Tuesday, 20 April 2010

demam.

sejak nontonkan drama terbaru Jejung DBSK/Tohishinki/TVXQ saya rasa macam nak up satu gambar setiap hari dan tweet gambar tersebut. rasa macam nak pergi konsert Jejung/Yuchun/Junsu kat Osaka Jun nanti. tapi tiket yarabbi mahal. kadang-kadang 3/6 kali ganda lagi mahal dari harga tiket biasa. biasalah konsert kat Jepun semuanya bagi kat fan club aje. tu sebab banyak lintah darat.

anyway, ada dengar cerita tentang volcanic eruption kat Iceland? Oleh kerana Scotland antara negara yang dekat dengan Iceland , saya terkena tempias sisa-sisanya jugalah. Sehari kalau tak mendung memang tak sah. matahari pun macam malu-malu nak curi pandang. Hari ahad saya terkena hujan dan terus menggigil malamnya itu. terus rasa lemah nak pergi sekolah.

walaupun saya sakit, selera makan saya tak pernah nak berubah. dulu masa kecik-kecik saya fikir nak cepat baik mesti makan banyak2 walaupun takde selera bila-bila waktu sakit. sampai sekarang pun macam tu. selalunya kalau sakit makan bubur nasi ajelah. being single dan duduk sorang-sorang memang terpaksalah masak bubur sendiri. manalah nak harapkan manja orang. duk teringat kalau kat Aberdeen dulu, Cik Nunu sanggup datang rumah masakkan bubur dan suap saya makan. adeilah, orang sakit memang mengada-ngada lebih sikit.



ok, saya dah singgah sekolah dah tengok anak-anak saya dan cadangnya nak marathon drama-drama jepun nak baca thesis dalam duvet.

cho samui!