak saya jejakkan kaki ke UK) dan kami pun sudah menaiki keretapi yang melalui jambatan Harry Potter (Glenfinnan Viaduct). Jujurnya, tiada apa yang menarik pun mengenai hal itu. Saya lebih teruja kalau saya yang berdiri di kaki bukit berhadapan dengan Jambatan tersebut dan menangkap gambar keretapi tersebut. haih.
Oh ye, malam sebelum bertolak, kami pergi ke Restoren Jepun di Aberdeen. Raikan Hari Lahir Si Hudie_Hud.
Dia tak sangka saya bawakkan kek in advance dan buat surprise untuk dia.
masa dia tiup lilin ada sepasang laki bini senyum-senyum aje (masa tu tak ramai orang sebab dah pukul 11.30 - siapa nak dinner lewat-lewat macam tu?)
rupa-rupanya yang si suami pernah duduk Sabah dan si bini suka sangat masak/makan rendang.
borak-borak bermula bila Cik Hudie_Hud memberikan kek cokelat yang sedap gila tu pada diorang.
yang laki tu tanya Hud, "dari mana?"
hahahaha! Hud terus tension up! (orang Jepun maksudkan excited terlebih) kami borak-borak dan mereka pun tangkapkan gambar kami. seronoknya - fan club Arashi (saya, hud dengan wanis) memakai tshirt A.RA.SHI untuk menyokong semangat kejepunan kami.
t-shirt jepun, restoren jepun, minum teh jepun, cakap jepun, makan cara jepun. maka kami dah boleh ke Jepun ne?
nota kaki: Subarashi Sekaii maksudnya Wonderful World