Friday, 12 December 2008

the.hatred.extended.version.

Photobucket sedang berkira-kira mahu bersarapan nasi lemak, opppss!

nota: sebelum penulisan ini diteruskan, sila ingatkan diri anda bahawa saya adalah seorang yang oxymoronic, dan saya sejujurnya sangat sangat sarcastic.

aku racist.
kau pun racist.

at least aku membenarkan suatu kebenaran.
kau? buat-buat macam tiada apa-apa yang berlaku.

aku sebenarnya tak suka melayu. opppsss, silap ayat.
aku sebenarnya tak suka perangai orang melayu.

dan aku paling tak suka kalau orang-orang Melayu bila duduk bersama ramai-ramai.
Paling benci kalau mereka sangat Asobiyah.
Kau ingat Melayu itu sendiri ada puak-puak kenegerian ke?
Dah nama duduk Malaysia, sila buat macam duduk dalam Malaysia, ye?

Aku Melayu. Kau pun Melayu.
Aku malas, kadang-kadang.
Kau pun malas, kadang-kadang.
Benarkan saja kata-kata yang ini.
Kenapa yang Cina atau yang India rajin aje?
heh.

Aku ada kawan Melayu, aku ada kawan Cina.
Selalunya yang jadi backstabber adalah Melayu.
Selalunya yang mahu jalan mudah adalah Melayu.
Aku tahu, orang Cina suka main mengelat, at least mereka tahu bagaimana mahu mengelat.
Dan yang paling aku suka, mereka pandai berdikari.
Mungkin sebab sedari kecil, prioriti bukan sentiasa berpihak pada mereka, maka mereka perlu bekerja keras sendiri.

Orang Cina pandai kalau mereka berusaha.
Orang Melayu akan berganda jadi lebih pandai jika mereka juga berusaha.

Tapi?

Melayu ni pemalas.
(nota: ini termasuk diri aku sendiri)

Aku hidup baru setahun jagung.
Tapi banyak juga pengalaman yang aku sudah lalui.

Masa di Universiti dulu (Eh, bukan aku masih di Universiti ke?)
Kalau ada assignment ataupun kerja rumah mahu buat, kawan Cina akan datang ke bilik bertanya - "Mahu buat sama-sama tak? Saya ada skrip jawapan, mungkin kita boleh tambah dengan membaca buku rujukan."

Aku suka.

Kemudian, datang yang Melayu. "Eh? Kau dah siap ke kerja rumah aritu? nak salin."

Eh? Banyak cikadak kau. Abih hujung minggu kau buat apa? Malam-malam bergayut aja dengan boifren. Gi outing, gi dating. Ko masuk Universiti buat hape ha?

Kalau mahu ke sekolah, yang Cina akan pergi menaiki bas. Walaupun dia tahu aku akan ke kelas yang sama menaiki kereta.

Yang Melayu? Hantar text pada malam sebelumnya bertanyakan kelas pukul berapa dan mahu mengikut menaiki kereta. Bila paginya, driver menunggu penumpang. KAU INGAT AKU DREBAR KAU? Dahlah duit minyak tak pernah bayar. Pastu main-main ajak aje kawan-kawan nak tumpang sekali. Kau ingat kau boleh pijak kepala aku?

ye, aku tahu aku racist, pada kaum sendiri.

*nasib baik kawan-kawan yang aku rapat sekarang pandai berdikari sendiri. Kadang-kadang aku suka buat hati kering supaya mereka buat kerja dengan sendiri. Naya betul bila aku jadi pensyarah nanti.
**ada lagi cerita, karang bersambung...

----
iklan sekejap, aku ke makmal tadi.
ramai gila orang kat hospital, mcm ada kes-kes naya aje.
orang di sini walaupun mereka tak solat subuh, tapi mereka bangun awal.
kalah orang muslim yang selalu kantoi subuh ni.

ok, sambung cerita tadi.
kisah Melayu ni kadang-kadang pelik.
Kalau kat sini (di oversea), siapa lagi kalau nak disusahkan kalau tak kawan sendiri.
Kalau nak ke mana-mana mesti mahu berkereta.
Jika anda kaya sangat, pergilah beli kereta sendiri.
Kalau anda kedekut aka cheapskate, jangan pula susahkan orang lain.
Kalau anda mahu orang berkereta tumpangkan anda ke mana-mana, reti retilah bayar duit minyak.
Orang Melayu ni pemalu, so mereka tak akan meminta. Tapi janganlah mengambil kesempatan.
Oleh kerana aku adalah seorang driver yang berpengalaman 8 tahun berkereta, aku kalau boleh memang tak nak susahkan orang lain. Perit, aku tahu.
Abah aku pun tak pernah ajar aku susahkan orang lain.
Aku tak kisah kalau nak ditumpang, tapi paham2 ajelah selalunya orang yang ditumpang tak berapa nak kisah sangat bab tumpang menumpang except bila si driver dah hint-hint isi minyak tu, belajar-belajarlah hulur sikit duit. Kalau lalu tol, belajar-belajarlah tawarkan diri nak bayar.

