Saturday, 31 January 2009

congrats.you're.a.human.

Photobucket jaga. tidur. jaga. tidur. macam takde keje lain.

will and grace bermain-main di tv.
telinga mendengar sambil aku cuba buat sesuatu yang lain dengan mata dan tangan.
haih.
sambil-sambil menaip di lappy yang makin tua ni aku tertoleh-toleh melihat apa yang lawaknya cerita itu.

hah! aku rindukan Barney Stinston dalam How I Met Your Mother.

hujung minggu.
walaupun aku sentiasa menantikan saat ini, tapi minggu ini ternyata tiada beza dengan hari-hari biasa, kecuali aku dapat bangkit lambat dari yang biasa.

rumah macam tongkang pecah.
nasib baik tiada siapa yang mahu berkunjung ke rumah.
terasa malu juga bila melihatkan rumah orang lain lagi bersih.

hmmm... mungkin aku tiada sifat OCD macam mereka.

dengan semangat kemalasan, aku cuba juga sikit-sikit mengemas apa yang patut.
cuba juga menjadi rajin seperti budak OCD itu.
walaupun aku tahu agak-agak seperti tidak menjadi.

aku pernah juga berfikir jika duduk seorang pun tidak terjaga, bagaimana pula mahu menjaga sebuah keluarga?
"the time will come" borak-borak bersama mak-mak orang semalam.
aku risau juga kerna aku tiada sifat keibuan lagi.
mungkin sebab itu aku masih tiada yang punya.

"umur masih muda dan masih comel. dan itu normal" nasihat mereka lagi.
ah! apa-apa aje.
aku malas mahu fikir.

----

aku punya kawan baru.
dia datang dari Saudi Arabia.
dia datang kepadaku semalam sambil menangis.
aku bilang, kenapa? home-sickkah?

dia kata dia tidak tahan belajar PhD.
huh? dia baru mula 14 hari. sudah jadi begitu?
aku bawa dia berjumpa kawan-kawan aku yang lain.
borak punya borak rupanya dia dari keluarga kaya.
rumah dekat gila dengan masjidil-haram.

aku bilang sama dia, aku mahu buat umrah.
mahu ke sana semasa Ramadhan.
dia kata, datanglah rumah.
dia cater segalanya, insha'Allah.

alhamdulillah. hint Allah bagi itu.

----

bangun pagi tadi, aku terasa seperti mahu balik malaysia.
berborak juga dengan "abg mahmud"
dia masih seperti dahulu.
charming, kacak, dan segala-galanya.
yang peliknya tika semua orang sukakan padanya, aku tiada apa-apa perasaan untuknya.
manusia itu citarasanya lain-lain ya?

----

aku sedang usahakan untuk himpunkan video yang aku dapat ketika menghadiri kursus penghayatan solat di Aberdeen minggu lepas.
aku punya 2 cara:
1) zipped fail tersebut dan letak dalam CD
2) tak pyh zipped dan terus letak dalam DVD

masalahnya sekarang:
1) untuk satu proses zipped 2GB video mengambil masa 2 jam.
2) aku hanya mempunyai CD kosong, bukan DVD. oh, aku tiada DVD burner.

aku tengah fikir-fikir apa method yang sesuai.

----

aku terlihat iklan di TV.
He's So Not Into YOU.
rasa macam mahu nonton.
ah! mungkin download aja.

----

ah! bebel saja aku malam ini.
mungkin aku perlu life.
mungkin aku perlu keluar dari sarangku ini.

ah! Friends ada di TV. nonton kejap.