orang selalu kata manusia ini hidup atas sebab orang lain.
sang ibu meneruskan hari-hari beliau sbb mahu melihat anak-anaknya membesar.
si ayah bangkit awal-awal pagi untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya.
si anak ke sekolah kerana mahu berjumpa dengan kawan-kawan.
si gf-bf mahu celik mata cepat-cepat sebab mahu melihat text/menjawab telefon dari pasangannya.
si kawan-kawan mahu terus hidup dengan gembira kerana adanya nasihat dari seseorang.
bila-bila putus harapan, mesti ada yang datang membantu.
tu sebab SELALUNYA yang bunuh diri tu sama ada takde keluarga ataupun kawan-kawan yang boleh buat perkara-perkara di atas.
tu sebab orang kata kalau duduk seorang boleh jadi gila.
****
saya pernah tanyakan benda ini pada seseorang (seseorang tu tahu-tahu la siapa ye?)
kenapa kita senantiasa looking fwd pada sesuatu yang pada angan-angan kita nampak mcm indah?
tatoeba (for example) - sekarang ni hidup kat UK rasa mcm kosong aje. hari-hari rasa nak balik Malaysia (atau Jepun, dalam kes saya) - dapat bersama-sama dengan keluarga dan kawan-kawan rapat.
tapi bila dah balik, perasaan tu tak sama dengan apa yang kita bayangkan masa kat UK. macam ada aje tak kena.
contoh kedua: hidup single selalunya akan berangan kan best kalau hidup berdua bertiga. tapi kalau dah hidup berdua bertiga rasa mcm nak hidup single balik.
rasa mcm hidup ada aje tak lengkap.
sebab tak cukup amalan ke?
ke mmg fitrah hidup manusia tu sukakan sesuatu yang fantasi?
benda mcm ni buat saya fikir fikir dan terus fikir.
betulkah saya mahu ke jepun itu sbb fantasi ataupun itu mmg takdir saya?
betulkah saya tak mahu berkahwin dalam masa terdekat adalah pilihan ataupun keperluan?
saya tak tahu.
siyes, saya tak tahu.