Tuesday, 1 December 2009

ada.ada.

Photobucket sedang rajin-rajin.

saya di perpustakaan.
saya bukanlah nak berlagak saya rajin ke apa, cuma mahu motivasikan diri.

saya jarang gila buat kerja di rumah.
hanya bila terdesak aje saya bersengkang mata buat kerja.
tu pun setahun dua tiga kali (?)

saya senantiasa punya pemikiran yang di sekolah hanyalah untuk buat kerja (dan chatting kalau bosan) dan di rumah untuk berehat-rehat setelah penat buat kerja di sekolah.

tapi sekarang saya tidak boleh berehat-rehat lagi dah.

senior saya baru aje bagitahu saya yang Godzilla hanya beri masa pada beliau untuk siapkan kerja makmal beliau sehingga Xmas.
untuk beliau grad summer depan, beliau perlu menghantar thesis lengkap beliau dalam bulan Februari.
Dan beliau hanya punya 2 bulan untuk buat itu ini.
dia tersangatlah rajen.
sekali eksperimen beliau ada 4-6 sampel.
dalam masa beberapa bulan ini beliau bekerja keras, nama beliau sudahpun di atas 4 buah jurnal.

tu pun dia dah stress sebab takut tak dapat hantar thesis beliau.

maka, saya punya taktik saya tersendiri.
setelah mengetahui Godzilla tidak mahu lepaskan pelajar-pelajar beliau hingga ke bulan-bulan terakhir, saya terpaksa menaip thesis saya sekarang.

saya maksudkan - SEKARANGGGGGG!

secara teknikalnya saya belum lagipun menjadi pelajar tahun ketiga. tapi ikut formaliti saya sudah tahun ketiga. adoi, kecut perut saya.

saya tanak jadi macam senior saya.
rajen sgt sampai Godzila paksa buat itu ini.
saya mengertilah mungkin dia suka dapat buat sampai 4 jurnal tapi bagi saya, kalau thesis dah siap dan nama saya terselit kat satu dua jurnal oklah.

masa mesyuarat isnin lepas, Godzilla cakap sorang pelajar bawah colleague beliau baru start kerja baru 3 minggu dan banyak gila data.
nak hinthint saya supaya buat kerja separuh matila tu.

terkini, senior saya kena ulceritis.
nak bercakap pun susah.
dia kata dia stress.
stress2 dia, dia dtg sekolah awal dan balik lambat.

stress2 saya, saya takmo pergi sekolah.
dan saya pun kena ulceritis juga.

oh. oleh kerana saya nak boost up motivasi saya, saya berjanji dengan diri saya nak spend time di makmal lepas jalan-jalan winter nanti.
saya mahu berjanji mahu siapkan satu bab dalam thesis sebelum new year 2010.

tapi dah 2 jam dalam library buat kepala saya berasap.
kenapa masa tonton movie korea/jepun tak macam ni punggggg?