Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Tuesday, 23 November 2010

secret garden

dialog tak bleh blah dari secret garden (tapi saya kyaaa! gak)

hero: sejak bila ko jadi cantek ni? tahun lepas? semalam? makin cantik aku tengok ko.
heroin: *sulk*
hero: ala, saya main-main aje.
heroin : sepak si hero. opsss... 'saya main-main juga'

****

hero: ko kata orang kaya kuat berkira, bagi balik 5,000 won baki ko pinjam duit aku.
heroin: aku ada 3000 won aje, nanti aku bagi baki lain.
hero: ko ingat aku datang jumpa ko ni semata-mata nak tunggu baki 2000 won aje ke? bayar semuanya sekarang gak!
heroin: pedulik ape aku, tunggulah bila aku kuarkan duit nanti!!

****
heroin: hekeleh, nak suh aku bayar baki 2000 won sampai nak jumpa tempat yang ada class macam ni.
hero: ape yang terlilit kat leher ko tu? (heroin pakai neckerchief) - tekak ko berdarah ke?
heroin: (buat-buat bukak neckerchief sambil tahan malu)

****
heroin : kenapa ko suka ikut aku, suka-suki aje menempek kat sini? ko SUKA aku eh?
hero: hekeleh tolong sket. ko sket pun bukan taste aku. kalau nak ikutkan senarai anak orang kaya yang nak kawen dgn aku, kumpul-kumpul leh sampai tinggi satu bangunan. ko apa ade?
heroin: abih, apa ko buat kat sini?
hero: soklan tu ko kena tanya diri ko. apa yg ko dah buat kat aku sampai aku duk teringat kat ko siang malam? aku dah jadi macam orang gila dah ni. ko buat aku GILA! aku gila kat ko!
heroin: apa salah aku?

****
hero: ko biasa buat ape dengan laki?
heroin: aku biasa sangat buat mcm-mcm dgn laki. selalunya ramai lelaki. selalu aku buat kat bilik hotel, outdoor pun selalu. orang selalu bayar mahal kalau outdoor. tapi diorang suka buat dalam kereta.
hero: erkkk? kereta? tak cramp ke dalam keta tu?
heroin: laki kan suka fast and furious (missCC dah gelak gila ni). lagi sempit lagi diorang suka.

hero: erkkk?

heroin: eh jap. jap. kita tengah cakap pasal ape ni?

(nota: heroin adalah seorang stuntwoman)
****

heroin: asal ko masuk jail?
hero: sebab, mungkin aku bersalah sebab mencuri hati seseorang?

hahaha! cheesy tak bleh blah!!!

SECRET GARDEN
, mostly recommended! XD

Sunday, 24 October 2010

drama.pagi.ahad.



bangun pagi terus nak tengok si ayu raudhah.
suka kat dia dah lama dah. dia pakai tudung cantik. badan pun cantik. gebu!
haish. cakap mcm perempuan tak straight aje.

basically cite ni pasal perempuan yang mencari cinta.
minah ni novelist.
buat cerita jiwang karat.
pastu dah cipta watak laki jiwang karat segala padahal dia sendiri tak pernah bercinta.

episod 1 laki yang dia suka tu meninggal dunia.
so kira sedih lah sbb laki tu jiwang karat mcm dalam novel dia.
masa tengok cerita ni baru tahu, oh! macam ni rupanya dating kat mesia.
hahahaha! saya orang skema, mana reti dating2 ni (nak muntah)

anyway, i hope towards the end perempuan jumpalah laki yang dia nak cari.
ceh macam tengok cerita 30 mencari cinta aje (tak penah tgk, penah dgr nama aje)

ntah mcm mana jumpa cerita ni semalam kat youtube. lompat punya lompat jumpalah drama ni.
tapi ni kualiti drama tv2 la. takdelah cantik sgt sinematografinya mcm tv swasta. skrip pun mcm skrip buku/novel. tapi kira ok lah, sbb saya suka lakonan ayu raudhah. hahaha! (gila statement bias tak hengat!)

