Sunday, 6 December 2009

kenapa.mereka.kata.saya.suka.pink?

Photobucket habis sudah berhujung minggu ;)

penat tapi gembira.
tenang tapi rasa penuh.
di perut mahupun di hati.

bermula hari jumaat memang tak mahu berbuat apa-apa.
minda dah fikir mahu ke Aberdeen.
mahu buat yakiniku (daging bakar), duduk lepak-lepak dengan kawan-kawan.

cik nunu dan cik nini datang ke UK untuk majlis graduasi.
sayang betul tak dapat attend majlis mereka sebab saya ada kerja di sekolah yang tak dapat dielakkan.
selesai aje kerja di sekolah, saya amik cik I dan terus ke Aberdeen.
sampai aje ke sana, sesi perap-perap dijalankan.
meriah betul menu yaki kita.

ada ikan, ayam, daging, bola-bola dsb.
ada sate, kuah kacang, nasi impit.

meriah. meriah.



hari sabtu majlis yaki bermula pada tengah hari.
sebelum itu pergi ke bandar untuk shopping.
agak mengagumkan mall di Aberdeen.
ada SuperDry, ada TKMaxx, ada Zara sebesar-besar alam.
sekarang saya dah tak boleh nak berlagak dah dengan orang Aberdeen dah.

kemudian kami pun pulang untuk membuat yaki bersama-sama.
ada nabae (steambot) juga.
makan sampai masing-masing terjelepuk bersandar ke dinding.
mengantuk. rasa buncit semua pun ada.


basically makan-makan ni dibuat untuk meraikan majlis graduasi cik nunu dan cik nini.
dan majlis hari jadi in advance seorang budak tatau malu.
tapi mostly untuk raikan family ciknunu.

borak-borak lepak-lepak makan dan makan dan makan, mereka pun pulang.
saya pun terlampau penat (tatau penat sebab apa) dan tertidur agak lama juga.
sampaikan mereka buat sesi kedua untuk yaki pun saya tak join sebab penat sangat.

kemudian sudah hampir malam saya pun terjaga.
tonton cerita di TV dengan Cik I sambil tak fikir apa-apa.
kemudian bila sudah pukul 11 malam semua pun macam penat dan mahu masuk bilik.
oleh kerana mereka belum berehat, saya biarkan mereka dan tonton tv sorang-sorang di ruang tamu sambil tutup lampu.

sambil khusyuk tonton TV, saya pun tengok-tengoklah jam.
oh sudah pun pukul 12.oo tengah malam.
hati saya ada sedikit sedih sebab sudah pun berumur 26 tahun.
tatau sebab apa sedih.
sebab mungkin kawan-kawan semua dah masuk ke bilik dan tidur ataupun saya memang rasa sedikit sunyi.

akan tetapi hidup harus terus, bisik hati saya.
kemudian saya pun terus menonton TV dalam gelap.

tiba-tiba....

ada satu call masuk.

cik wanis.

saya macam tanak angkat.

tapi saya angkat jugalah. sebab mungkin dia nak wish saya Happy Birthday dalam bahasa Korea.
hahahahaha! harapan yang tak boleh blah.

dia pun cakaplah, Happy Birthday bla bla bla.
saya pun cakaplah terima kasih segala bagai.
dia kata dia ada selitkan kad birthday kat beg saya.
dia suruh saya pergi cari.

saya kata kena cari sekarang ke? tak boleh tunggu esok?

dia kata dia nak nyanyikan Happy Birthday bahasa Korea kat saya.
Lirik ada kat kad tu.
maka dia suruh saya cari.

kemudian saya pun masuk ke bilik Cik Hudie_Hud.
diorang pun macam mamai-mamai (tapi tak tidur lagi) tanya saya tengah cari apa.
saya yang tengah on the phone cakaplah saya nak cari kad cik wanis.

