Thursday, 3 September 2009

main.taip.taip.

Photobucket soaked in wet!

pagi tadi terjaga awal pagi lebih kurang 7 pagi sebab tersedar vibration atas katil.
oh alarm di telefon rupanya.
pastu tidur balik.
tak sedar semalam lelap pukul berapa.
yang sedar (mungkin) telinga duduk dengar lagu-lagu di iTunes sebelum terlelap.

kemudian terjaga pula pukul 9 pagi.
ah! malas gila nak pergi sekolah.
sebab tahu banyak gila kerja kena buat hari ini, kena jugalah ke sekolah.

sampai aje sekolah, buat kerja tanpa henti sampai waktu makan tengah hari.
penat! kemudian ade gap masa 2 jam setengah sebelum protokol seterusnya berlangsung.
buka website cinema, cari movie apa yang best.
kira-kira timing movie ok tak dgn waktu eksperimen berjalan.

kemudian lakonan bermula.
saya tunggu senpai (= senior, cikgu) saya balik dari lunch.
saya cakap dengan dia, saya nak ke bandar sebentar.
nanti saya balik.
dia kata ok.
saya perlu tinggalkan evidence.
bak kata Kak M, kita perlu ikut rentak diorang.
hahahaha!

kemudian, saya pun pergi menonton cerita G.I.Joe.
dulu masa saya kecik-kecik, saya suka gila cerita ni.
siap beli mainan main dengan adik saya.
hohohoho. saya memang suka kawan dengan budak laki-laki masa kecik-kecik.

anyway.

tak ramai pun yang tonton cerita tu.
saya sorang dengan satu couple kat belakang.
couple tu memang nampak mcm memang nak tgk cerita bukan nak buat projek.
hahahaha!

bulan puasa ni (sila hormat sket)

anyway.

oleh kerana cerita ni ada mamat hot (channing tatum) saya pun nak pergi tengok.
cerita ni boleh saya katakan cerita aksi yang paling best dan lawak dalam tahun ni.
nota: cerita AKSI dan LAWAK!

saya gelak guling-guling kat dalam panggung.
siyes, cerita ni lawak.
selalunya kalau tengok dalam panggung, benda yang tak lawak pun boleh jadi lawak kalau audiens ketawa.
ni takde audiens, saya memang gelak gila-gila.
maknanya? CERITA ni best!
kenapa saya lambat nak tengok cerita ni ye?

dulu saya selalu bagitahu kawan-kawan saya yang saya tak suka London, tak suka Paris.
sesak, ramai orang, overrated.
ada satu scene besar dalam cerita ni ada pasal Paris dan Eiffel Tower.
scene tu la yang saya yang paling lawak.
tiba-tiba saya rasa saya nak pergi Paris balik.

(tiba-tiba?)

ada satu scene tu, ada pemandangan aurora.
sangat cantik.
saya pun berangan nak pergi tengok aurora dengan Sakurai Sho.
pastu ada lagu 'marry u' berkumandang.
pastu Sakurai propose.

adeila kan.

angan-angan tak boleh blah.
(suka kat Masaki, kenapa Sho yang propose?)

ah, kuat angan-angan tak boleh blah.
ni dah balik makmal.
oleh kerana 2 jam dah habis untuk wayang aje, saya kena spend 2 jam untuk ganti balik masa yang hilang tu.

maka?

saya mungkin akan bermalam di makmal.

oh mungkin ke wayang lagi.
yeap yeap. seorang diri. :D