Saturday, 31 January 2009

and.he's.so.not.that.into.you.

Photobucket selenge. busan.

aku mendapat sebuah panggilan.
ah! orang selalu ingat aku busy ke sana ke mari tapi aku tak pernah busy pun.

oh ye, partner-in-crime aku dah balik!
ohhh, dah jejak UK baru mahu call ye?

kawan aku pernah kata aku ni orang yg banyak petua.
haha! bila dia cakap begitu aku terasa seperti seorang nenek tua.
ironi : petua-petua tersebut aku tak pernah nak amal pun.

petua untuk perempuan-perempuan single: jangan percayakan lelaki.

walaupun mulut mereka manis.
walaupun mereka selalu mula text anda dulu.
walaupun bila mereka susah, mereka cari anda.

kemudian, bila mereka senang, anda dilupakan.

ah! lupakan sahaja flirting mereka itu.
bagi aku, lelaki bujang ini kebanyakan mereka selfish.

baik aku berkawan dgn gay. :))

perempuan-perempuan suka buat spekulasi terhadap lelaki:

1) lelaki tu telefon aku each other day, maka dia suka aku.
2) lelaki tu selalu text aku, maka dia suka aku.
3) lelaki tu sanggup buat itu ini pada aku, maka dia suka aku.

tapi bila suh commit dalam relationship, dia tak mahu.
alasan: tak bersedia (heh!)
maybe he's not that into you.
senang cerita. buat apa nak fikir panjang2?

ada perempuan selalu fikir:
1) mungkin dia rasa inferior.
2) mungkin dia seorang yang pemalu.
3) mungkin dia trauma dengan sejarah percintaannya.

aku sudah tidak percaya pada istilah perigi mencari timba.
jika dia mahu, dia yang akan datang mencari kamu.
jika dia bersedia dan dia suka kamu, kamulah yang bakal menjadi permaisuri hidupnya. (atau mungkin orang gaji dalam hidupnya)
dalam masa itu, jangan menunggu.
banyak lagi lelaki lain yang sanggup tanggung susah senang bersama kamu.

aku tahu cakap memang senang.
tapi kalau dia diam, maknanya dia tak sukalah.
kenapa mahu buat spekulasi liar?

kalau dia kata dia tidak mahu memberi harapan, dia sekadar menolak dengan cara yang paling sopan.
kalau dia tidak mahu memberi harapan, kenapa memberi kata-kata manis, mencari ketika sunyi?
ah! lelaki! apa sahaja yang tidak boleh dijangkakan?