Monday, 30 November 2009
iklan.
A: *menahan sakit mahu bersalin* doktor! doktor! err... doktor nani? errr... doktor ni kawan missCC ke?
N: errr... oh, kawan missCC jugak ke?
A: laaaa, terjumpa kat labour room rupanya. missCC apa cerita?
N: eh, setelkan anak nak beranak tu dulu. dah nak kuar dah tu.
2) bila hati seiring dengan bicara.
H: hey, apa khabar? lama tak nampak? oh lupa! ko dah lama tak ada kat sini kan?
A: oh hey. kenapa kau tak balik-balik mesia lagi? ingat dah nak beram... eh dah nak pulang dah...
H: lom, lama lagi. dua minggu lagi *in disgust* errr... oklah, jumpa lagi.
A: *dalam hati* haish. asal aku cakap macam tu?
nota: exaggeration in action
10.sebab.saya.mesti.beli.kamera.kompak.
tak boleh tidur. anxiety agaknya.1) dia tak suka membawa beg besar.
2) kamera besar tak boleh buat camwhoring. gabak sangat.
3) malas nak set up kamera untuk pelbagai keadaan.
4) tak semua tahu mahu guna kamera besar. set auto pun macam tak membantu.
5) tak perlu guna flash gun segala bagai.
6) tak yah bawak tripod besar gabak.
7) kamera gabak tak boleh main campak-campak. tak boleh selit dalam dash board juga.
8) dlsr berat sangat.
9) malu kalau nak keluarkan dslr bila nak bergambar dalam restoren atau di kafe.
10) offer kamera murah! nak xmas ni! :D
eid.mubarak.
maaf saya hilang.
MIA.
saya beraya di Aberdeen, kampung saya.
sebabnya kawan-kawan saya buka rumah.
masak-masak.
ramai juga warga Aberdeen buka rumah.
dah lama tak jumpa kawan-kawan.
kawan baru, kawan lama, kawan rapat.
hari raya best.
tak sejuk, matahari memancar indah.
tapi nak bukak atap keta rasa pelik pulak sebab angin masih sejuk.
haih.
minggu depan ilang lagi.
ada projek baik punya.
nantikan edisi khas minggu depan.
Dundee makin sejuk.
insha'Allah salji akan datang dalam beberapa hari lagi.
kena sediakan but, baju tebal-tebal.
kulit dah makin kering, kena mula pakai losyen.
sudah mahu disember sudah.
saya tak mahu tua. tak mahu!
oh selamat hari lahir kepada sahabat saya, Doktor Nani.
saya tahu anda mungkin tidak membaca, tapi saya masih ingat bday kamu.
kerja leklok dan selamat menjadi isteri dan ibu yang berjaya!
haih, semua orang dah tua ni.
dah nak abih tahun 2009 dah ni.
oh ni 'hadiah hari jadi' saya.
hadiah in advance! :))
Thursday, 26 November 2009
hwanhee.oppa.
is currently fell in love with hwanhee.walaupun kachak beliau hanyalah plastik, tapi saya suka dalaman beliau (ceh ceh ceh)
orang selalu tanya saya, kalau saya tak setia macam mana saya nak kawen nanti? saya nak two-timing suami saya ke?
saya selalu explain kat orang yang saya suka lelaki yang spontaneous dan unpredictable. saya tak tahu semua tu ada pada hwanhee. he's cold, nampak jahat tapi hati dia baik. walaupun dia garang, tapi hati dia fikir yang terbaik tanpa dilihat oleh orang.
saya nak lelaki saya tunjukkan rasa cinta beliau dengan action, bukan hanya di bibir sahaja.
dan, lelaki saya mesti pandai nyanyi. tak sesedap hwanhee pun xpe. tapi dia mesti pandai nyanyi.
oh saya rasa benda ni termasuk fetish saya. lelaki yang nampak macam layan saya teruk, tapi layan saya baik. itu bagi saya seksi.
bak kata orang, hwanhee ni macam satu lorong yang penuh dengan bunga ros. nampak cantik dan tempting, tapi penuh duri. nak lalu lorong dan bau bunga tu, mesti kena rasa pedih tertusuk duri.
perghhh... ayat tak bleh blah.
ah! saya dah tua. saya dah tua. apa dah terjadi ni?
Tuesday, 24 November 2009
saya.
Orang selalu kata, saya ni pemilih orangnya. Saya tak kawen lagi sebab saya cerewet.
Atas sebab itu, saya dah kena mula senyum-senyum kat orang lelaki. Kalau suka, saya rapat. Kalau tak, saya ditch jauh-jauh. Sekarang saya xde adik kecik maka saya selalu keluar sorang-sorang dan beramai-ramai dengan perempuan bujang. Kereta pun pakai yang cikai aje. Lepas PhD ni dah tak mahu belajar lagi training ke apa jadah.
SEBAB?
Saya nak orang lelaki rasa superior dari saya.
TAPI saya masih tak kawen-kawen lagi.
Maka, saya buat deduction yang sebab-sebab di atas sebab luaran aje.
Saya yang tanak kawen (buat masa sekarang) sebab saya rasa saya ni:
1) selfish. Saya suka ada rumah sendiri. Duduk sorang-sorang. Tidur atas katil besar sampai ade 10 bantal pun xpe. Saya nak ada privacy. Saya tak rasa kalau saya kawen, saya nak tidur sebelah hubby saya (ok, untuk tahun pertama ok la.) tak suka kongsi-kongsi.
2) saya tak setia. Saya perasan saya ni senang rapat dengan orang DAN saya senang rasa bosan dengan orang. BUKTI? Berapa kawan yang rasa rapat dengan saya tiba-tiba rasa kena ditch? RAMAI GILA! Bukan saya tanak jadi setia. Cuma saya cepat bosan. Itu sebab bulan lepas saya minat tae kyung, sekarang minat Hwanhee pula. Bulan depan? Mari kita nantikan :P
3) saya suka sabotaj kebahagiaan diri sendiri. Saya rasa saya macam tak layak nak cari rasa gembira. ATAU bila saya rasa gembira aje tiba-tiba separuh hati saya kata ‘ketawalah sekarang, lepas ni mesti kau merana’ maka saya pilih untuk tidak bergembira sebab saya tak mahu merana. BOLEH?
4) Saya tidak percayakan orang. Sebab dalam dunia ni, kita tak patut percaya pada sesiapa pun melainkan diri kita sendiri. Sebab seorang sahaja yang benar-benar berada di sisi kita IAITU kita sendiri. Nak tanak, semua benda nak buat sendiri, semua benda nak nikmati sendiri. ini berkait dengan sebab nombor 1, saya memang selfish.
Maka? Jangan asyik cakap dengan saya bila nak kawen atau AKU NAK KAWEN?!!!
Saya bosan.