NB: lepas tgk beberapa episod, saya rasa cite ni terlalu cheesy untuk saya. pastu saya tak suka watak ayu raudhah ni. gunakan laki yang suka kat dia untuk tulis novel. wth? ayat2 dalam drama ni mcm tak realistik aje, ke saya aje yg ignorant padahal mmg ini dialog orang mesia? saya cuma suka watak si firas aje. sangat selamber. macam adik saya. haha! laki mcm ni kalau awek tak cukup iman dah tangkap lentok dah. oh lagi satu, ada satu scene diorang makan kat restoren korea kat jalan ampang. bila tengok review kat blog orang lain kata restoren ni hidang pork. i mean, you're using the same plate kan? entahlah. nak cari restoren korea pork-free agak susah kat mana-mana ne?

Thursday, 22 April 2010

feveret.scenes.

bosan tunggu drama baru nak disub,
saya tengok balik the best of nakatsu.
mamat ni yang buat saya suka tengok hana kimi.
mamat ni kalau jadi kawan baik saya, saya mesti tak boring nak jalani hari-hari saya.










nota: sejak dua menjak ni, dada belah kiri saya asyik sakit aje. mimpi masa tidur pun mimpi keluarga saya dan kawan2 rapat saya kat Malaysia. saya asyik tengok muka saya kat cermin macam pucat aje. kat sekolah tadi rasa macam nak rebah. jalan pun huyung-hayang. baru jap tadi saya perasan muka saya mcm dah tak lama lagi nak...

Wednesday, 10 March 2010

boku.no.kanojo.wa.saibogu.



nak tengok cerita ni bila balik rumah nanti. yatta!!! :D

Thursday, 25 February 2010

main.main.detektif.

Photobucket ureshii kata!

minna san!
sapa suka manga kindaichi?
sapa suka tengok kartun kindaichi?
sape suka tengok Jun Arashi berlakon drama Kindaichi?

yang paling penting...

sapa suka tengok artist of the month berlakon movie KINDAICHI?
ye. ye. Kazuya Kamenashi berlakon watak Kindaichi!

suki na! sukiiii!
saya dah boleh confirm cara dia berlakon sebiji macam Takuya Kimura.
Nasib baik Takuya lagi kachak.
tapi sebab dia adalah artist of the month, saya nak puji kame-chan melambung-lambung tinggi!

walaupun badan saya penat dan agak panas (nak blame weather yang makin sejuk), cerita ni mampu buat saya sehat sedikit.

selagi bulan ni belum habis, saya nak marathon drama/movie kame-chan banyak2!!!

yosh! ikimashou minna!

Friday, 19 February 2010

sarang.



tengah hari tadi lalu depan kedai kek. selalu nampak kedai ni bila lepas pukul 5 petang. maka, kedai selalunya dah tutup. tak dapat nak beli kek cokelat. cik wanis nak sangat makan kek ni. sejak saya belikan kek ni untuk hari jadi cik hudie_hud, saya tiba-tiba terasa nak beli lagi. selalunya tiada rezeki. tapi harini saya ke bank sebelah kedai kek tersebut. saja singgah mana tahu kek tu ada. sekali tinggal satu aje. tak sempat nak greet awek lawa belakang kaunter terus order kek tersebut. untuk kek yang beratnya hanya 500g, kek ini sangat mahal. nampak xde hiasan segala, tapi nilah antara kek cokelat yang paling sedap yang saya pernah makan. kedai kek ni kedai keluarga maka xde franchais sana sini, makanya susah gaklah nak dapat kek cokelat atas kaunter macam tu aje. kena tempah dulu. saya beli pun sebab asyik teringat yang cik wanis nak sangat makan. saya makankan untuk anda ye? ;)) biar saya seorang aje yang gemuk. hahaha!

hello panda yang dalamnya ada beberapa biji aje. manis gila. makan satu, sekali hirup teh panas. saja nak sedapkan badan (hati) yang benda tu tak menggemukkan. heh.

