Thursday, 12 November 2009

bebelism.yang.tak.berapa.melampau.

Photobucket mahu bercerita.


miss CC banyak diam.
banyak tonton movie sorang-sorang.
dia lari dari rumah dua hari lepas.
kemudian, penat sangat - dia tidur seharian semalam.

maka, minda beliau sangat penat.
orang kata (tataulah siapa orang tu) jangan lari dari masalah.
orang lain kata juga, masalah yang saya hadapi ni mcm semua orang pernah rasa.
tapi saya kata - threshold orang lain-lain.

tu sebab Ohno bunuh bos dia sebab tunang dia kena rampas oleh bos beliau.
kalau boifren/tunang/suami saya kena rampas, apakah saya nak membunuh juga?
(ok, dah lari topik)

orang kata juga (berapa banyak orang daaaa) kalau sedih, baca/dengar Quran.
tenangkan hati bla bla bla.

saya kalau nak tenang, biar saya penatkan minda supaya tanak fikir apa-apa.
untuk penatkan minda, saya kena penatkan fizikal saya dahulu.
untuk penatkan fizikal, haruslah saya pergi bersukan kan?

untuk kurangkan stress hidup saya, saya kena ubah diet saya bersesuaian dengan cuaca yang baru-nak-cerah-bila-dah-pukul-doblas-pastu-gelap-balik-lepas-pukul-dua.

mandom gila.

saya kena restrict diet saya daripada:
  • susu, yolk, coffee, wheat. (BIG NO! NO!)
  • buah-buahan yang punya kulit resin ie: epal
  • benda-benda asid ie: oren, lime
  • cokelat (sebab ada susu)
  • meat (sbb protein ini susah dicernakan)
  • carbonated drink
saya punya penyakit yang dikatakan IBS (Irritable Bowel Syndrome) - yang saya rasa makin teruk sebab saya tak ikut diet seperti di atas. hampir 8/9 daripada diet tersebut adalah diet seharian saya. untuk gantikan benda-benda di atas, saya perlu makan nasi, kentang, mashed vegie, dan roti putih.

saya akan mulakan semua ini setelah habis stok di rumah. takkan saya nak buang segala mende yang memenuhi peti sejuk saya?

demi perutku ini, kutempuhi segalanya (lah sangat!)

ok, saya dah kurang stress sekarang.
oh ye, lupa nak wish best friend saya (masih bf kah?) cik hazwani atas ulangtahun keduapuluhenam beliau.

hak hak hak, semua orang dah tua! kecuali saya!

oh btw, Cik I kata, dia nak buat aktiviti sempena hari jadi saya. paintball, makan2 restoren korea bla bla bla. mahu informasi lanjut, hubungi beliau di... errrr... text dia aje lah. takkan saya nak surprisekan diri saya sendiri di hari jadi saya? dowh!