Thursday, 3 September 2009

main.taip.taip.

Photobucket soaked in wet!

pagi tadi terjaga awal pagi lebih kurang 7 pagi sebab tersedar vibration atas katil.
oh alarm di telefon rupanya.
pastu tidur balik.
tak sedar semalam lelap pukul berapa.
yang sedar (mungkin) telinga duduk dengar lagu-lagu di iTunes sebelum terlelap.

kemudian terjaga pula pukul 9 pagi.
ah! malas gila nak pergi sekolah.
sebab tahu banyak gila kerja kena buat hari ini, kena jugalah ke sekolah.

sampai aje sekolah, buat kerja tanpa henti sampai waktu makan tengah hari.
penat! kemudian ade gap masa 2 jam setengah sebelum protokol seterusnya berlangsung.
buka website cinema, cari movie apa yang best.
kira-kira timing movie ok tak dgn waktu eksperimen berjalan.

kemudian lakonan bermula.
saya tunggu senpai (= senior, cikgu) saya balik dari lunch.
saya cakap dengan dia, saya nak ke bandar sebentar.
nanti saya balik.
dia kata ok.
saya perlu tinggalkan evidence.
bak kata Kak M, kita perlu ikut rentak diorang.
hahahaha!

kemudian, saya pun pergi menonton cerita G.I.Joe.
dulu masa saya kecik-kecik, saya suka gila cerita ni.
siap beli mainan main dengan adik saya.
hohohoho. saya memang suka kawan dengan budak laki-laki masa kecik-kecik.

anyway.

tak ramai pun yang tonton cerita tu.
saya sorang dengan satu couple kat belakang.
couple tu memang nampak mcm memang nak tgk cerita bukan nak buat projek.
hahahaha!

bulan puasa ni (sila hormat sket)

anyway.

oleh kerana cerita ni ada mamat hot (channing tatum) saya pun nak pergi tengok.
cerita ni boleh saya katakan cerita aksi yang paling best dan lawak dalam tahun ni.
nota: cerita AKSI dan LAWAK!

saya gelak guling-guling kat dalam panggung.
siyes, cerita ni lawak.
selalunya kalau tengok dalam panggung, benda yang tak lawak pun boleh jadi lawak kalau audiens ketawa.
ni takde audiens, saya memang gelak gila-gila.
maknanya? CERITA ni best!
kenapa saya lambat nak tengok cerita ni ye?

dulu saya selalu bagitahu kawan-kawan saya yang saya tak suka London, tak suka Paris.
sesak, ramai orang, overrated.
ada satu scene besar dalam cerita ni ada pasal Paris dan Eiffel Tower.
scene tu la yang saya yang paling lawak.
tiba-tiba saya rasa saya nak pergi Paris balik.

(tiba-tiba?)

ada satu scene tu, ada pemandangan aurora.
sangat cantik.
saya pun berangan nak pergi tengok aurora dengan Sakurai Sho.
pastu ada lagu 'marry u' berkumandang.
pastu Sakurai propose.

adeila kan.

angan-angan tak boleh blah.
(suka kat Masaki, kenapa Sho yang propose?)

ah, kuat angan-angan tak boleh blah.
ni dah balik makmal.
oleh kerana 2 jam dah habis untuk wayang aje, saya kena spend 2 jam untuk ganti balik masa yang hilang tu.

maka?

saya mungkin akan bermalam di makmal.

oh mungkin ke wayang lagi.
yeap yeap. seorang diri. :D

yang.cantik.

Wednesday, 2 September 2009

enaunsmen.


cerita 500daysofsummer SANGAT BEST!
saya tonton cerita ni mesti saya teringat Cik Nunu dengan TAD.
saya tahu diorang mesti suka cerita macam ni.
saya dengar lagu kegemaran Cik Nunu pun ada dalam cerita ni.
saya pernah crush dengan mamat hero dalam cerita ni masa dia muda-muda dulu.

haih.