Ni tak, selalu buat bodoh.
Selalunya kalau penumpang itu lelaki.
Ah! Perempuan pun lebih kurang aja.

Orang pelik, kalau orang mahu ke Airport, aku selalu hantarkan. Siap bayar sendiri duit parking yang mahal gila tu.
Kalau diri sendiri mahu ke Airport, naik bas.

Apa mahu kisah? Aku memang tak suka susahkan orang.
Dan aku benci orang yang suka susahkan orang lain.

Ni lagi satu species orang yang aku benci.
Dia ingat dia boleh gedik-gedik, dia ingat dia lawa, dia boleh gunakan semua orang?
Dia ingat PR dia bagus, dia boleh meminta itu ini?

Kalau kena dengan jantan yang kaya dan gatal, oklah.
Kalau kena dengan anak orang kaya yang gedik jugak, sepadanlah.
Kalau buat kat aku, aku akan buat muka, aku akan diam.
Kalau dia tak paham hint hint aku, aku akan herdik cukup-cukup.
Manusia macam ni, kalau tak diajar, memang tak akan sedar diri.

Ada lagi species manusia yang aku juga kurang gemar.
Bila dia bersedih dia akan bagi ayat-ayat positive untuk 'membuatkan' dia rasa gembira.
Padahal aku tahu dia tak akan jadi gembira pun.

Kenapa tak mengaku aje yang kau bersedih?
Kenapa bila gembira cakap aje kau gembira?
Ataupun, kenapa tak bila kau gembira atau sedih, kau diam aje?

Manusia in denial ini selalunya akan cepat depress and cepat tua.
Tu yang selalu jadi makin tak gembira.
Tak apelah, nak buat macam mana, dah kau pilih jalan macam tu.
Jika harapan kau mahu jadi gembira selepas itu, aku diamkan aje.

Nanti ada cerita aku sambung lagi. Jangan risau, aku sambung lagi.

Thursday, 11 December 2008

the.hatred.

Photobucket kini sedang beransur pulih, alhamdulillah

aku tutup lampu.
bilik sudah kemas.

aku tonton movie free.
ada cite bourne back to back.

nasib baik aku dulu-dulu bukan kaki wayang. bukan kaki movie.
sekarang ni baru terkedek-kedek nak "qada'" semua cerita-cerita haibat.

lewat petang tadi aku blog hopping.
untuk membaca satu-satu punya blog, aku boleh agak si penulis orang yang bagaimana.
kau boleh kata aku judgmental, aku katakan: aku pandai tilik orang.

ada satu fenomena yang mana budak-budak muda yang tengah belajar di universiti seronok benar berblog.
aku boleh bezakan cara orang yang amik course yang biasa-biasa macam "IT, Journalism, Media & Broadcasting" dengan orang yang belajar benda-benda yang lebih serius seperti "Medicine dan Sciences" berblog. Lain benar.

Walaupun kedua-duanya hanya bercakap pasal hidup mereka. Dari gaya bahasa pun aku sudah tahu bagaimana perilaku mereka.

Lain tahu orang yang belajar setakat Degree dengan orang yang buat PhD ataupun buat benda yang lebih serius (bekerja). Aku bukan cakap pasal aku, tapi secara amnya, cara mereka berblog adalah berbeza.

Aku paling pantang kalau blogger mencarut dalam erti kata puitis. Kau ingat kau haibat?
Aku tahu itu blog kau orang, tapi jaga-jagalah ayat untuk discretion. Kau ingat yang baca blog kau orang itu budak baya-baya kau aje ke? Tidakkah kau tahu bahawa budak seawal empat tahun pun dah pandai klik-klik kepada internet? Heh. Kan aku dah kata, you are what you are.
Dan aku judgmental. Serius. Aku rasa dah jadi penyakit dah ni. Kalau setakat nak berblog untuk tingkatkan bilangan orang yang memberi komen, baik hentikan.

Dan aku juga pantang tengok orang yang berlagak baik tapi sebenarnya bitchy. Kau pun ingat kau haibat? Kalau aku jumpa sekor2 aku lempang cukup2. Peduli apa kau anak menteri ke Tan Sri ke? Tangan aku tak kenal orang. Cakaplah aku kurang ajar, tapi telek muka sendiri kau kurang ajar atau tidak.

Oh, btw - untuk makhluk-makhluk Sarawak itu, jika anda manage masuk ke blog aku, ketahuilah bahawa - I know u've been stalking my blog for quite a while. And to let you all know, aku tak pernah ingat kamu-kamu mempunyai blog. Dan jangan mahu perasan kawan-kawan aku mahu pergi menjenguk kamu semua. Kamu semua ingat kamu popular? Bak kata kawan aku yang pernah sekali klik blog kamu-kamu, sumpah dia tak mahu baca lagi. Isi macam hape, bahasa Inggeris tunggang terbalik, ayat bahasa Melayu rasa macam mahu muntah. Itu cakap orang jujur tahu?

