kesejukan (betul ke eja ni?)frosty frosty.
sejuk-sejuk macam ni kena pulak stranded dalam makmal, buat kerja non-stop.
saya dah kata saya tak reti buat kerja banyak-banyak dalam satu masa.
tapi kalau nak tunggu setiap satu masa buat satu perkara, sampai bila nak siap?
oleh itu sakit dada saya makin teruk.
terpaksa bertahan sebelum pergi jalan-jalan nanti.
oh tadi pergi kedai asia.
ceh sebut kedai asia macam ape aje.
oleh kerana saya dah gila makanan jepun/korea, saya beli semua stok perencah makanan diorang.
dari soy bean paste, yang peram punya, sos segala, saya beli untuk stok musim sejuk ni.
oleh itu, lepas aje balik dari sekolah tadi (ye, ari ahad pun saya pergi sekolah) - saya google masakan korea.
taraaaa!!!
hasilnya stew tofu dalam perut sudah!
dan dessert pulak, bubur jagung berperisa pandan.
umaaai! (sedap!!)
malam ni mahu tidur awal.
forecast kata maybe snow esok tapi tak tahanlah sejuk-sejuk macam ni.
kalau snow esok, saya kena pergi sekolah naik bas la.
sebab jalan licin. dan saya malas nak kikis ais kat cermin kereta.
haih. esok meeting.
tolong doakan godzilla takde esok bleh?
aigooo!
*****
nota: sekarang saya dah gila cerita IRIS. Sila check recommended by MissCC. Lelaki yang saya suka adalah hero cerita tersebut. Walaupun hero tersebut di luar cerita ini sedang mempunyai masalah hidup (ye, saya lagi tahu gosip artes korea dari artes mesia) tapi saya cuba untuk lepas pandang.bukan sebab dia hensem ke ape. sebab dia spontaneous dan unpredictable.
ada kenal sesiapa lelaki yang spontaneous dan unpredictable macam hero dalam cite IRIS ni? sila tinggalkan pesanan di sini ye?;))
ke laki jenis macam ni ada dalam TV aje? sila jangan beri harapan palsu pada saya. kang saya nanges kang...