Friday, 28 November 2008

the.100th.post!

Photobucket mindanya kini lesu

aku pening kepala.
sejak dari pagi tadi sampailah ke saat ini aku masih tak tahu bagaimana mahu berdepan dengan PC aku ni.
Sistem kata

'Your PC has been infected by virus! Please download Antivirus2009 NOW!'

Aku pun kliklah INSTALL.
Tengok-tengok dia suruh beli.
Macam HARAM!! aku tak tahu yang PC aku memang ada antivirus sendiri.

Tapi kesan daripada aku klik tadi, internet aku jadi macam gila.
Banyak gila SPAM.
Aku penat sangat nak buang sampaikan aku nak gi jumpa setiausaha jabatan minta dia belikan antivirus nih.
Tapi sebelum itu aku rasa macam nak google pasal benda alah ni.

Rupa-rupanya ANTIVIRUS2009 ini adalah sejenis SPAM!!
Aku cuba manual delete dari program tapi tidak berjaya.
Aku ada nampak link dari internet untuk Malware Remover tapi yang tu pun kena bayarkan.
Oleh kerana aku ni jenis berkira tak ada banyak sangat duit, maka aku pun guna cara lain.

Sekarang benda alah tu dah hilang.
Aku tak tahulah kalau-kalau dia datang lagi esok.
Kalau kamu semua sudah terklik si antivirus2009 tu, sila google mana-mana yang patut.
Aku tak mahu bagitau sebab kalau aku taip semua benda tu, entry kali ini akan jadi pannnnjjannng yang amat. (aku tahulah entry ni yang ke-seratus, tapi tak perlu panjang2 kan?)

Thursday, 27 November 2008

yang.pening.

Photobucket kini sedang cuba untuk fokus mengemas rumah

baru setengah jam pulang ke rumah.
Khamis malam Jumaat.
Ada extended Xmas sale di bandar.

Awal pagi betul aku bangun hari ini.
Tapi bangun saja pagi rasa macam tidak mahu ke sekolah.
Malas.
Terus sambung nonton cerita Korea "My Girl"
Kemudian, selepas Asar berkejar pula ke bandar.
Ada upacara menyumpah Queen.
Eh silap, upacara angkat sumpah.
Kawan aku secara rasminya telah menjadi warga British.
Upacara yang sangat ringkas dan menarik.
Pertama kali dapat ke bilik yang ada siling cantik macam kat Buckie.




Si Jennet dan Queen's representative

Kemudian, tangkap gambar berhampiran dengan pokok Xmas.
Besar dan cantik.
Tak sangka malam-malam, Dundee cantik macam ni.




Hari mahu senja

Kemudian, peneman aku ajak minum kopi.
Sambil tengok dia usyar2 perempuan EU kat situ.
Sampai aku geleng-geleng kepala tengok cara dia usyar.
Macam chilake tak pernah tengok perempuan.

Kemudian aku pujuk dia ke Zara.
Nak tengok top lawa.
Yang kalau di Malaysia aku takkan beli.

Tapi tak Maghrib lagi.
Ambil wudhu dan cari mana-mana changing room.
Lepas solat pergi membeli-belah.
Ternampak ada iklan:

"EXTENDED XMAS SALE UNTIL 9.30pm" FREE REFRESHMENTS! EXTRA 10% DISCOUNTS!

Kami pun pusing2 lagi.
Sempatlah aku beli hotplate, more tin cakes dan APRON.
Beli juga baju untuk Abah dan kesayangan adik.


Apron baru saya! :))

Singgah kejap di Zara.
Baju yang aku nak sudah habis.
Benci!

Singgah H&M.
Beli Jumper Buy 1 Get 1 Free.
Leka tengok-tengok sampaikan pintu luar dah kunci.

Lapar pula.
Walaupun barang-barang dapur banyak tapi malam ni mahu makan di luar.
Aku kata "Jom pekena mee goreng mamak?"
Member aku kata JOM aje.
Memang betul ade mee goreng mamak kalau korang tak caya.
Aku pesan EXTRA pedas (aku mmg cakap extra pedas ok?) sampai bila makan perut rasa pedih.


Mee Goreng Mamak tapi takde air teh tarik kurang manis :((

Sampai aje rumah aku berazam untuk make-over rumah.
Sekarang tengah rehat sambil pening-pening sebab terminum kopi pekat.
Adoiiii!

Ok, sekarang saya sedang nonton 8 out of 10 cats.
Mereka sedang berbicara tentang VAT (berita paling hot minggu ini!).
Cool!
Saya mahu nonton ini, daaaa~!

*Ok, aku dah upload banyak gambar. Jangan nak bising-bising lagi ha!

awal.pagi.

Photobucket kini sedang kunyah-kunyah pringles dan minum green tea untuk sarapan

terjaga awal pagi.
mimpi yang bukan-bukan.
baru tahu laptop tak ditutup.

subuh awal pada waktu.
kerna isha' terlewat sikit dari jangkaan.

terjaga awal pagi.
lihat-lihat siapa-siapa yang bangun solat subuh dan terus berjaga.
ramai rupanya!
Alhamdulillah.

terjaga awal pagi.
tekak mahukan big breakfast.
tapi yang ada, pringles depan mata.

