Sunday, 12 September 2010

Photobucket dah enjoy makan...

chinese cuisine tepi sungai
sate kajang
itik panggang
roti jala
popia basah (makan 5/6 round)
ketupat, rendang, lemang
oh! kueh-kueh raya!
kek IKEA yang sedap (macam kat vienna, austria!)
masakan jawa (kampong ma!)
murtabak
ayam bakar
kopok lekor
air tebu, air kelapa, air soya, air bandung (tinggal air cincau aje blom)
cucur udang
NASI KERABU!
nasi dagang
pulut
ayam goreng
burger2 McD!!!




Tuesday, 31 August 2010

yosh!

Photobucket bangun pagi-pagi duk ingat harini dah 1hb 9 dan esok leh fly balik mesia. Namun.... :(

______________________

TANAK PERGI SEKOLAH DAH ;(
______________________

Sunday, 29 August 2010

hari ahad yang terang

Photobucket busy.busy.bee.

hari ahad.
cerah semacam.
bangun pun sebab matahari silau sangat.

bila saya nak basuh baju (ok, mesin basuhkan) dan jemur baju segala, tiba2 hujan turun.
orang jepun/korea panggil Fox Rain; orang melayu kata gerimis; SLAM kata gerimis mengundang.

haha! tak bleh blah.

hati masih takmo pergi sekolah.
tapi orang kata (adalah org tu kata...) kalau ada 1% rasa nak pergi sekolah, baik pergi aje.
bak kata PIC, yang penting keluar rumah dan sampai sekolah dulu, rajin malas tu belakang cerita.

pandainya mereka2 ni, bila saya sampai aje sekolah saya terkedu dengan beban kerja yang saya kena buat.
saya ada banyakkkkk gila kerja kena sambung dari hari jumaat aritu.
siyes, ni pun saya berblog sbb nak tunggu experiment saya 10 minit. pastu mcm lipas kudung ke sana ke mari.

untuk itu, saya rasa saya mahu cuti awal sehari.
dan minggu depan saya tak mahu berbuat kerja di makmal.
mahu taip2 susun data segala.
dan hari rabu mahu lepak2 dalam duvet sahaja sebelum naik kapal terbang!!!!!

yeay! yeay! aiba masaki yeay!

*geram dengan diri sendiri sbb tak gi carboot harini. hahaha! kang ade org beli sofa terpakai 14 buah! :P

bebel.hari.ni.

Photobucket tsumaranaiii-yo! (out loud!)

sudah hari ahad.
hari sabtu berlalu dengan kekosongan.
kosong luar dalam.

cik wanis mahu makan yakiniku (Daging bakar)
punyalah dia hint baik punya nak pinjam grill saya segala.
dia kata, kalau tergerak hati nak datang Aberdeen, buzz aje pintu rumah dia.

ok.

orang Dundee pula semangat berbuat Bazaar Ramadhan.
kuih muih - makanan sedap-sedap.
tapi saya agak tak teruja.
tak tahu. mungkin sebab tak mahu bersosial agaknya.

akhir sekali, saya hanya terjaga 50 minit sebelum berbuka.
seharian hanya tidur, lepak depan lappy dan tidur kembali.
yang peliknya - saya berbau wangi hari ini (dengan kata lain, saya mandi hari ini! LoL!)
plan mahu ke sekolah pun tidak jadi.

saya cuma mahu berehat sepanjang hari.

saya tak sabar mahu pulang ke Malaysia.
beg sudah berkemas. barang-barang saya aje yang saya belum masukkan.
sudah berbuat list apa lagi yang perlu dibeli dan dimasukkan ke dalam beg.
saya mahu membeli beg baru yang lagi besar dan beroda empat.
senang mengangkut (agaknyalah)

sesudah seharian tidur dan berbuka seorang diri (sabishiii), saya rasa seperti hilang arah.
selalunya sabtu saya sangat meriah.
tidaklah kesunyian seorang diri mendengarkan lagu Fox Rain. hehe.

bila cik wanis tahu saya berbuka seorang diri, dia marah.
sebab mungkin dia makan yakiniku dia teringat kat saya.
haha! saya kalau mahu makan niku, saya beli dan buat sendiri ne?
tapi makan dengan kawan-kawan (dan family) adalah sesuatu yang sangat bahagia.
bahagia sehingga boleh tambah nasi pat kali! (adik saya mesti kata, hahaha! GEMS!)

hari ini sudah ahad. lagi 3 hari untuk ke sekolah.
selepas itu saya boleh pulang ke Malaysia.
saya dah bercita mahu makan itu ini.
dan seperti yang dijangka, saya takkan enjoy semua itu.
manusia ni kalau benda tiada depan mata, semuanya mahu kan?

tahun lepas saya suka berbuat rancangan mahu ke mana dan ke mana.
kali ni saya lebih kepada 'apa nak jadi bila bangun pagi nanti'
lagipun mode thesis saya masih ON.
so saya bercuti dengan separuh hati.
cuma saya mahu melawat siapa2 yang dekat di hati dan di KL la.

oh yang pastinya bila saya pulang nanti, mesti saya rindukan cerita-cerita di internet. hehe.
ke TIDAK? kita tunggu dan lihat ye?
sebab saya dah tak looking forward drama-drama lain sebagaimana hantunya saya pada cerita Bad Guy.

Malaysia, tunggu saya pulang!
*oh! lagu raya saya masih belum dengar2 lagi. jangan bagi saya mula, kang saya nanges karang! (padahal dah nak balik dah ni!)
**o, oh! tahun ni takde salam perantauan. bagilah can adik2 undergrads yang first time tak balik raya tuuuuuu....

Thursday, 19 August 2010

kuiz.

1) antara tidur dengan makan, kamu pilih yang mana dulu?
kalau saya, saya akan makan dulu, seminit lepas tu tidur. LoL.

2) antara laki tua tak hensem tapi matang dengan laki muda yang hensem tapi kurang pengalaman, kamu pilih yang mana?
laki tua (kot). sebab tadi nampak seorang laki jepun tua pegang budak kecik (yang saya ingatkan cucu dia, rupanya anak dia) yang sangat sangat sangat sangat comel. gerammmmm!