sebelum

selepas

tengah sibuk membasuh pinggan di sinki, tiba2 ternampak bunga saya tanam beli dah berbunga. ureshiii! baru saya faham kenapa orang suka tanam bunga segala. gembira betul bila bunga tu berkembang mekar. tiba-tiba aje rasa macam nak buat garden kecik dalam rumah. hekeleh, rumah baru sekangkang kera aje. tiba-tiba aje nak pergi beli bunga orked pulak. orked! orked!

nota: saya berjaya habiskan drama LIAR GAME 2 hari ini! asalnya sebab dah takde update drama dah untuk minggu ni, dan saya sukakan Erika Toda. Bila saya check balik koleksi DVD dan novel saya, rupanya saya sukakan benda-benda yang berfikir, aksi dan bunuh2. oh cite seram juga. oleh kerana saya hanya tahu sedikit tentang drama LIAR GAME, saya hanya bagi 4 bintang untuk drama ni. sebab saya suka bila diorang fikirkan strategi nak tipu orang/menang game. rasanya dah keluar prekuel Liar Game. dan final cerita ni akan dipanggungkan pada musim panas nanti. saya nak tengok kebijaksanaan si hero yang sekali tengok macam muka taeyang BIGBANG ni. ah! tinggal hero tu tak pakai spek mata aje. kalau saya jumpa tengah jalan orang yang genius macam ni, saya ajak kawen masa tu gak! haha!

traxx.me.

  • saya dah lama tak pegang kamera. mungkin sebab waktu sejuk, tak kuar jalan-jalan maka tak ada semangat nak klik sini sana. oh, mungkin sibuk buat kerja sekolah juga.

  • pernah tak anda terfikir yang perkahwinan terancang itu bagus? ok, silap soklan. saya ubah sikit soklan tu. pernah tak anda terpandang seseorang yang berlainan jantina yang mungkin sesuai dengan orang-orang terdekat kamu? bukan kes TAD yang katakan ada seorang doktor yang mungkin saya akan suka kalau saya bertemu dengan dia. Lain, lain. Macam kita jumpa seseorang tu then kita kata dalam hati, aih, this is so amal. bolehlah kenalkan. maybe sebab rupa sama bulat ke. senyum sama ke. tak bape lawak sangat ke. DoS ke. hehe.

  • pernah tak seseorang lelaki yang anda rapat dengan tiba-tiba propose anda? anda dah kawan-kawan selalu lepak sama-sama pastu orang tu bagi *hinthint* dia takde gf segala. nak cakap macam mana? kita kawan aje?

  • 2 episod pasta dah naik. tiba-tiba rasa macam dah bosan sket. hero asyik jerit2 aje. sakit telinga aje dengar audible tinggi2 ni. pastu lawak aje ada scene kiss yang macam cium tak cium. ala, drama korea skang kan banyak *ciumcium* takde perasaan. ok, jepun juga. tapi sebab tahu hero baru aje kawen dan baru aje dapat anak dua bulan lepas, dia cuba untuk buat teknik kamera untuk dia cium si heroin. hekeleh. takut kena tidur luarlah tu.

  • setelah sepanjang minggu tak cukup tidur, malam ni saya tidur awal gila. pastu terjaga kejap sambung tengok pasta pastu dah tatau nak buat apa. tidur 5 jam pada saya adalah sangat awkward. jarang gila saya menguap 25 kali sepanjang di sekolah. lagilah jarang bila tertidur bila menunggu masa eksperimen. lagi teruk, saya boleh terlelap masa berdiri! kronik betul saya ni. makin tambah kedutlah kulit muka saya lepas ni. i wonder dokter2 yang selalu on-call ada ke yang tersenguk-senguk bila cucuk pesakit? masukkan IV ke? oh, nurse yang buatkan IV eh?;))

Wednesday, 17 February 2010

midori.

