tsumaranaiii-yo! (out loud!)sudah hari ahad.
hari sabtu berlalu dengan kekosongan.
kosong luar dalam.
cik wanis mahu makan yakiniku (Daging bakar)
punyalah dia hint baik punya nak pinjam grill saya segala.
dia kata, kalau tergerak hati nak datang Aberdeen, buzz aje pintu rumah dia.
ok.
orang Dundee pula semangat berbuat Bazaar Ramadhan.
kuih muih - makanan sedap-sedap.
tapi saya agak tak teruja.
tak tahu. mungkin sebab tak mahu bersosial agaknya.
akhir sekali, saya hanya terjaga 50 minit sebelum berbuka.
seharian hanya tidur, lepak depan lappy dan tidur kembali.
yang peliknya - saya berbau wangi hari ini (dengan kata lain, saya mandi hari ini! LoL!)
plan mahu ke sekolah pun tidak jadi.
saya cuma mahu berehat sepanjang hari.
saya tak sabar mahu pulang ke Malaysia.
beg sudah berkemas. barang-barang saya aje yang saya belum masukkan.
sudah berbuat list apa lagi yang perlu dibeli dan dimasukkan ke dalam beg.
saya mahu membeli beg baru yang lagi besar dan beroda empat.
senang mengangkut (agaknyalah)
sesudah seharian tidur dan berbuka seorang diri (sabishiii), saya rasa seperti hilang arah.
selalunya sabtu saya sangat meriah.
tidaklah kesunyian seorang diri mendengarkan lagu Fox Rain. hehe.
bila cik wanis tahu saya berbuka seorang diri, dia marah.
sebab mungkin dia makan yakiniku dia teringat kat saya.
haha! saya kalau mahu makan niku, saya beli dan buat sendiri ne?
tapi makan dengan kawan-kawan (dan family) adalah sesuatu yang sangat bahagia.
bahagia sehingga boleh tambah nasi pat kali! (adik saya mesti kata, hahaha! GEMS!)
hari ini sudah ahad. lagi 3 hari untuk ke sekolah.
selepas itu saya boleh pulang ke Malaysia.
saya dah bercita mahu makan itu ini.
dan seperti yang dijangka, saya takkan enjoy semua itu.
manusia ni kalau benda tiada depan mata, semuanya mahu kan?
tahun lepas saya suka berbuat rancangan mahu ke mana dan ke mana.
kali ni saya lebih kepada 'apa nak jadi bila bangun pagi nanti'
lagipun mode thesis saya masih ON.
so saya bercuti dengan separuh hati.
cuma saya mahu melawat siapa2 yang dekat di hati dan di KL la.
oh yang pastinya bila saya pulang nanti, mesti saya rindukan cerita-cerita di internet. hehe.
ke TIDAK? kita tunggu dan lihat ye?
sebab saya dah tak looking forward drama-drama lain sebagaimana hantunya saya pada cerita Bad Guy.
Malaysia, tunggu saya pulang!
*oh! lagu raya saya masih belum dengar2 lagi. jangan bagi saya mula, kang saya nanges karang! (padahal dah nak balik dah ni!)
**o, oh! tahun ni takde salam perantauan. bagilah can adik2 undergrads yang first time tak balik raya tuuuuuu....