Saturday, 10 January 2009

dengan.lafaz.bismillah.

Photobucket pandang kiri, pandang kanan. ah! rindu lagi!

nota: kisah ini bermula dari pukul 8 pagi hari Jumaat (09/01/09) sehingga 4 petang hari Sabtu (10/01/09)

bangun awal pagi.
seronok gila tidur semalam.
mimpi yang bagus2
senyum aja aku jaga pagi tadi.

jaga awal pagi.
mahu kirim kereta ke bengkel untuk diuji.
bergegas menunggu bas pula untuk ke hospital.
sejuk-sejuk, telefonlah sahabat baik untuk hilangkan rasa bosan.
"menitik air mata aku membaca kisah kau"
kau baru tahu ke kisah aku tragis?
tapi aku cool, aku tak mahu menjadi si drama queen.

sampai ke sekolah, aku tekun berbuat kerja selama dua jam.
dihubungi supaya lekas ke bengkel untuk lihat-lihat rosaknya kereta.
"kereta awak kena repair byk, lebih-lebih kena 700 GBP"
aku tersentak.
serius, aku tiada duit banyak itu.
aku tak mahu meminta pula.
akan ku ikhtiarkan yang lain.

satu masalah sudah datang.
kereta harus dibaiki ataupun dibuang.
jika aku bertanyakan orang lain pasti mereka menyuruh aku membeli kereta baru.
aku tak mahu.
aku tak mahu pening-pening lagi.
kerja aku banyak lagi belum selesai.

kereta tidak boleh dibawa keluar.
jika tidak polis mesti menunggu di depan pintu.
nak tanak aku usahakan juga duit tersebut.

dengan rasa separuh hati aku ke perpustakaan.
berjumpa dengan seseorang, diajak pula ke bandar.
"pertama kali berjalan kaki ke bandar!" jerit aku gembira.
aku memang mahu bersenam pun.

bila di sana, cadang hanya mahu berbeli roti ditambah pula dengan membeli baju satu pound.
ala jika aku boleh membayar 700 GBP dengan harta sendiri, kenapa berkira dengan satu pound?
satu pound, satu pound, satu pound - lama-lama jadi banyak juga.
entah! mungkin retail therapy membantu.
agaknyalah!

kemudian ke sekolah kejuruteraan untuk mencuci mata.
ah! para jurutera di sini sangatlah segak dan bergaya.
mata selalu terlekat pada si Fraser yang digelar "pakwe tak jadi itu"
ah! aku juga mahu berbalakkan lelaki yang charming begitu.

bukan rezeki aku agaknya.

selepas maghrib singgah ke rumah kawan.
agak mustahil jugalah jika aku mahu mengangkut barang-barang dari bandar ke rumah.
patah kaki juga bila tiada kereta ini.

tanpa mahu fikirkan masalah, aku masakkan nasi ayam kepada beberapa orang sahabat.
itu juga therapy untuk distress aku.
satu kepuasan juga agaknya.

kemudian selepas isha' memenuhi pula keperluan batiniah untuk berkumpul dan mendengar pengalaman dari orang-orang Palestine.
Jika aku jadi seperti mereka, berkaca juga mata untuk bercerita.
tapi mereka nampak seperti tenang aje.
dalam hati siapa yang tahu?

berita mengenai usrah aku sambung di bebelism

kemudian hari sudah lewat.
mahu balik rumah kononnya.
periksa-periksa beg, ah! kunci rumah tiada.
baru kuingat! aku lekatkan kunci rumah bersama kunci kereta!

pulang ke rumah kawan.
berbekalkan baju satu pound lengkap dengan seluar aku tidur tanpa memikirkan masalah-masalah yang ada.
hidup itu mudah. just go with the flow.
Mungkin Allah mahu uji aku.

Dalam baring-baring kepenatan, aku fikirkan kronologi hidup aku pada hari ini.
Allah tunjukkan satu-satu hint kepada permasalahan aku ini.
Alhamdulillah aku meyakini segala ujian dari-Nya.

