Wednesday, 9 December 2009

chi.chi.ha.ha.

Photobucket takes five!

sekarang baru saya paham penatnya superman tukar baju tiap-tiap kali ada kecemasan.
sekarang baru saya paham kenapa senior saya suka sangat bising 'penat! penat!' sepanjang tahun ketiga beliau.

dalam meeting yang lepas godzilla dan rakan-rakan dah ingatkan saya yang saya akan masuk tahun ketiga tahun depan.
dan saya baru mahu masuk untuk buat kerja sub-chapter yang kedua (daripada lima!)
gila babeng.

saya bekerja non-stop dari 9-5.
take 5 pun sebab nak minum kopi dan cek email (atau update blog)
sampai aje sekolah letak beg dan terus menerus buat kerja.
sampai bila sakit dada pun buat-buat macam tak sakit.
jumpa orang kat hallway pun cuma senyum aje.
tak larat nak bercakap.

bila balik aje rumah dah nak kena fikir nak masak apa.
pastu ada satu jam untuk rehat tgk tv, youtube dsb kemudian berfikir-fikir mahu ke perpustakaan ataupun tidak.
dah dua malam badan saya menang. dia kata dia tak larat nak suruh mental saya buat kerja.

dan yang menambahkan lagi penat saya adalah saya hanya boleh tidur sebelum pukul 2 pagi.

tanpa ubat tidur.

saya dah kena marah dah dengan pakar buah pinggang (Cik Hudie_Hud) sebab asyik bergantung pada ubat aje bila-bila masuk waktu tidur. maka, saya guna teknik angan-angan untuk tidur.

dan yang peliknya saya mimpi cik ahlam pagi tadi.
cik lam ada seru-seru nama saya ke?;))

saya jeles Amerika Utara dah bersalju sejuk.
saya pun nak rasa salju juga!
penat aje saya beli gloves tebal-tebal, mahal-mahal.
dan juga board untuk meluncur di lereng-lereng bukit.

beri saya salju sekarang!

hahahaha!

ok, take 5 saya dah habis.
jumpa nanti di keluaran yang akan datang.
ta~!