Friday, 20 November 2009

tanda.tanda.anda.sudah.move.on



long haul journey, Photobucket

tanda-tanda yang anda sudah bersedia untuk perhubungan seterusnya:

1) bila anda nampak Pringles, anda tersenyum.

2) bila anda nampak couple gelak-gelak sambil berjalan-jalan, anda tersenyum.

3) bila anda sedar yang anda sedang enjoy youtube, vikii, dan mana program streaming dan tengok sambil gelak-gelak tak mahu fikir yang lain, anda tersenyum puas .

4) bila lagu kegemaran orang yang kamu pernah sayang berkumandangan, anda tersenyum.

5) bila anda tidak mencari mesej darinya di telefon, di email. dan anda boleh buat bolayan.

6) bila semua mesej sudah dihapuskan, anda tidak gusar.

7) bila orang sebut nama si dia, anda kata "oh! lama tak dengar berita dia, apa khabar dia?"

8) bila si dia memberi mesej, anda tak lompat-lompat macam dulu. perasaan biasa saja.

9) bila dengar-dengar dia ada gf/tunang/isteri (sila gandakan dua, tiga, empat kalau nak) - anda katakan tahniah! dia sudah bahagia.

10) anda senyum lebar selebar-lebarnya bila suatu ketika bila anda duduk seorang diri sambil menghirup air kopi dan berfikir-fikir tentang masa depan, tiada si dia di pandangan anda.

tahniah! pintu masuk di sebelah kiri hujung sekali. silakan masuk ke hubungan yang seterusnya!

angan.angan.hari.jumaat.IV.

Photobucket mengucapkan selamat pagi kepada semua!

missCC bertanyakan pada si kekasih hati.

'kenapa memilih saya? saya comot. saya kuat makan. saya suka nyanyi kuat-kuat. saya gelak pun bahak-bahak. takde etika perempuan melayu sejati.'

si kekasih berkata:

'awak macam watak dalam filem. awak comot. awak kuat makan. awak suka nyanyi kuat-kuat. awak gelak dengan penuh perasaan. awaklah yang saya cari'

*gulp*

Monday, 16 November 2009

awan.mendung.berarak.pergi.

Photobucket is under control.

missCC semalam susah nak tidur.
separuh hati aje sebab fikir pagi ni ade meeting.

dengan tidur tak cukup, missCC bangun awal.
sambil fikir-fikir tengok results nak present kat Godzilla & Co, dia sakit dada lagi belah kiri.
dia bukak internet, cari nombor fon GP.
call, call tak dapat.
call, call tak dapat.

ah! ini tak boleh jadi.
missCC terus terjah ke GP itu.
nasib missCC baik, ada orang kensel appointment beliau pukul 9.30am

missCC tunggu, fikir nak kata apa.

bila sampai turn missCC, sekali dia dapat GP lelaki.
dia mulalah tanya sakit kat mana, sakit macam mana.

sekali dia tanya, "student ke?"
pastu cuba teka dia tanya apa soklan kedua?

eh bukan tanya dah kawen ke lom.

dia tanya "medical doctor eh?"

eyh? saya malu-malu cakap tak.

pastu dia check dada saya. pusing-pusing lengan saya.
pastu dia cakap "i think you're gonna need a physiotherapy"

huh? huh?

dia suh saya pergi community service yang lain untuk X-Ray dan set up appointment.
pastu saya minta MC kat GP tu.
GP tu mcm blur.

"what's an MC?"

pastu dia interpret benda tu sebagai surat yang mengatakan saya cedera di bahagian dada dan akan memberi kesan pada pelajaran saya.

yes! surat yang saya tunggu-tunggu selama ini! XD

tapi sejak perjumpaan tadi, dada saya daripada sakit terus jadi numb susah nak gerak.
GP tu mmg sgt pakar buat dada saya lagi sakit ;(

Friday, 13 November 2009

tak.bisa.memilihmu.

