Thursday, 8 January 2009

apa.yang.saya.rasa.

Photobucket sedang membilang-bilang masuknya waktu sembahyang fardhu Maghrib di kawasan Dundee serta Ninewells dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

aku kena siapkan laporan transfer aku.
jeles bila tengok orang-orang lain yang sudah masuk ke tahun dua dengan jayanya.
aku pun nak juga.
doakan aku.

pergi bengkel statistik 3 hari penuh, macam mana nak siapkan kerja-kerja ni semua.

baru mula tahun baru dan mandom.
baru habis 7 hari, dah rasa mcm 7 bulan.
aku rasa tahun 2009 ni akan berakhir lebih cepat dari yang aku jangka.

aku sedang rindu.
duduk aje sorang rindu.
mimpi si tuffah tu.
ish. serius rasa macam mahu balik.
homesick sangat tau!

----

dah tahun baru.
aku harap-harap bos aku taklah asyik emo-emo macam tahun lepas.
kalau tak, memang nampak gayanya aku seorang ajalah pelajar dia yang terakhir.
aku pun tak rasa ramai nak kerja bawah dia.
pengajaran bagi aku supaya balik nanti dah jadi bos jangan jadi beremosi sebegitu.

----
tangan kiri gatal lagi.
tanda mahu keluar uang.
uangnya tinggal sedikit ada hati mahu membeli handphone baru.
heh. kemudian ada hati mahu membeli macbook.
kemudian ada hati mahu beli satu set PC baru.
kononlah tu.
hinthint duit nak masuk lagi 2 minggu.
sabar ye?
tiada TESCO atau ASDA untuk 2 minggu lagi.
*sigh*
----
Kini masuklah waktu sembahyang maghrib di Dundee serta Ninewells dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Allahuakbar, Allahuakhbar!
'Allahulakasumtu...'
Selamat berbuka puasa! :)