lepas saya dah cari, Cik Hudie_Hud peluk-peluk saya.
Wish saya Happy Birthday.
dalam masa yang sama Cik Wanis di talian suruh saya bukak kad tersebut.
dia suruh saya baca dan nyanyi lagu Happy Birthday dalam bahasa Korea.

saya cakap saya tatau.
siyes saya tatau bahasa hangul.
jika bagi saya untuk saya eja pun saya tatau macam nak bunyikan bahasa itu.

kemudian saya tanya pada Cik Wanis - "apa kata kau nyanyikan untuk aku?"
pastu talian macam senyap.
macam dia letak telefon dia di atas meja dan dia membuat kerja tanpa suara.

cuma dengar suara angin dan tiada suara.

saya pun pelik.
"anneyong? anneyong?" (hello? hello?)

saya pun pelik.
kenapa dengan cik wanis ni?
pengsan kah?
menangis kah?

kemudian saya berikan handphone pada Cik Hudie_Hud.
dia pun tanya-tanya kat telefon tersebut.
"hello? hello?"

kemudian, pintu living room dibuka.
sejambak bunga mawar pink besar masuk selepas itu.
dan saya secara spontan menjerit!

AHHHHHHHHHHHHHH!

pembawa bunga itu adalah Cik Wanis.
dia gelak-gelak.
saya dah terkejut gila babi

saya tak sangka dia datang di muka pintu rumah Cik Hudie_Hud.
diorang nyanyi lagu Happy Birthday dan banyak gila kad dan hadiah yang keluar.
dan peliknya kebanyakan sampul kad tersebut adalah pink.


kenapa pula mereka fikir saya suka PINK?
Cik Hudie_Hud kata sebab saya sukakan warna terang (bak kata orang-orang sopan) ataupun suka warna mencapub (bak kata orang-orang yang tak reti kaver mulut)
oh mungkin juga.

bagaimanapun, saya sangat sangat sangat terharu ada orang siap masakkan kek gula hangus dan bawakkan sejambak bunga ros pink dan sepapan cokelat ferrero rocher.
dan terima kasih atas tabung fund let's go to japan! GOOD LUCK juga!

nasib baik saya tak menanges masa diorang buat surprise tadi.
tapikan, masa Cik Wanis bawakkan sejambak bunga tu, saya betul-betul rasa macam alangkah bestnya kalau saya ada boifren/suami yang boleh buat surprise macam tu.
Cik Wanis wish saya, kata "kalau tahun ni girl friends ko yang bagikan bunga, aku harap tahun depan ada seorang laki yang buatkan macam ni untuk ko"

dalam tawa sebenarnya hati saya rasa macam mahu menangis.
semua kawan-kawan saya pun wish saya supaya saya dapat spend birthday saya tahun depan bersama seseorang.

terima kasih semua.

anda telah memberikan harapan palsu kepada saya! XD

oh Cik Hudie_Hud kata susah benar nak plan surprisekan saya sebab saya susah disurprisekan :))

teringat si Heechul yang suspicious bila kawan-kawan beliau cubakan kenakan beliau sempena hari jadi beliau! maka, heechul tak dapat ditipu. saya? saya just play along aje. walaupun Cik Nunu dan Cik Nini dah kantoi dengan saya dan terpaksa nyanyi Happy Birthday sebelum masanya untuk cover malu.

tapi bab Cik Wanis tu, saya memang tatau ape-ape. siyes. kudos to Cik Wanis dan untuk yang bersekongkol dengan beliau! XD

oh, saya dah 26! ni jyu roku pun!!!!
saya dah tua :((
dah dicop sebagai adult sudeyhhhh!
oh, BTW - ni hadiah saya buat diri saya. Tak mampu nak beli sweat shirt OSAKA 6 dari SUPERDRY. beli ni ajelah. tu pun ada satu aje kat branch Aberdeen. Maka ianya sangat istimewa, seperti saya juga ;) [omg, ayat tak bleh blah]