GSC beri email, anda akan dapat percuma ticket wayang.
hahaha! ko ingat aku nak pergi tonton wayang?

terjaga awal pagi.
walaupun akalku ligat mahu buat kerja, tapi ini bukan aku.
aku mahu masuk tidur dulu.

oi mimpi buruk, pergi jauh-jauh ok?

*kepala aku duk terngiang-ngiang lagu ni - "I would walk 500 miles and I would walk 500 more..."
*yeap, lagu ni lagu scottish :))

Wednesday, 26 November 2008

magic.points.

Photobucket kini dipaksa nonton cerita korea, "My Girl" - errkk?

Did I hear the magic word?

RINDU! :D

1) Saya suka quote yang direka/diambil dari Bak,

"Life is like photography, use the negatives to develop"

2) Saya sangat busy pada siang hari hinggakan selepas masuk waktu isha' saja saya sudah tidur.

3) Saya sangat stress sampaikan saya binge eating.

4) Saya sangat suka binge eating sampaikan saya terpaksa berpuasa keesokan harinya.

5) No 3 dan 4 sudah berlanjutan selama seminggu.

6) Saya sangat stress sampaikan retail therapy saya sangat-sangat membuahkan hasil.

7) Retail therapy terbaru saya: membeli barang-barang dapur sebanyak 40GBP (lazimnya ini untuk stok dua minggu)

8) Oh ye, saya sangat stress sampaikan saya yang kurang gemar cokelat akan kunyah sekurang-kurang satu bar cokelat tiap kali.

9) Musim sejuk kali ini menyeronokkan (dan membebankan bil elektrik saya)

10) Bulan ini sahaja saya banyak gila buat kek. Saya tak tahu kenapa saya rajin begini.

Macam gaya Chedet tak? BTW, Chedet nampak kurus. Pesan dia, "Berhenti makan sebelum kenyang"

Apa mahu buat?

Sunday, 23 November 2008

yang.kurik.itu.kendi.

Photobucket kini tidak boleh tidur, kembali.

6.39 minit pagi.
Salju di luar masih lagi turun tidak berhenti.
Tidak lebat, tidak juga berdikit-dikit.
Sedap-sedap.

12.35 minit pagi tadi.
Sejuk, mengigil.
Baju 4 lapis tidak membantu.
Heater masih belum panas.
Terlena dek kerna ubat tidur. Lali.

6.41 minit pagi.
Melihat salju itu turun dari ruang kamar.
Jika aku seperti Natalja sekarang, pasti aku tidak boleh tidur.
Jika aku seperti Emi sekarang, pasti aku tersenyum memikirkan masa lampau.
Jika aku seperti Hasif sekarang, mesti seronok bermain salji putih di luar.
Jika aku adalah aku, aku pasti sober.

Tapi aku adalah aku. Bagaimana?

6.45 minit pagi.
Hari ini aku rasa seperti mahu rajin.
Hari ini aku mahu meraikan hari bahagia sahabatku, Natalja.
Hari ini pasti aku mengingati dedikasi si Emi, ibu beranak dua itu.
Hari ini pasti gelakkan keletah si adik comel yang sudah bersunat itu.

*Menghembus nafas perlahan-lahan.

----

Semalam aku bergayut dengan sahabat baik, soon-to-be-bride: Aiziera.
Yang bila mana waktu kutinggalkan dahulu masih belum ada siapa-siapa.
Kini, meniti hari mahu jadi isteri orang.

Nah, seorang lagi keluar dari kelab bujang.
Bukan kesal yang kukisahkan, tapi rindu yang kudambakan.
Walau sekeras manapun mereka berjanji tidak akan berubah, aku yakin masa itu mampu merubah segalanya.

Teringat juga tiba-tiba ibu si anak dua cum the baker mengimbas kenangan lama waktu sekolah dahulu.
Habis sahaja ke sesi persekolahan waktu tengah hari, terus ke hentian bas untuk ke Pasar Seni.
Jauh juga, naik bas mini warna merah jambu.
Semata-mata mahu mencari majalah dari UK yang berharga RM10 itu.
Jika ada duit lebih, lepak di McD kongsi duit makan McValue #3 berserta sundae cokelat.
Gosip-gosip sampai tak ingat dunia.
Bila pulang, mak tanya pergi ke mana, aku bilang ke rumah Si Nani mengulangkaji pelajaran.

Heh.

Dia kata dia rindukan zaman remajanya.
Walaupun dia bahagia dengan dua anak terunanya, tapi dia masih mahukan zaman mudanya.

Buat aku terfikir,
Kenapa manusia suka meminta perkara yang dia tidak akan/susah dapat?
Kenapa kita perlu meminta sesuatu yang berada di luar kawal kita?
Kenapa kita tidak hargai apa sahaja yang berada di depan mata kita?

Aku fikir-fikir, itulah dunia.
Yang mahu dikejar tidak dapat, yang sedang dikendong berciciran.

6.55 minit pagi.
Sejuk. Aku sudah tidak kisah dengan salju lagi.
Aku mahu mimpi yang indah-indah.
Oh ya, aku jarang katakan yang ini, tiba-tiba aku rindukan Malaysia.

Apa kata survey?