mindanya kini lesuaku pening kepala.
sejak dari pagi tadi sampailah ke saat ini aku masih tak tahu bagaimana mahu berdepan dengan PC aku ni.
Sistem kata
'Your PC has been infected by virus! Please download Antivirus2009 NOW!'
Aku pun kliklah INSTALL.
Tengok-tengok dia suruh beli.
Macam
Tapi kesan daripada aku klik tadi, internet aku jadi macam gila.
Banyak gila SPAM.
Aku penat sangat nak buang sampaikan aku nak gi jumpa setiausaha jabatan minta dia belikan antivirus nih.
Tapi sebelum itu aku rasa macam nak google pasal benda alah ni.
Rupa-rupanya ANTIVIRUS2009 ini adalah sejenis SPAM!!
Aku cuba manual delete dari program tapi tidak berjaya.
Aku ada nampak link dari internet untuk Malware Remover tapi yang tu pun kena bayarkan.
Oleh kerana aku ni
Sekarang benda alah tu dah hilang.
Aku tak tahulah kalau-kalau dia datang lagi esok.
Kalau kamu semua sudah terklik si antivirus2009 tu, sila google mana-mana yang patut.
Aku tak mahu bagitau sebab kalau aku taip semua benda tu, entry kali ini akan jadi pannnnjjannng yang amat. (aku tahulah entry ni yang ke-seratus, tapi tak perlu panjang2 kan?)