Pagi esoknya aku ke bengkel untuk meminta kunci kereta.
"Kereta anda sedang dibaiki, maka proses itu tidak boleh diganggu."
Tabah saja hati aku ke sekolah orang lain untuk berbuat kerja.
Dahlah perpustakaan tutup.
Masih pagi lagi ni.
Tunggu lagi, sekejap sahaja lagi, pujuk hati ini.

Kemudian tengah hari dapatlah juga kunci rumah.
Tapi masih tidak boleh balik kerana mendapat jemputan untuk makan.
Alhamdulillah rezeki masih lagi murah.
Allah itu Maha Penyayang, bukan?
Rezeki itu ada di mana-mana.

Kini, aku sudah pulang ke rumah.
Pulang kepada kesunyian ini.
Walaupun rasa kosong tapi hidup mesti terus.

Terima kasih kepada Liyana, Kak M dan Kak L di atas bantuan yang diberikan.
Terima kasih juga kepada sesiapa yang berempati.

Sejuk! Sejuk!
Hidup mesti terus tau! Jerit hati sendiri

*Senyum*

Thursday, 8 January 2009

sedang.membebel.

kepala pusing. akal mereng.
terima kasih kak lin kerana masakkan nasi ayam sedap.
terima kasih alia kerana temankan di makmal komputer.
terima kasih cikgu aziati sebab berikan santapan rohani.

terima kasih white coffee ipoh kerana menambah perut kembung aku nih.
ye, saya PMS.

dan saya stress sebab laporan tak siap lagi.
saya stress sebab esok kena masuk makmal dan buat kerja.
bertambah stress bila hujung minggu pun kena pergi ofis/makmal.

well. hidup aku memang dah macam tu.
suck it up!

oh ye. aku juga membebel di bebelism.

apa.yang.saya.rasa.

Photobucket sedang membilang-bilang masuknya waktu sembahyang fardhu Maghrib di kawasan Dundee serta Ninewells dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

aku kena siapkan laporan transfer aku.
jeles bila tengok orang-orang lain yang sudah masuk ke tahun dua dengan jayanya.
aku pun nak juga.
doakan aku.

pergi bengkel statistik 3 hari penuh, macam mana nak siapkan kerja-kerja ni semua.

baru mula tahun baru dan mandom.
baru habis 7 hari, dah rasa mcm 7 bulan.
aku rasa tahun 2009 ni akan berakhir lebih cepat dari yang aku jangka.

aku sedang rindu.
duduk aje sorang rindu.
mimpi si tuffah tu.
ish. serius rasa macam mahu balik.
homesick sangat tau!

----

dah tahun baru.
aku harap-harap bos aku taklah asyik emo-emo macam tahun lepas.
kalau tak, memang nampak gayanya aku seorang ajalah pelajar dia yang terakhir.
aku pun tak rasa ramai nak kerja bawah dia.
pengajaran bagi aku supaya balik nanti dah jadi bos jangan jadi beremosi sebegitu.

----
tangan kiri gatal lagi.
tanda mahu keluar uang.
uangnya tinggal sedikit ada hati mahu membeli handphone baru.
heh. kemudian ada hati mahu membeli macbook.
kemudian ada hati mahu beli satu set PC baru.
kononlah tu.
hinthint duit nak masuk lagi 2 minggu.
sabar ye?
tiada TESCO atau ASDA untuk 2 minggu lagi.
*sigh*
----
Kini masuklah waktu sembahyang maghrib di Dundee serta Ninewells dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Allahuakbar, Allahuakhbar!
'Allahulakasumtu...'
Selamat berbuka puasa! :)

Tuesday, 6 January 2009

kesejukan.

