Saturday, 31 January 2009

and.he's.so.not.that.into.you.

Photobucket selenge. busan.

aku mendapat sebuah panggilan.
ah! orang selalu ingat aku busy ke sana ke mari tapi aku tak pernah busy pun.

oh ye, partner-in-crime aku dah balik!
ohhh, dah jejak UK baru mahu call ye?

kawan aku pernah kata aku ni orang yg banyak petua.
haha! bila dia cakap begitu aku terasa seperti seorang nenek tua.
ironi : petua-petua tersebut aku tak pernah nak amal pun.

petua untuk perempuan-perempuan single: jangan percayakan lelaki.

walaupun mulut mereka manis.
walaupun mereka selalu mula text anda dulu.
walaupun bila mereka susah, mereka cari anda.

kemudian, bila mereka senang, anda dilupakan.

ah! lupakan sahaja flirting mereka itu.
bagi aku, lelaki bujang ini kebanyakan mereka selfish.

baik aku berkawan dgn gay. :))

perempuan-perempuan suka buat spekulasi terhadap lelaki:

1) lelaki tu telefon aku each other day, maka dia suka aku.
2) lelaki tu selalu text aku, maka dia suka aku.
3) lelaki tu sanggup buat itu ini pada aku, maka dia suka aku.

tapi bila suh commit dalam relationship, dia tak mahu.
alasan: tak bersedia (heh!)
maybe he's not that into you.
senang cerita. buat apa nak fikir panjang2?

ada perempuan selalu fikir:
1) mungkin dia rasa inferior.
2) mungkin dia seorang yang pemalu.
3) mungkin dia trauma dengan sejarah percintaannya.

aku sudah tidak percaya pada istilah perigi mencari timba.
jika dia mahu, dia yang akan datang mencari kamu.
jika dia bersedia dan dia suka kamu, kamulah yang bakal menjadi permaisuri hidupnya. (atau mungkin orang gaji dalam hidupnya)
dalam masa itu, jangan menunggu.
banyak lagi lelaki lain yang sanggup tanggung susah senang bersama kamu.

aku tahu cakap memang senang.
tapi kalau dia diam, maknanya dia tak sukalah.
kenapa mahu buat spekulasi liar?

kalau dia kata dia tidak mahu memberi harapan, dia sekadar menolak dengan cara yang paling sopan.
kalau dia tidak mahu memberi harapan, kenapa memberi kata-kata manis, mencari ketika sunyi?
ah! lelaki! apa sahaja yang tidak boleh dijangkakan?

congrats.you're.a.human.

Photobucket jaga. tidur. jaga. tidur. macam takde keje lain.

will and grace bermain-main di tv.
telinga mendengar sambil aku cuba buat sesuatu yang lain dengan mata dan tangan.
haih.
sambil-sambil menaip di lappy yang makin tua ni aku tertoleh-toleh melihat apa yang lawaknya cerita itu.

hah! aku rindukan Barney Stinston dalam How I Met Your Mother.

hujung minggu.
walaupun aku sentiasa menantikan saat ini, tapi minggu ini ternyata tiada beza dengan hari-hari biasa, kecuali aku dapat bangkit lambat dari yang biasa.

rumah macam tongkang pecah.
nasib baik tiada siapa yang mahu berkunjung ke rumah.
terasa malu juga bila melihatkan rumah orang lain lagi bersih.

hmmm... mungkin aku tiada sifat OCD macam mereka.

dengan semangat kemalasan, aku cuba juga sikit-sikit mengemas apa yang patut.
cuba juga menjadi rajin seperti budak OCD itu.
walaupun aku tahu agak-agak seperti tidak menjadi.

aku pernah juga berfikir jika duduk seorang pun tidak terjaga, bagaimana pula mahu menjaga sebuah keluarga?
"the time will come" borak-borak bersama mak-mak orang semalam.
aku risau juga kerna aku tiada sifat keibuan lagi.
mungkin sebab itu aku masih tiada yang punya.

"umur masih muda dan masih comel. dan itu normal" nasihat mereka lagi.
ah! apa-apa aje.
aku malas mahu fikir.

