Saturday, 10 January 2009

dengan.lafaz.bismillah.

Photobucket pandang kiri, pandang kanan. ah! rindu lagi!

nota: kisah ini bermula dari pukul 8 pagi hari Jumaat (09/01/09) sehingga 4 petang hari Sabtu (10/01/09)

bangun awal pagi.
seronok gila tidur semalam.
mimpi yang bagus2
senyum aja aku jaga pagi tadi.

jaga awal pagi.
mahu kirim kereta ke bengkel untuk diuji.
bergegas menunggu bas pula untuk ke hospital.
sejuk-sejuk, telefonlah sahabat baik untuk hilangkan rasa bosan.
"menitik air mata aku membaca kisah kau"
kau baru tahu ke kisah aku tragis?
tapi aku cool, aku tak mahu menjadi si drama queen.

sampai ke sekolah, aku tekun berbuat kerja selama dua jam.
dihubungi supaya lekas ke bengkel untuk lihat-lihat rosaknya kereta.
"kereta awak kena repair byk, lebih-lebih kena 700 GBP"
aku tersentak.
serius, aku tiada duit banyak itu.
aku tak mahu meminta pula.
akan ku ikhtiarkan yang lain.

satu masalah sudah datang.
kereta harus dibaiki ataupun dibuang.
jika aku bertanyakan orang lain pasti mereka menyuruh aku membeli kereta baru.
aku tak mahu.
aku tak mahu pening-pening lagi.
kerja aku banyak lagi belum selesai.

kereta tidak boleh dibawa keluar.
jika tidak polis mesti menunggu di depan pintu.
nak tanak aku usahakan juga duit tersebut.

dengan rasa separuh hati aku ke perpustakaan.
berjumpa dengan seseorang, diajak pula ke bandar.
"pertama kali berjalan kaki ke bandar!" jerit aku gembira.
aku memang mahu bersenam pun.

bila di sana, cadang hanya mahu berbeli roti ditambah pula dengan membeli baju satu pound.
ala jika aku boleh membayar 700 GBP dengan harta sendiri, kenapa berkira dengan satu pound?
satu pound, satu pound, satu pound - lama-lama jadi banyak juga.
entah! mungkin retail therapy membantu.
agaknyalah!

kemudian ke sekolah kejuruteraan untuk mencuci mata.
ah! para jurutera di sini sangatlah segak dan bergaya.
mata selalu terlekat pada si Fraser yang digelar "pakwe tak jadi itu"
ah! aku juga mahu berbalakkan lelaki yang charming begitu.

bukan rezeki aku agaknya.

selepas maghrib singgah ke rumah kawan.
agak mustahil jugalah jika aku mahu mengangkut barang-barang dari bandar ke rumah.
patah kaki juga bila tiada kereta ini.

tanpa mahu fikirkan masalah, aku masakkan nasi ayam kepada beberapa orang sahabat.
itu juga therapy untuk distress aku.
satu kepuasan juga agaknya.

kemudian selepas isha' memenuhi pula keperluan batiniah untuk berkumpul dan mendengar pengalaman dari orang-orang Palestine.
Jika aku jadi seperti mereka, berkaca juga mata untuk bercerita.
tapi mereka nampak seperti tenang aje.
dalam hati siapa yang tahu?

berita mengenai usrah aku sambung di bebelism

kemudian hari sudah lewat.
mahu balik rumah kononnya.
periksa-periksa beg, ah! kunci rumah tiada.
baru kuingat! aku lekatkan kunci rumah bersama kunci kereta!

pulang ke rumah kawan.
berbekalkan baju satu pound lengkap dengan seluar aku tidur tanpa memikirkan masalah-masalah yang ada.
hidup itu mudah. just go with the flow.
Mungkin Allah mahu uji aku.

Dalam baring-baring kepenatan, aku fikirkan kronologi hidup aku pada hari ini.
Allah tunjukkan satu-satu hint kepada permasalahan aku ini.
Alhamdulillah aku meyakini segala ujian dari-Nya.

Pagi esoknya aku ke bengkel untuk meminta kunci kereta.
"Kereta anda sedang dibaiki, maka proses itu tidak boleh diganggu."
Tabah saja hati aku ke sekolah orang lain untuk berbuat kerja.
Dahlah perpustakaan tutup.
Masih pagi lagi ni.
Tunggu lagi, sekejap sahaja lagi, pujuk hati ini.

Kemudian tengah hari dapatlah juga kunci rumah.
Tapi masih tidak boleh balik kerana mendapat jemputan untuk makan.
Alhamdulillah rezeki masih lagi murah.
Allah itu Maha Penyayang, bukan?
Rezeki itu ada di mana-mana.

Kini, aku sudah pulang ke rumah.
Pulang kepada kesunyian ini.
Walaupun rasa kosong tapi hidup mesti terus.

Terima kasih kepada Liyana, Kak M dan Kak L di atas bantuan yang diberikan.
Terima kasih juga kepada sesiapa yang berempati.

Sejuk! Sejuk!
Hidup mesti terus tau! Jerit hati sendiri

*Senyum*