Photobucket geylong!

manusia ni pelik ye?
kejap dia baik.
kejap dia senyum.
kejap dia berlari.
kejap dia rasa mahu menangis.

kemudian ketawa pula.

macam orang gila.
padanlah orang gila gelak-gelak tengok orang yang tak gila.

saya dah penat tengok artis.
walaupun nampak hebat dan kakkoi (cool) artis tersebut, saya masih rasa mereka itu hanya buat bisnes.

tak lebih dari itu.

zaman dulu-dulu, artis memang dipandang hina.
terima kasih kepada pakcik Hollywood (sila baca dengan nada sarkastik) yang menaik tarafkan pangkat artis-artis tersebut.
terima kasih juga kepada pakcik-pakcik yahudi yang melabur dan membantu meningkatkan teknologi dunia.

ah! padanlah susah benar orang nak masuk syurga bila dah akhir zaman ni.
sebab mereka dah jumpa syurga mereka.

malam ni malam Friday the 13th.
mungkin sebab tu malam ni saya rasa apa-apa yang saya buat tak buat saya gembira.

kenapa ye?

selalu malam-malam tonton cerita korea/jepun seronok saja.
malam ni rasa macam kosong.
macam hidup ni dah takde makna.

tiba-tiba teringat scene orang bunuh diri dalam bath tub.
mesti rendam diri dalam air suam-suam panas pastu kerat tangan.

bila dah rasa macam ni nak blame sapa?
blame media sbb banyak sogokkan hiburan tanpa sempadan?
atau si shiro kepunyaan shinchan yang terpinga-pinga bila shin chan blame dia bila diri sendiri buat sepah?

tengok? sila salahkan media.

Thursday, 12 November 2009

bebelism.yang.tak.berapa.melampau.

Photobucket mahu bercerita.


miss CC banyak diam.
banyak tonton movie sorang-sorang.
dia lari dari rumah dua hari lepas.
kemudian, penat sangat - dia tidur seharian semalam.

maka, minda beliau sangat penat.
orang kata (tataulah siapa orang tu) jangan lari dari masalah.
orang lain kata juga, masalah yang saya hadapi ni mcm semua orang pernah rasa.
tapi saya kata - threshold orang lain-lain.

tu sebab Ohno bunuh bos dia sebab tunang dia kena rampas oleh bos beliau.
kalau boifren/tunang/suami saya kena rampas, apakah saya nak membunuh juga?
(ok, dah lari topik)

orang kata juga (berapa banyak orang daaaa) kalau sedih, baca/dengar Quran.
tenangkan hati bla bla bla.

saya kalau nak tenang, biar saya penatkan minda supaya tanak fikir apa-apa.
untuk penatkan minda, saya kena penatkan fizikal saya dahulu.
untuk penatkan fizikal, haruslah saya pergi bersukan kan?

untuk kurangkan stress hidup saya, saya kena ubah diet saya bersesuaian dengan cuaca yang baru-nak-cerah-bila-dah-pukul-doblas-pastu-gelap-balik-lepas-pukul-dua.

mandom gila.

saya kena restrict diet saya daripada:
  • susu, yolk, coffee, wheat. (BIG NO! NO!)
  • buah-buahan yang punya kulit resin ie: epal
  • benda-benda asid ie: oren, lime
  • cokelat (sebab ada susu)
  • meat (sbb protein ini susah dicernakan)
  • carbonated drink
saya punya penyakit yang dikatakan IBS (Irritable Bowel Syndrome) - yang saya rasa makin teruk sebab saya tak ikut diet seperti di atas. hampir 8/9 daripada diet tersebut adalah diet seharian saya. untuk gantikan benda-benda di atas, saya perlu makan nasi, kentang, mashed vegie, dan roti putih.

saya akan mulakan semua ini setelah habis stok di rumah. takkan saya nak buang segala mende yang memenuhi peti sejuk saya?

demi perutku ini, kutempuhi segalanya (lah sangat!)

ok, saya dah kurang stress sekarang.
oh ye, lupa nak wish best friend saya (masih bf kah?) cik hazwani atas ulangtahun keduapuluhenam beliau.

hak hak hak, semua orang dah tua! kecuali saya!

oh btw, Cik I kata, dia nak buat aktiviti sempena hari jadi saya. paintball, makan2 restoren korea bla bla bla. mahu informasi lanjut, hubungi beliau di... errrr... text dia aje lah. takkan saya nak surprisekan diri saya sendiri di hari jadi saya? dowh!