----

aku punya kawan baru.
dia datang dari Saudi Arabia.
dia datang kepadaku semalam sambil menangis.
aku bilang, kenapa? home-sickkah?

dia kata dia tidak tahan belajar PhD.
huh? dia baru mula 14 hari. sudah jadi begitu?
aku bawa dia berjumpa kawan-kawan aku yang lain.
borak punya borak rupanya dia dari keluarga kaya.
rumah dekat gila dengan masjidil-haram.

aku bilang sama dia, aku mahu buat umrah.
mahu ke sana semasa Ramadhan.
dia kata, datanglah rumah.
dia cater segalanya, insha'Allah.

alhamdulillah. hint Allah bagi itu.

----

bangun pagi tadi, aku terasa seperti mahu balik malaysia.
berborak juga dengan "abg mahmud"
dia masih seperti dahulu.
charming, kacak, dan segala-galanya.
yang peliknya tika semua orang sukakan padanya, aku tiada apa-apa perasaan untuknya.
manusia itu citarasanya lain-lain ya?

----

aku sedang usahakan untuk himpunkan video yang aku dapat ketika menghadiri kursus penghayatan solat di Aberdeen minggu lepas.
aku punya 2 cara:
1) zipped fail tersebut dan letak dalam CD
2) tak pyh zipped dan terus letak dalam DVD

masalahnya sekarang:
1) untuk satu proses zipped 2GB video mengambil masa 2 jam.
2) aku hanya mempunyai CD kosong, bukan DVD. oh, aku tiada DVD burner.

aku tengah fikir-fikir apa method yang sesuai.

----

aku terlihat iklan di TV.
He's So Not Into YOU.
rasa macam mahu nonton.
ah! mungkin download aja.

----

ah! bebel saja aku malam ini.
mungkin aku perlu life.
mungkin aku perlu keluar dari sarangku ini.

ah! Friends ada di TV. nonton kejap.

Thursday, 29 January 2009

siri.kami.












malas nak taip banyak-banyak.
tengok gambar sudeyh.
bukan senang nak tengok gambar-gambar aku kat internet.
heh.

errr.

rindu dia, boleh?

Wednesday, 28 January 2009

kalau.rindu.maknanya?

Photobucket rasa seperti sungguh tidak bertenaga.

rasa macam mahu menangis.
kerja terasa berat sekali.
tapi habis pulun juga aku kerjakan.

semenjak kursus penghayatan solat yang lepas, aku selalu tidur awal.
dan bangun awal.
hidup aku bermula sekitar 5 pagi hingga paling lewat 10 malam.
haih! rutin hidup berubah sikit-sikit, buat aku jadi tak keruan.

aku tak pernah rasa berazam untuk jadi rajin tahun ni.
tapi sudah menginjak masuk ke tahun kedua buat aku fikir-fikir bagaimana mahu bernafas lebih lama dalam bidang penyelidikan.
mahu jadi lebih pandai, tanpa tekanan.

langkah pertama adalah: bangun awal pagi.
kedua: pergi tempat kerja seawal boleh.
ketiga: kurangkan masa di hadapan komputer.
keempat: menyusun kembali data-data dan kerja-kerja yang lepas.
kelima: lebih berkomunikasi dengan kawan sekerja.
keenam: membaca satu journal seminggu sekali.
ketujuh: mencari peluang ke seminar ataupun simposium.
kelapan: balik lambat, dan terus tidur.

hari ini penat rasa mcm semacam.
sepanjang hari hanya duduk di dalam coldroom yang bersuhu 4 darjah Celcius.
kini rasa penat itu masih bersisa.
macam mahu menangis pun ada.
balik saja hari sudah gelap.
penat tidak habis-habis disuruh menunggu bas pula.
ye, saya ke sekolah menaiki bas. hairan?

semalam rasa penat masih tak hilang.
cadang mahu berenang, tak larat rasanya badan.
hari ini tak sangka penat itu bersambung lagi.

hai, tetiba rindu pula pada partner-in-crime.
wey, cepatlah balik Dundee!
Istanbul tak rock la bhai! (ye, saya jeles!)

ok, saya sudah tidak larat.
adik! mehlah datang sini lagi.
bosanlah kamu tak ada.
sudah sebulan kamu pergi dari sini ;(