Monday, 31 May 2010

sixth sense

saya rasa 6th sense saya makin menjadi2.
terkini:

1) saya terbukak profile page kawan Aberdeen. Ok, lama gila tak tanya kabar dia. tengok gitu-gitu aje. pastu, tak sampai bebeapa minit - dapat text dari unknown number:

'jemput datang ke rumah, ada makan-makan. tomorrow'

saya balas balik - siapa ni? dalam hati kata kawan yang saya baru tengok profile dia tadi.

unknown number called.

sambil berdebar, jawab phone. pastu borak mcm masa baik dulu-dulu.
oh memang betul kawan lama di Aberdeen itu.

haih. sixth sense saya menakutkan.

2) saya ternampak imbasan seorang mamat putih pakai cermin mata mata agak sepet pandang saya di kedai kopi. tapi saya tatau siapa.

yang ni mungkin akan jadi satu dejavu saya.

3) saya menelefon kawan baik yang lamaaaaaaa gila tak borak atas talian. bila saya telefon saja, dia jawab sambil teresak2 menanges.

saya tanya kenapa. dia sambil nanges, dia cakap dia dah banyak kali rindu saya. macam mana saya leh tahu dia rindu saya?

mungkin roh saya bisik2 kat jasad saya sehari sebelum tu kot?

ok itu aje. kalau nak ikutkan, ni dah kes ke berapa ribu entah. kalau macam tu, siapa boleh explain kenapa seorang lelaki yang tak berapa misteri masuk ke dalam mimpi saya semalam?

oh saya mimpi ombak besar semalam. tafsir mimpi (tatau mitos ke idak) kalau mimpi ombak tandanya nak kawen.

saya baru aje dapat sijil kawen (tiba2 aje penganjur yang dah simpankan setahun sijil kawen saya nak bagi pada saya)

ada seorang auntie yang saya kenal borak2 dengan saya tiba2 jerit "kawen! kawen!"

saya mimpi lelaki misteri dalam siri2 mimpi saya (tapi masih tak kenal siapa dia)

oh tidak, saya tetap rasa saya tak akan berkahwin dalam masa terdekat. ada misi yang perlu diselesaikan!

ok, owari deshita!

rupa-rupanya.

1) harap-harap saya tak tertidur selepas menaipkan perkara-perkara di bawah ini.

2) kerna sekarang sudah pukul satu pagi (p.ramlee suruh jangan tunggu pukul 3 pagi, dia suruh tidur terus)

3) malam-malam macam ni saya duduk diam-diam sambil dengar lagu-lagu di ipod.

4) si tijah (ipod saya) asyik main lagu mellow. dan lagu melayu. memang, dia tahu saya mandom.

5) saya dah sakit sejak seminggu yang lepas. sakit itu sakit ini. dalam luar toksah cakaplah. sakit aje memanjang.

6) kadang-kadang rasa kalau hidup pun 'sakit' kalau mati pun sakit jugak ke? biasalah kalau sakit selalu pk nak mati aje. tapi tak mati pun. Allah nak bagi hapus itu dosa-dosa mungkin.

7) saya sedar saya stress. tapi tak boleh nak define stress sebab ape. ok, pertamanya saya sunyi. saya nak peneman. ok, Allah berikan saya peneman. pastu bila dia dah pergi, saya rasa dua kali ganda sunyi dari sebelumnya. dan bila-bila saya punya teman, saya masih rasa sunyi. kenapakah?

8) saya sudah penat mahu belajar. kenapa? sebab saya sudah tidak minat. saya buat kerana tanggungjawab. tapi saya masih tak minat. dah nak habis belajar pun masih tak minat. mahu pupuk bagaimana lagi?

9) saya sudah muntah duduk di UK. saya tahu bila saya di Malaysia saya pasti rindukan UK tapi buat masa sekarang, SAYA MAHU KELUAR DARI NEGARA INI!

10) saya buat kerja teruk-teruk kat sekolah, saya SAKIT. saya tak buat kerja kat sekolah pun saya SAKIT. abih, saya nak buat ape? buat TATAU? adoi kepala sakit.

11) motivasi saya dah negatif dah ni. saya cuba buat escapism tengok narimiya hiroki tapi takleh nak up sangat motivasi yang dah sedia jatuh ni.

12) last time saya jadi mcm ni, saya sambil separuh hati dan nanges-nanges buat juga tanggungjawab saya. dan selalunya berjaya. dan sekarang ni saya mahu cari titik permulaan nak pecut sampai takde daya. sikit aje lagi. sikit aje lagi.

ok, minda saya dah penat. esok kena sekolah, tapi kerja tak siap lagi.

dan dada saya makin sakit. petanda stress meningkat.

perlu saya tidur atau biarkan rasa dada tu doki-doki?

saya ambil point nombor 12. sebab in the end, saya takkan mati dari perjuangan ini.

Friday, 14 May 2010

lalang.

saya rasa saya ni orang yang senang sangat dipengaruhi.
kalaulah orang iklan tahu mana-mana orang macam saya ni, mesti diorang lagi nak buat iklan banyak-banyak.

saya banyak membeli barang-barang sebab suka tengok orang.
saya baru aje beli kasut crocs dengan tidbits sebab tgk haruma miura beli crocs.
saya beli transmitter untuk off-flash photography sbb tengok gambar mira sangat cantik di flickr beliau. tu pun naseb baik tak buat mini studio kat umah.
saya beliau kamera vintage tahun 50-60an di ebay sebab teruja tengok encik mahadi dengan koleksi kamera beliau.
saya borong hi-heels di internet sebab tengok seorang model yang saya dah tak ingat nama pakai dengan canteknya.
saya masak sedap-sedap sebab tengok kat dorama atau filem jepun/korea semuanya makanan sedap-sedap. tu belum tengok cite Adnan Sempit lagi. kang asyik nak makan ala mamak aje.
saya beli headphone sebab teruja tengok headphone Cik Zaty dan labmate beliau.
saya beli penyangkut kot warna puteh sebab nampak seorang minah jepun ni hiaskan penyangkut yang sama dalam umah kecik beliau. cantek ;)
saya bukak blog jepun sebab Narimiya Hiroki pun bukak blog yang sama.

omg - saya rasa saya ni dah jadi mangsa iklan. betapa besarnya kehendak dan nafsu saya sejak dua menjak ni.

adakah saya boleh diselamatkan?

Monday, 10 May 2010

enaunsmen.

i might be away from this blog for a while.
been busy at the tumblr and a new japanese blog site.
so blogspot will be kinda lagging for spring/summer 2010.

meanwhile why not checking out my other blog/flickr?

1) miss tumblr
2) flickr

sumimasen deshita!

Thursday, 6 May 2010

saya.mengundi!

oh! di dundee pun ada sakura! uweeeee!