Thursday, 27 November 2008

yang.pening.

Photobucket kini sedang cuba untuk fokus mengemas rumah

baru setengah jam pulang ke rumah.
Khamis malam Jumaat.
Ada extended Xmas sale di bandar.

Awal pagi betul aku bangun hari ini.
Tapi bangun saja pagi rasa macam tidak mahu ke sekolah.
Malas.
Terus sambung nonton cerita Korea "My Girl"
Kemudian, selepas Asar berkejar pula ke bandar.
Ada upacara menyumpah Queen.
Eh silap, upacara angkat sumpah.
Kawan aku secara rasminya telah menjadi warga British.
Upacara yang sangat ringkas dan menarik.
Pertama kali dapat ke bilik yang ada siling cantik macam kat Buckie.




Si Jennet dan Queen's representative

Kemudian, tangkap gambar berhampiran dengan pokok Xmas.
Besar dan cantik.
Tak sangka malam-malam, Dundee cantik macam ni.




Hari mahu senja

Kemudian, peneman aku ajak minum kopi.
Sambil tengok dia usyar2 perempuan EU kat situ.
Sampai aku geleng-geleng kepala tengok cara dia usyar.
Macam chilake tak pernah tengok perempuan.

Kemudian aku pujuk dia ke Zara.
Nak tengok top lawa.
Yang kalau di Malaysia aku takkan beli.

Tapi tak Maghrib lagi.
Ambil wudhu dan cari mana-mana changing room.
Lepas solat pergi membeli-belah.
Ternampak ada iklan:

"EXTENDED XMAS SALE UNTIL 9.30pm" FREE REFRESHMENTS! EXTRA 10% DISCOUNTS!

Kami pun pusing2 lagi.
Sempatlah aku beli hotplate, more tin cakes dan APRON.
Beli juga baju untuk Abah dan kesayangan adik.


Apron baru saya! :))

Singgah kejap di Zara.
Baju yang aku nak sudah habis.
Benci!

Singgah H&M.
Beli Jumper Buy 1 Get 1 Free.
Leka tengok-tengok sampaikan pintu luar dah kunci.

Lapar pula.
Walaupun barang-barang dapur banyak tapi malam ni mahu makan di luar.
Aku kata "Jom pekena mee goreng mamak?"
Member aku kata JOM aje.
Memang betul ade mee goreng mamak kalau korang tak caya.
Aku pesan EXTRA pedas (aku mmg cakap extra pedas ok?) sampai bila makan perut rasa pedih.


Mee Goreng Mamak tapi takde air teh tarik kurang manis :((

Sampai aje rumah aku berazam untuk make-over rumah.
Sekarang tengah rehat sambil pening-pening sebab terminum kopi pekat.
Adoiiii!

Ok, sekarang saya sedang nonton 8 out of 10 cats.
Mereka sedang berbicara tentang VAT (berita paling hot minggu ini!).
Cool!
Saya mahu nonton ini, daaaa~!

*Ok, aku dah upload banyak gambar. Jangan nak bising-bising lagi ha!