feeling dehydrated, full stop.selalu bila tahun baru mesti kawan-kawan tanya apa azam baru untuk tahun tersebut.
selalunya mereka akan berkata:-
1) aku nak berboifren! (pada yang single)
2) aku nak kawen! (pada yang single dan available mahupun unavailable)
3) aku nak ada anak! (pada yang dah kawen tapi masih belum menimang cahayamata)
4) aku nak kurus! (pada yang terasa diri dia gemuk sebab asyik makan tido makan tido)
5) aku nak berboifren! (eh, tadi bukan dah cakap ke?)
6) aku nak tenang-tenang, nak lari dari masalah dunia.
7) aku nak mengembara, pergi ke tempat orang.
8) aku nak belajar sungguh-sungguh.
9) aku nak gembira-gembira selalu!
10) aku nak kawen! (ish, dah taiplah tadi!)
cuba kau tanya aku, apa azam aku untuk tahun ini.
sebenarnya aku cuma mahu hidup lebih baik dari hari semalam. tak nak hidup rasa kosong lagi. itupun dah jadi azam aku hari-hari.
tapi pengaruh kawan-kawan itu sangatlah besar. aku baru sahaja membeli sebuah weighing scale selepas mendengar Cik I berceloteh tentang azamnya yang mahu menurunkan berat badan.
"Benda alah tu boleh kira berapa berat otot, lemak dan air dalam badan kita" sungguh dia bercerita.
"Benda alah tu kalau kat Malaysia beratus-ratus ringgit" ujarnya penuh keyakinan.
Aku anggukkan aje. Bila semua barang tahun lepas tak laku, apa-apa sahaja iklan pun boleh makan saman kan?
Keterlanjuran itu, aku pun membelilah sebuah mesin penimbang tengah hari tadi.
Bila sampai rumah, aku taruk bateri, terus naik atas mesin tersebut:
teet toot teet toot (tipulah tu, aku reka-reka aje bunyi tu)
1) Berat: (sila isi ikut mana yang korang nak)
2) Berat otot: 30%
3) Berat lemak: 30%
4) Berat air: 40%
Eh? biar betul. Aku timbang lagi sekali. Benar.
"Anda gemuk" teringat mesin penimbang kat Selayang Mall yang kena letak seringgit untuk mesin tu kira-kira ketinggian dan berat badan mak aku. Haih, dia tak gemuk pun.
Aku selalu sangkakan badan aku penuh dengan daging kalau nak bandingkan dengan lemak dan air. Aku tak suka minum air, itu sudah pasti. Itu sebab aku selalu mengalami masalah water retention (sebab sodium tidak dapat diserap secara efektif tanpa kehadiran air secukupnya dalam badan).
Aku sudah berazam juga mahu ke gym. Gym partner aku diam aje sekarang. Cik I ajak main badminton/tenis. Kak M ajak brisk walking ataupun tenis.
Aku ikut aja mana yang mahu main. Ping-pong pun suka aje.
Esok aku mahu puasa lagi dan timbang berat badan lagi. Haih, suka-suki aku aje.