Orang selalu kata, saya ni pemilih orangnya. Saya tak kawen lagi sebab saya cerewet.
Atas sebab itu, saya dah kena mula senyum-senyum kat orang lelaki. Kalau suka, saya rapat. Kalau tak, saya ditch jauh-jauh. Sekarang saya xde adik kecik maka saya selalu keluar sorang-sorang dan beramai-ramai dengan perempuan bujang. Kereta pun pakai yang cikai aje. Lepas PhD ni dah tak mahu belajar lagi training ke apa jadah.
SEBAB?
Saya nak orang lelaki rasa superior dari saya.
TAPI saya masih tak kawen-kawen lagi.
Maka, saya buat deduction yang sebab-sebab di atas sebab luaran aje.
Saya yang tanak kawen (buat masa sekarang) sebab saya rasa saya ni:
1) selfish. Saya suka ada rumah sendiri. Duduk sorang-sorang. Tidur atas katil besar sampai ade 10 bantal pun xpe. Saya nak ada privacy. Saya tak rasa kalau saya kawen, saya nak tidur sebelah hubby saya (ok, untuk tahun pertama ok la.) tak suka kongsi-kongsi.
2) saya tak setia. Saya perasan saya ni senang rapat dengan orang DAN saya senang rasa bosan dengan orang. BUKTI? Berapa kawan yang rasa rapat dengan saya tiba-tiba rasa kena ditch? RAMAI GILA! Bukan saya tanak jadi setia. Cuma saya cepat bosan. Itu sebab bulan lepas saya minat tae kyung, sekarang minat Hwanhee pula. Bulan depan? Mari kita nantikan :P
3) saya suka sabotaj kebahagiaan diri sendiri. Saya rasa saya macam tak layak nak cari rasa gembira. ATAU bila saya rasa gembira aje tiba-tiba separuh hati saya kata ‘ketawalah sekarang, lepas ni mesti kau merana’ maka saya pilih untuk tidak bergembira sebab saya tak mahu merana. BOLEH?
4) Saya tidak percayakan orang. Sebab dalam dunia ni, kita tak patut percaya pada sesiapa pun melainkan diri kita sendiri. Sebab seorang sahaja yang benar-benar berada di sisi kita IAITU kita sendiri. Nak tanak, semua benda nak buat sendiri, semua benda nak nikmati sendiri. ini berkait dengan sebab nombor 1, saya memang selfish.
Maka? Jangan asyik cakap dengan saya bila nak kawen atau AKU NAK KAWEN?!!!
Saya bosan.