Photobucket pura-pura tahan sejuk. perghhhh. haibat!

dalam rumah.
nampak asap berkepulan keluar bila menghela nafas.
sejuk menggigil.

dari luar lagi pun.
salju turun setitis setitis melayang.
tapi masih sejuk.
sampaikan air sungai pun boleh beku.

angin artik ni tak boleh buat detour ke sebelum turun ke england.
sejuk bangat.

dahlah harini bukak puasa makan Jaffa Cake yang berharga 2.24GBP.
cekik darah. tu pun dapat kunyah sekeping selepas 30 minit waktu berbuka sebab duduk depan sekali. nak makan kang Profesor tu nampak. Kang dia mintak kongsi kang, aku tanak bagi :P

dahlah duduk satu hari dalam makmal komputer sambil jeling orang sebelah sedap-sedap minum air nescafe.
dugaan betul.

oh ye! partner-in-crime aku dah balik!
dia homesick! gelakkan dia!

sekarang siapa saja yang tak homesick.
adoiyai!

nak.balik.nak.balik.nak.balik.

Monday, 5 January 2009

azam.tahun.baru.

Photobucket feeling dehydrated, full stop.

selalu bila tahun baru mesti kawan-kawan tanya apa azam baru untuk tahun tersebut.
selalunya mereka akan berkata:-

1) aku nak berboifren! (pada yang single)
2) aku nak kawen! (pada yang single dan available mahupun unavailable)
3) aku nak ada anak! (pada yang dah kawen tapi masih belum menimang cahayamata)
4) aku nak kurus! (pada yang terasa diri dia gemuk sebab asyik makan tido makan tido)
5) aku nak berboifren! (eh, tadi bukan dah cakap ke?)
6) aku nak tenang-tenang, nak lari dari masalah dunia.
7) aku nak mengembara, pergi ke tempat orang.
8) aku nak belajar sungguh-sungguh.
9) aku nak gembira-gembira selalu!
10) aku nak kawen! (ish, dah taiplah tadi!)

cuba kau tanya aku, apa azam aku untuk tahun ini.

sebenarnya aku cuma mahu hidup lebih baik dari hari semalam. tak nak hidup rasa kosong lagi. itupun dah jadi azam aku hari-hari.

tapi pengaruh kawan-kawan itu sangatlah besar. aku baru sahaja membeli sebuah weighing scale selepas mendengar Cik I berceloteh tentang azamnya yang mahu menurunkan berat badan.

"Benda alah tu boleh kira berapa berat otot, lemak dan air dalam badan kita" sungguh dia bercerita.

"Benda alah tu kalau kat Malaysia beratus-ratus ringgit" ujarnya penuh keyakinan.

Aku anggukkan aje. Bila semua barang tahun lepas tak laku, apa-apa sahaja iklan pun boleh makan saman kan?

Keterlanjuran itu, aku pun membelilah sebuah mesin penimbang tengah hari tadi.
Bila sampai rumah, aku taruk bateri, terus naik atas mesin tersebut:

teet toot teet toot (tipulah tu, aku reka-reka aje bunyi tu)

1) Berat: (sila isi ikut mana yang korang nak)
2) Berat otot: 30%
3) Berat lemak: 30%
4) Berat air: 40%

Eh? biar betul. Aku timbang lagi sekali. Benar.

"Anda gemuk" teringat mesin penimbang kat Selayang Mall yang kena letak seringgit untuk mesin tu kira-kira ketinggian dan berat badan mak aku. Haih, dia tak gemuk pun.

Aku selalu sangkakan badan aku penuh dengan daging kalau nak bandingkan dengan lemak dan air. Aku tak suka minum air, itu sudah pasti. Itu sebab aku selalu mengalami masalah water retention (sebab sodium tidak dapat diserap secara efektif tanpa kehadiran air secukupnya dalam badan).

Aku sudah berazam juga mahu ke gym. Gym partner aku diam aje sekarang. Cik I ajak main badminton/tenis. Kak M ajak brisk walking ataupun tenis.

Aku ikut aja mana yang mahu main. Ping-pong pun suka aje.

Esok aku mahu puasa lagi dan timbang berat badan lagi. Haih, suka-suki aku aje.