di makmal, hari minggu.seminit lalu saya berangan-angan.
suami saya pakai cermin mata tebal berbingkai hitam, berjenama XXX, berjaket longgar hitam suede biru hitam, berambut panjang sedikit dari biasa, berikat ke belakang, memeluk kawan beliau.
kawan lelaki.
yang saya suka dalam diam.
saya pandang kawan lelaki tersebut. dia dalam sibuk berbicara dengan sang suami melirik pada saya. matanya tersenyum.
hati saya senyum juga. tapi saya buat-buat sibuk.
dia sapa saya. saya angguk mesra. tak mahu terlalu mesra, tak mahu jadi awkward juga.
sang suami jemput makan bersama. saya masak biasa-biasa saja.
sambil makan, si kawan kata sedap! sang suami kata, carilah isteri macam tu. nak tahu si kawan cakap apa?
'yang aku nak dah kena ambil orang. nasib baik orang tu baik orangnya. kalau tak, aku rampas balik'
bila terdengar yang itu keluar dari mulut dia, saya rasa nak tersembur. minum air banyak-banyak. sang suami kata 'daijoubu desu ka?' (ok ke?)
selesai sahaja minum kopi dan borak segala, si kawan minta permisi. ada kerja rasanya mahu buat. sambil saya meneman sang suami ke pintu pagar, dia sempat melirik pada saya. saya berpaut pada lengan sang suami. tak mahu dia tahu.
malam itu saya tak boleh tidur. golek sana golek sini. tapi mata tak mahu pejam. bodohlah perasaan ini. tiba-tiba satu text masuk.
'terima kasih kerana malam ini. makanan sedap. untung 'sang suami' =)'
saya tak balas. saya rasa awkward. tapi rasa tak hormat pula jika tidak menjawab.
'terima kasih. masakan biasa-biasa saja. cepat-cepatlah cari isteri ye? boleh rasa masakan sedap-sedap lagi'
tak sampai 50 saat satu text baru masuk.
'susah tu. yang paling sedap masakan mak saya. yang kedua - awak. macam mana ni?'
ok, ini sudah pelik. saya pun tak jawab. saya ke dapur, panaskan susu. makan ubat. dan cuba untuk tidur.
saya sayang suami saya. tapi saya mungkin cinta si dia. atau itu hanyalah perasaan gila semata?
****
missCC! buat kerja boleh? jangan nak berangan-angan pagi-pagi buta ni!