Maka: Moral of the story: Jangan perasan bagus. Dan aku pun tak hingin mahu pergi ke dunia kamu. Dan yang paling mahu ditekankan di sini, aku tak mahu kamu berada di sini.

Cukuplah dengan segala kerenah kamu.

*Ni versi sopan tahu? Now you can go and tell the rest of your clan, I don't care.

kesah.bedah.

Photobucket kini sedang mengalami simptom: hypersensivity of light

aku pening.
sudah habiskan satu kotak cokelat After Eight.
Hyperglysaemic.
Bila aku dengar suara dari TV aku pening.
bila aku bukak lampu porno, aku pening.
tak bukak lampu pun pening.
aku tengok bilik bersepah, aku pening.
aku tengok pinggan tak berbasuh di sinki, aku pening.

tapi malas nak buat apa-apa.

aku selalu bagitahu diri sendiri, bila aku procrastinate, masa tulah aku kena lebih rajin.
aku tahu, oxymoronic - tapi at least aku cuba.

aku sudah ubah kedudukan katil supaya nampak bilik lagi luas.
aku re-detangled semua wayar-wayar yang ada. sakit kepala nengok.
aku tukar duvet cover supaya jadi lebih ceria.
aku cuba membelakangi lampu, sakit kepala.
oh ye, aku sudah telan dua biji Actifast, berserta selawat, insha'Allah.
aku sudah minum air teh hijau 4 uncang hari ini. semoga aku tak sakit kepala lagi.

banyak benda aku nak setel kat rumah ni.
bila aku stress aje aku rasa nak re-arrange barang-barang dlm umah.
mungkin hobi mak aku tu dah turun kat aku.
aku bukan seorang pengemas.
aku lagi suka masak dari mengemas.
mungkin untuk bakal suami aku nanti aku kena cari yang suka mengemas dan bonus - suka masak.
susah tu.

dalam mengemas-mengemas aku rasa nak buang semua barang, pastu nak beli baru.
nafas baru.
heh. aku tahu bazir aje.

adeeeiii, kena lipat baju.
arghhhh! laundry tak buat lagi.
dapur tak kemas lagi.
nanti bila aku dah kahwin aku nak laki aku buat semua benda tu.
pastu beranak ramai-ramai biar anak-anak aku aje yang buat.
NO ORANG GAJI.
aku nak jadi mem besar dalam rumah.
har har har.

dah. dah. aku dah mengarut terlebih nih.
aku nak sambung kemas rumah.

adoii sakit kepala lagi!

makang.budok!

Photobucket kini sangat sangat mengantuk!

terjaga awal hari ini.
rasa mcm orang seru-seru aje.
cehhhh macam kekasihku seru la plak.

walaupun dah pukul 8.30 pagi, tapi hari sangatlah gelap.
ni yang rasa malas nak gi sekolah awal-awal.

semalam aku dapat dua lagi hadiah untuk post-birthday celebration:


Yang ini, cik sabun buku yang harganya mahal nak mampus


dengan yang ini, set GPS yang boleh digunakan hatta di Malaysia sekalipun.
ni lagilah mahal nak mampus

gegegegege... semalam adik aku cakap burger Prosperity di McDonald sudah pun berada di pasaran. Oleh kerana aku jeles kat kawan-kawan aku yang semua pakat balik Malaysia, aku pun berangan-angan nak buat burger itu sendiri. Ala, letak black pepper sauce je pun!

Tengok! Pagi-pagi dah drool tengok gambar kat blog orang :((

Kalau aku jadi buat karang, aku upload gambar kat sini ok?

Ok, mahu buat sarapan! Oh tidak, arini aku bangun awal dan bersarapan? SUNGGUH LUAR BIASA! :D

Tuesday, 9 December 2008

caught.in.the.act.

Photobucket masih lepak-lepak di ofis

aku browse flickr aku dan member-member seflickr aku.
pastu ternampak gambar ni:


Ini adalah gambar dari filem. Cap TESCO. Tapi kamera Nikon SLR (cool tak?)
Cantik juga. Gambar ini diambil setelah meluncur dari atas bukit ke bawah dengan sledge. Seronok! Terima kasih Kak M ;)

Rasa happy sikit tadi setelah rasa sedih-sedih tadi.
Mana taknya, tadi makan sedap.
Ada Farewell Party kat Jabatan.
Ada seorang Research Fellow tu siap buat pastri Vegie sebab dia tahu aku tak makan daging cap ASDA/TESCO dan sewaktu dengannya.

Untuk itu juga, aku stay back lambat sikit hari ini.
Mari kita countdown lagi, lagi 3 hari! :D
*ClapClap*

BERSEMANGAT!