Wednesday, 2 December 2009

Photobucket mengantuk di waktu petang kerana tidak cukup tidur selama 48 jam. anxiety ke ni?

saya jarang punya kawan omputih.
kalau borak dengan kawan satu ofis dengan kawan sebelah makmal pun sebab bosan.
tapi takdelah borak hangat-hangat pun.

kalau kawan omputih saya ajak gi bandar pun saya tak mahu ikut.
kang dia shopping skirt, saya nak shopping ape? beerrrra?! :P

maka, saya jarang gila contact dengan budak-budak omputih ni.
kadang-kadang saya fikir saya belajar di jepun atau korea.
english pun tatau terbang ke mana.

tadi senior kepada senior saya call ofis.
super senior itu lelaki, senior saya itu perempuan.
maka mereka itu gf-bf la ngok! :))

ok, nak jadi cerita si gf ni byk kerja takde kat ofis.
saya mula-mula tanak angkat fon.
sbb slalunya fon tu si gf yang selalu angkat.
tapi kadang-kadang ada orang kol sbb takde pass ke (macam episode saya selalu gi makmal tertinggal pass)

pastu nak jadi cerita saya pun angkatlah fon.
saya cakaplah si gf ni takde kat ofis.
saya tanya - nak saya panggilkan si gf ke?
dia kata takyah. dia nak borak-borak dengan saya.

eyhhhhh?!!!!

saya dah rasa awkward gila.
dia tanya kerja saya.
tanya life saya.

(dalam hati saya rasa *awkward.awkward*)

saya ni nak cakap on the phone dengan lelaki pun payah.
[tolak PIC sebab saya tak rasa dia lelaki :))]
saya terus mcm nak letak telefon.
tapi si bf nak cakap lagi dan lagi.

saya rasa nak aje cakap.
mushi mushi. pris kol again. orait?

hah! skang dah letak telefon hati masih debar-debar.
apakah perasaan ini?

Tuesday, 1 December 2009

ada.ada.

Photobucket sedang rajin-rajin.

saya di perpustakaan.
saya bukanlah nak berlagak saya rajin ke apa, cuma mahu motivasikan diri.

saya jarang gila buat kerja di rumah.
hanya bila terdesak aje saya bersengkang mata buat kerja.
tu pun setahun dua tiga kali (?)

saya senantiasa punya pemikiran yang di sekolah hanyalah untuk buat kerja (dan chatting kalau bosan) dan di rumah untuk berehat-rehat setelah penat buat kerja di sekolah.

tapi sekarang saya tidak boleh berehat-rehat lagi dah.

senior saya baru aje bagitahu saya yang Godzilla hanya beri masa pada beliau untuk siapkan kerja makmal beliau sehingga Xmas.
untuk beliau grad summer depan, beliau perlu menghantar thesis lengkap beliau dalam bulan Februari.
Dan beliau hanya punya 2 bulan untuk buat itu ini.
dia tersangatlah rajen.
sekali eksperimen beliau ada 4-6 sampel.
dalam masa beberapa bulan ini beliau bekerja keras, nama beliau sudahpun di atas 4 buah jurnal.

tu pun dia dah stress sebab takut tak dapat hantar thesis beliau.

maka, saya punya taktik saya tersendiri.
setelah mengetahui Godzilla tidak mahu lepaskan pelajar-pelajar beliau hingga ke bulan-bulan terakhir, saya terpaksa menaip thesis saya sekarang.

saya maksudkan - SEKARANGGGGGG!

secara teknikalnya saya belum lagipun menjadi pelajar tahun ketiga. tapi ikut formaliti saya sudah tahun ketiga. adoi, kecut perut saya.

saya tanak jadi macam senior saya.
rajen sgt sampai Godzila paksa buat itu ini.
saya mengertilah mungkin dia suka dapat buat sampai 4 jurnal tapi bagi saya, kalau thesis dah siap dan nama saya terselit kat satu dua jurnal oklah.

masa mesyuarat isnin lepas, Godzilla cakap sorang pelajar bawah colleague beliau baru start kerja baru 3 minggu dan banyak gila data.
nak hinthint saya supaya buat kerja separuh matila tu.

terkini, senior saya kena ulceritis.
nak bercakap pun susah.
dia kata dia stress.
stress2 dia, dia dtg sekolah awal dan balik lambat.

stress2 saya, saya takmo pergi sekolah.
dan saya pun kena ulceritis juga.

oh. oleh kerana saya nak boost up motivasi saya, saya berjanji dengan diri saya nak spend time di makmal lepas jalan-jalan winter nanti.
saya mahu berjanji mahu siapkan satu bab dalam thesis sebelum new year 2010.

tapi dah 2 jam dalam library buat kepala saya berasap.
kenapa masa tonton movie korea/jepun tak macam ni punggggg?

Monday, 30 November 2009

iklan.

1) dunia ini kecil rupanya.

A: *menahan sakit mahu bersalin* doktor! doktor! err... doktor nani? errr... doktor ni kawan missCC ke?
N: errr... oh, kawan missCC jugak ke?
A: laaaa, terjumpa kat labour room rupanya. missCC apa cerita?
N: eh, setelkan anak nak beranak tu dulu. dah nak kuar dah tu.

2) bila hati seiring dengan bicara.

H: hey, apa khabar? lama tak nampak? oh lupa! ko dah lama tak ada kat sini kan?
A: oh hey. kenapa kau tak balik-balik mesia lagi? ingat dah nak beram... eh dah nak pulang dah...
H: lom, lama lagi. dua minggu lagi *in disgust* errr... oklah, jumpa lagi.
A: *dalam hati* haish. asal aku cakap macam tu?

nota: exaggeration in action

10.sebab.saya.mesti.beli.kamera.kompak.

Photobucket tak boleh tidur. anxiety agaknya.

1) dia tak suka membawa beg besar.
2) kamera besar tak boleh buat camwhoring. gabak sangat.
3) malas nak set up kamera untuk pelbagai keadaan.
4) tak semua tahu mahu guna kamera besar. set auto pun macam tak membantu.
5) tak perlu guna flash gun segala bagai.
6) tak yah bawak tripod besar gabak.
7) kamera gabak tak boleh main campak-campak. tak boleh selit dalam dash board juga.
8) dlsr berat sangat.
9) malu kalau nak keluarkan dslr bila nak bergambar dalam restoren atau di kafe.
10) offer kamera murah! nak xmas ni! :D

eid.mubarak.





maaf saya hilang.
MIA.
saya beraya di Aberdeen, kampung saya.
sebabnya kawan-kawan saya buka rumah.
masak-masak.
ramai juga warga Aberdeen buka rumah.

dah lama tak jumpa kawan-kawan.
kawan baru, kawan lama, kawan rapat.

hari raya best.
tak sejuk, matahari memancar indah.
tapi nak bukak atap keta rasa pelik pulak sebab angin masih sejuk.

haih.
minggu depan ilang lagi.
ada projek baik punya.
nantikan edisi khas minggu depan.

Dundee makin sejuk.
insha'Allah salji akan datang dalam beberapa hari lagi.
kena sediakan but, baju tebal-tebal.
kulit dah makin kering, kena mula pakai losyen.

sudah mahu disember sudah.
saya tak mahu tua. tak mahu!

oh selamat hari lahir kepada sahabat saya, Doktor Nani.
saya tahu anda mungkin tidak membaca, tapi saya masih ingat bday kamu.
kerja leklok dan selamat menjadi isteri dan ibu yang berjaya!

haih, semua orang dah tua ni.
dah nak abih tahun 2009 dah ni.

oh ni 'hadiah hari jadi' saya.
hadiah in advance! :))