- macam mana dua orang boleh berjumpa dan jatuh cinta? tolong ingatkan saya sebab saya dah lupa macam mana perasaan jatuh cinta. kalau dulu orang tanya pada saya, macam mana ko boleh suka si dia? saya tak tahu nak jawab apa. selalunya saya jawab 'entah, tiba-tiba aje tersuka'
- macam mana dua orang yang bercinta boleh pula jadi saling membenci? bukankah beberapa detik lamanya anda bercinta, kenapa boleh datang perasaan benci? sebab takung cinta sayang dah kering? ataupun takde spark dalam hubungan? ataupun baru tahu... 'entah, kenapa aku pernah suka dia dulu?'
- macam mana dua orang yang baru jumpa boleh rasa macam dah kenal lama? sebab sama minat? sebab perangai serupa? ataupun masa beratur kat luh mahfuz dulu kamu duduk belakang si dia sambil borak-borak tunggu masa untuk turun ke bumi?
- macam mana 2 orang kawan baik yang pernah impikan satu impian yang sama tiba-tiba berpecah arah? kalau dulu kata kita tak akan gaduh sampai bercucu piat, kenapa kerana sedikit panca roba hidup hati sudah mula mengagah?
sesungguhnya iman manusia itu ada pasang surutnya ye?