Saturday, 10 April 2010

arigato-gozaimashita

terima kasih pada PIC yang berjaya meracun saya ke Jepun dalam kerisauan saya makan hati dan segalanya, dan memperkenalkan kak een pada saya.
terima kasih pada kak een sebab banyak membantu saya membuat keputusan yang gila ini, dan menjadi hos yang sangat baik dan teman travel dan fotografi yang sangat membantu.
terima kasih kepada cik wanis yang menolong saya bila-bila perlu walaupun dia tatau apa kesah nak jadi sebenarnya.

saya jatuh cinta pada Jepun.
pada orang-orangnya.
pada makanannya.
pada artis-artisnya.
pada tempat menariknya.
pada CM yang menariknya.

salah satu aim saya dalam hidup saya seterusnya adalah nak hidup di Jepun dan terus hidup di Jepun. takpe Kak Me, Jepun dengan Malaysia takdelah jauh sangat pun ;)
Cik Lam kata saya mesti dapat jejaka Jepun sebagai seorang bf/suami. haha! doakan saya ye?
saya kini mahu lebih berusaha mempelajari bahasa Jepun.
at least hiragana dan katakana mesti dalam genggaman untuk persediaan keje gila seterusnya.
at least kalau orang tanyakan iru? saya leh jawab iranai balik ;)

oh, ni hasil outing fotografi dengan cik een masa peak hanami di Tokyo ;)