Saturday, 21 November 2009

kisah.kisah.dobelas.jam.di.kota.london.

Photobucket sudah pulang ke rumah, clap! clap!

1) kerja gila-gila sudah berjalan dengan lancar, alhamdulillah.

2) tiket ke London dibeli tak sampai 24jam sebelum perjalanan. oleh itu, all seats are fully booked.

3) amik tren dari Dundee dengan budak-budak Univ. dengan botol arak di tangan, mereka gelak-gelak, gembira sudah hujung minggu agaknya. main seat hopping sbb diorang pun xde reservation.

4) saya pun xde. saya pilih seat dari Aberdeen yang tidak diduduki orang. destinasi seat tu pulak sampai ke Edinburgh. kemudian seat itu reserved untuk perjalanan Edinburgh ke Newcastle.

5) sampai di Edinburgh, ramai gila manusia naik tren. sampai ada yang terpaksa berdiri. teringat kisah balik dari Malaysia haritu. paling tak sampai hati, bila orang yang reserve seat yang saya duduk tu bagi seat kat saya sebab seat tersebut di tengah-tengah coach and she couldn't be bothered nak redah keramaian semata-mata nak pertahankan hak dia. doa saya nak duduk sampai London termakbul juga. tapi kesian kat orang tu sebab terpaksa berdiri satu setengah jam.

6) ramai juga orang mahu ke London. warna kulit macam saya, yang tak macam saya. semua nak ke sana. ada apa yang menarik di London pun saya tak tahu.

7) sampai aje di King Cross, saya terus topup Oyster Card saya. saya tak ingat balance ada berapa dan saya tak ingat siapa yang last pakai kad tersebut. rupa-rupanya kad tu tinggal bape sen aje. sedih gila.

8) masa tengah tunggu tren, ada dua orang adik badik senyum2 kat saya. oleh kerana saya bawak nama Scotland yang super peramah (tak macam org England yang poyo bagus tak suka tegur rakyat melayu lain), saya balas senyum balik dan bertanya "Malaysia ke?" Oh Bruneian rupanya. Si kakak nampak macam awkward sket, adik laki yang comel-sekali-tengok-macam-afgan agak nak melayan sedikit. mungkin dia faham bahasa Melayu baku saya kot. Nasib tak kuar bahasa Indonesia. Bahasa Borneo mana saya tahu dowh!

9) saya sampai aje hotel, orang kat luar hotel dah suruh saya pergi blik abah saya. femes saya di situ. hak hak. sib baik masa tu dah malam dan saya tak nampak muka abang itu, kalau tak, saya dah mengurat dah.

10) sampai-sampai aje bilik hotel, borak-borak dengan abah. tengok berita. Cumbria banjir teruk. lagi teruk dari Kelantan rasanya.

11) tidur. kemudian bangun awal pagi. mahu ke Portobello Market. Dah beberapa kali ke London tapi asyik tak dapat pergi aje. Naik bas (nasib oyster dah topup) dan jalan-jalan tengok barang antik. abah belanja jam antik yang bila dia chime macam bunyi merry xmas! ureshi! (maksudnya sukanyaa!). pastu abah banjer plat tembaga perkataan DOCTOR! sugeiiii!! (maksudnya amazing!)



12) naik keta stret ke Dundee. pastu dah sampai rumah! alhamdulillah. dah saya tak larat nak update cerita dah. mahu rest.

nota: siapa rindu saya, sila angkat kening belah kanan! :P