INILAH BARU CERITA YANG SAYA TAK MENYESAL TONTON!
esok mungkin saya mahu tonton lagi.
jalan cerita 4/5.
sinematografi (cewah) 4.55/5.

oh untuk siapa yang minat JUNO, sila tonton yang ini. LAGI BEST!
xD

saya senyum aje sepanjang movie sampailah taip blog ni.
haih!
Photobucketkenapa missCC suka Heechul:

1) dia lawak.
2) dia hentai.
3) dia over confident.
4) dia entertaining.

****

tapi sebenarnya dia seorang yang pemalu, kawan yang baik dan protective.

Tuesday, 1 September 2009

ye.saya.selenge.

feveret of the day lagu kat sebelah tu.
lelaki feveret saya harini adalah heechul.
saya rasa saya kena cari lelaki yang mata bulat, senyuman pembunuh dan rambut agak-agak panjang (tapi bukan rasta).

saya ada beberapa plan nak buat dalam beberapa minggu ni.
oh ni kira plan musim luruh sayalah.
plan musim bunga tahun depan dah agak-agak dalam persiapan.
cuma sedikit bingung mahu ke mana pada musim sejuk ini.

tapi saya tak eksaited pun untuk looking fwd apa-apa.
beg tak berkemas. hati saya masih di sini.
belum terasa mahu lompat-lompat ke sana ke mari.

tadi kawan Mekah saya tegur saya.
dia baru balik dari kampung dia, sepuluh minit jalan aje dari Masjidil Haram.
saya cakap dengan dia, saya nak ikut dia balik kalau dia balik tahun depan.
saya nak buat umrah.
dia suka. rumah dia besar, dia katalah (saya agak-agak dia ni kaya gila)
tadi dia tunjukkan kat saya cincin tunang dia.
saya terkejut.
sebab dia kata dia takde sesiapa sebelum balik.
baru sebulan balik dah bertunang?

agak-agak kalau saya away tiga minggu boleh tak saya bertunang juga?
uhuk.uhuk.
saya nak MASAKI jugak :))
walaupun dia masak yakisoba (lebih kurang macam mee goreng mamak) tak bape sedap, tapi saya nak gak kawen gak dengan dia.
biarlah dia hentai (means pervert) dan bodoh-bodoh alang tapi hati dia baik.
itulah perempuan, balik-balik itu ajelah - nak cari yang baik.

semalam saya pergi nonton cerita The Ugly Truth sorang-sorang.
tak ramai pun audiens.
ada satu point yang orang tu cakap buat saya fikir-fikir.
eh dua rasanya.

1) perempuan ni suka cari laki yang mesti ada dalam checklist dia. [hensem kacak bergaya etc] sah-sahlah mesti laki orang dan gay. takdenya manusia macam tu dalam dunia ni yang masih single.
2) lelaki ni bukan senang nak confess dia suka kat perempuan tu. bila dah cakap 'saya suka awak' atau 'saya sayang awak' mulalah perempuan tu kata tak puas hati sebab tak belikan cincinlah, bungalah, tak call lah.

saya termasuk dalam kategori yang dedua tu lah.

pastu lelaki kata perempuan zaman sekarang control freak. betullah tu. tu sbb saya nak yang macam masaki. ikut aje cakap org. spontaneous plak tu. kalau suh dia terjun niagara fall, dia terjun kot ]XD

oh ye. semalam juga saya juga telah menghabiskan masa selama 2jam setengah untuk nonton cerita yang DIKATAKAN lawak. omg! kalau orang kata cite time traveller's wife tu membuang masa, saya rasa movie ni sebenarnya patut ditongsampahkan aje.

baik tonton 500daysinsummer.

oh tajuk movie tu? FUNNY PEOPLE. ironi - sebab tak funny langsung. adeke cerita lawak dua jam setengah? buang masa.