kini sedang beransur pulih, alhamdulillahaku tutup lampu.
bilik sudah kemas.
aku tonton movie free.
ada cite bourne back to back.
nasib baik aku dulu-dulu bukan kaki wayang. bukan kaki movie.
sekarang ni baru terkedek-kedek nak "qada'" semua cerita-cerita haibat.
lewat petang tadi aku blog hopping.
untuk membaca satu-satu punya blog, aku boleh agak si penulis orang yang bagaimana.
kau boleh kata aku judgmental, aku katakan: aku pandai tilik orang.
ada satu fenomena yang mana budak-budak muda yang tengah belajar di universiti seronok benar berblog.
aku boleh bezakan cara orang yang amik course yang biasa-biasa macam "IT, Journalism, Media & Broadcasting" dengan orang yang belajar benda-benda yang lebih serius seperti "Medicine dan Sciences" berblog. Lain benar.
Walaupun kedua-duanya hanya bercakap pasal hidup mereka. Dari gaya bahasa pun aku sudah tahu bagaimana perilaku mereka.
Lain tahu orang yang belajar setakat Degree dengan orang yang buat PhD ataupun buat benda yang lebih serius (bekerja). Aku bukan cakap pasal aku, tapi secara amnya, cara mereka berblog adalah berbeza.
Aku paling pantang kalau blogger mencarut dalam erti kata puitis. Kau ingat kau haibat?
Aku tahu itu blog kau orang, tapi jaga-jagalah ayat untuk discretion. Kau ingat yang baca blog kau orang itu budak baya-baya kau aje ke? Tidakkah kau tahu bahawa budak seawal empat tahun pun dah pandai klik-klik kepada internet? Heh. Kan aku dah kata, you are what you are.
Dan aku judgmental. Serius. Aku rasa dah jadi penyakit dah ni. Kalau setakat nak berblog untuk tingkatkan bilangan orang yang memberi komen, baik hentikan.
Dan aku juga pantang tengok orang yang berlagak baik tapi sebenarnya bitchy. Kau pun ingat kau haibat? Kalau aku jumpa sekor2 aku lempang cukup2. Peduli apa kau anak menteri ke Tan Sri ke? Tangan aku tak kenal orang. Cakaplah aku kurang ajar, tapi telek muka sendiri kau kurang ajar atau tidak.
Oh, btw - untuk makhluk-makhluk Sarawak itu, jika anda manage masuk ke blog aku, ketahuilah bahawa - I know u've been stalking my blog for quite a while. And to let you all know, aku tak pernah ingat kamu-kamu mempunyai blog. Dan jangan mahu perasan kawan-kawan aku mahu pergi menjenguk kamu semua. Kamu semua ingat kamu popular? Bak kata kawan aku yang pernah sekali klik blog kamu-kamu, sumpah dia tak mahu baca lagi. Isi macam hape, bahasa Inggeris tunggang terbalik, ayat bahasa Melayu rasa macam mahu muntah. Itu cakap orang jujur tahu?
Maka: Moral of the story: Jangan perasan bagus. Dan aku pun tak hingin mahu pergi ke dunia kamu. Dan yang paling mahu ditekankan di sini, aku tak mahu kamu berada di sini.
Cukuplah dengan segala kerenah kamu.
*Ni versi sopan tahu? Now you can go and tell the rest of your clan, I don't care.