Friday, 12 December 2008

the.hatred.extended.version.

Photobucket sedang berkira-kira mahu bersarapan nasi lemak, opppss!

nota: sebelum penulisan ini diteruskan, sila ingatkan diri anda bahawa saya adalah seorang yang oxymoronic, dan saya sejujurnya sangat sangat sarcastic.

aku racist.
kau pun racist.

at least aku membenarkan suatu kebenaran.
kau? buat-buat macam tiada apa-apa yang berlaku.

aku sebenarnya tak suka melayu. opppsss, silap ayat.
aku sebenarnya tak suka perangai orang melayu.

dan aku paling tak suka kalau orang-orang Melayu bila duduk bersama ramai-ramai.
Paling benci kalau mereka sangat Asobiyah.
Kau ingat Melayu itu sendiri ada puak-puak kenegerian ke?
Dah nama duduk Malaysia, sila buat macam duduk dalam Malaysia, ye?

Aku Melayu. Kau pun Melayu.
Aku malas, kadang-kadang.
Kau pun malas, kadang-kadang.
Benarkan saja kata-kata yang ini.
Kenapa yang Cina atau yang India rajin aje?
heh.

Aku ada kawan Melayu, aku ada kawan Cina.
Selalunya yang jadi backstabber adalah Melayu.
Selalunya yang mahu jalan mudah adalah Melayu.
Aku tahu, orang Cina suka main mengelat, at least mereka tahu bagaimana mahu mengelat.
Dan yang paling aku suka, mereka pandai berdikari.
Mungkin sebab sedari kecil, prioriti bukan sentiasa berpihak pada mereka, maka mereka perlu bekerja keras sendiri.

Orang Cina pandai kalau mereka berusaha.
Orang Melayu akan berganda jadi lebih pandai jika mereka juga berusaha.

Tapi?

Melayu ni pemalas.
(nota: ini termasuk diri aku sendiri)

Aku hidup baru setahun jagung.
Tapi banyak juga pengalaman yang aku sudah lalui.

Masa di Universiti dulu (Eh, bukan aku masih di Universiti ke?)
Kalau ada assignment ataupun kerja rumah mahu buat, kawan Cina akan datang ke bilik bertanya - "Mahu buat sama-sama tak? Saya ada skrip jawapan, mungkin kita boleh tambah dengan membaca buku rujukan."

Aku suka.

Kemudian, datang yang Melayu. "Eh? Kau dah siap ke kerja rumah aritu? nak salin."

Eh? Banyak cikadak kau. Abih hujung minggu kau buat apa? Malam-malam bergayut aja dengan boifren. Gi outing, gi dating. Ko masuk Universiti buat hape ha?

Kalau mahu ke sekolah, yang Cina akan pergi menaiki bas. Walaupun dia tahu aku akan ke kelas yang sama menaiki kereta.

Yang Melayu? Hantar text pada malam sebelumnya bertanyakan kelas pukul berapa dan mahu mengikut menaiki kereta. Bila paginya, driver menunggu penumpang. KAU INGAT AKU DREBAR KAU? Dahlah duit minyak tak pernah bayar. Pastu main-main ajak aje kawan-kawan nak tumpang sekali. Kau ingat kau boleh pijak kepala aku?

ye, aku tahu aku racist, pada kaum sendiri.

*nasib baik kawan-kawan yang aku rapat sekarang pandai berdikari sendiri. Kadang-kadang aku suka buat hati kering supaya mereka buat kerja dengan sendiri. Naya betul bila aku jadi pensyarah nanti.
**ada lagi cerita, karang bersambung...

----
iklan sekejap, aku ke makmal tadi.
ramai gila orang kat hospital, mcm ada kes-kes naya aje.
orang di sini walaupun mereka tak solat subuh, tapi mereka bangun awal.
kalah orang muslim yang selalu kantoi subuh ni.

ok, sambung cerita tadi.
kisah Melayu ni kadang-kadang pelik.
Kalau kat sini (di oversea), siapa lagi kalau nak disusahkan kalau tak kawan sendiri.
Kalau nak ke mana-mana mesti mahu berkereta.
Jika anda kaya sangat, pergilah beli kereta sendiri.
Kalau anda kedekut aka cheapskate, jangan pula susahkan orang lain.
Kalau anda mahu orang berkereta tumpangkan anda ke mana-mana, reti retilah bayar duit minyak.
Orang Melayu ni pemalu, so mereka tak akan meminta. Tapi janganlah mengambil kesempatan.
Oleh kerana aku adalah seorang driver yang berpengalaman 8 tahun berkereta, aku kalau boleh memang tak nak susahkan orang lain. Perit, aku tahu.
Abah aku pun tak pernah ajar aku susahkan orang lain.
Aku tak kisah kalau nak ditumpang, tapi paham2 ajelah selalunya orang yang ditumpang tak berapa nak kisah sangat bab tumpang menumpang except bila si driver dah hint-hint isi minyak tu, belajar-belajarlah hulur sikit duit. Kalau lalu tol, belajar-belajarlah tawarkan diri nak bayar.

Ni tak, selalu buat bodoh.
Selalunya kalau penumpang itu lelaki.
Ah! Perempuan pun lebih kurang aja.

Orang pelik, kalau orang mahu ke Airport, aku selalu hantarkan. Siap bayar sendiri duit parking yang mahal gila tu.
Kalau diri sendiri mahu ke Airport, naik bas.

Apa mahu kisah? Aku memang tak suka susahkan orang.
Dan aku benci orang yang suka susahkan orang lain.

Ni lagi satu species orang yang aku benci.
Dia ingat dia boleh gedik-gedik, dia ingat dia lawa, dia boleh gunakan semua orang?
Dia ingat PR dia bagus, dia boleh meminta itu ini?

Kalau kena dengan jantan yang kaya dan gatal, oklah.
Kalau kena dengan anak orang kaya yang gedik jugak, sepadanlah.
Kalau buat kat aku, aku akan buat muka, aku akan diam.
Kalau dia tak paham hint hint aku, aku akan herdik cukup-cukup.
Manusia macam ni, kalau tak diajar, memang tak akan sedar diri.

Ada lagi species manusia yang aku juga kurang gemar.
Bila dia bersedih dia akan bagi ayat-ayat positive untuk 'membuatkan' dia rasa gembira.
Padahal aku tahu dia tak akan jadi gembira pun.

Kenapa tak mengaku aje yang kau bersedih?
Kenapa bila gembira cakap aje kau gembira?
Ataupun, kenapa tak bila kau gembira atau sedih, kau diam aje?

Manusia in denial ini selalunya akan cepat depress and cepat tua.
Tu yang selalu jadi makin tak gembira.
Tak apelah, nak buat macam mana, dah kau pilih jalan macam tu.
Jika harapan kau mahu jadi gembira selepas itu, aku diamkan aje.

Nanti ada cerita aku sambung lagi. Jangan risau, aku sambung lagi.