Photobucket rasa macam nak tidur tapi tanak tidur.

saya back-to-back cerita pasta malam ni.
omg - saya makin jatuh hati dengan cerita ni.
compare dengan cerita bambino, saya rasa cerita ni lagi banyak perisa.
walaupun heroin tak lawa, hero dia bapak orang tapi saya suka jalan cerita dan ayat-ayat cheesy dalam drama ni.
oh tak lupa - lagu-lagu OST drama ni semua best gila.

mulalah saya nak berangan-angan.
adakah ini saya ataupun semua manusia begitu?
mahu mengikut apa yang ditayangkan di depan mata?
saya rasa saya dah geylong sekarang.

masa tengok cerita pasta, keje saya asyik makan pasta aje.
tak mainlah nasi.
kalau stok spaghetti selalunya hanya akan habis dalam masa 6 bulan, kali ni 5 kali masak aje dah habis.

kalau tengok cite yamato nadeshiko shichi henge, saya rasa nak makan cokelat aje.
sampaikan pergi matthews (aka chinese supermarket) sebab nak beli jajan yang si sunako makan.
tapi takde gambar tengkorak segala, cuma ada gambar panda bear yang comel. hak hak hak.


bila tengok cerita tokujo kabuchi, terus jadikan green tea latte sebagai feveret sebab ayat si horikita maki kata "sedapnya green tea latte nihhh!"

adakah saya sudah menjadi mangsa iklan?
ataupun memang manusia memang sifat semulajadinya sebegitu?

saya masih ingat masa saya tengok iklan sebelum wayang yang simple aje.
watak kartun makan marmite.
slogan dia "either you like it or hate it"
lepas aje wayang terus pergi beli sebab ingatkan sedap macam kuah rojak.
sekali makan terus buang dalam tong sampah.
saya rasa saya termasuk dalam ribuan orang yang tak sukakan rasa bende alah tu.


sekarang baru saya tahu kuatnya pengaruh sesuatu iklan tu.
maknanya sekarang secara rasminya saya sudah menjadi salah seorang mangsa iklan?

nota: tengah hari tadi saya nampak blog sorang akak ni buat paprik. sedap gila nampak gambar. saya nak cuba buat. tapi paprik makan dengan pasta? tak masuk langsung.

Tuesday, 16 February 2010

resah.tapi.tak.gelisah.

hari ni bukan hari ahad tapi kenapa saya tak boleh tidur?
saya cuba juga mahu tidur tapi orang sebelah asyik bising aje.
diorang tatau ke skang dah pukul 2.45pagi?

saya tarik wireless headphone, cuba-cuba dengar lagu-lagu di ipod.
tak boleh tidur juga.

3 episod pasta sudah naik!
tapi sebab episod baru diupload, server jadi jam, macam pale otak saya.
nak browse tengok satu jam punya episod kena tunggu 3 jam.
tapi takpe, episod 10 banyak part cheesy.

damn, this is so not me *in denial*
tiba-tiba saya rasa saya dah jumpa lagu untuk buai saya tidur malam ni.
lagu comel+cheesy+takblehblah.

cik amal, sila tidur boleh tak?

cik amal jawab: tak boleh, nak tengok hero pasta bleh? hahahahahaha DoS! DoS! my favourite man!

Monday, 15 February 2010

bubble.

Photobucket jam kepala otak.

hari ni saya isytiharkan hari kosong sedunia.
pagi-pagi saya bangun awal tapi rasa tak nak pergi sekolah.
walaupun saya dah prepare nak bagi results kat godzilla tapi saya rasa malas.
layout thesis pun tak buat lagi.
bagus! petang nanti ada kelas untuk buat thesis.

sepanjang minggu lepas saya bekerja jugalah di makmal.
saya cut segala hubungan dengan dunia luar.
tapi tak lama, dah sampai seminggu saya rasa dada sakit lagi.

orang kata jangan underestimate stress.
tapi jangan melayan stress juga.
untuk itu, saya dah melayan pelbagai drama jepun/korea.
banyakkkk gila drama yang saya tak tertonton.
saya tengah menunggu update cerita pasta, yamato nadeshiko shichi henge dan tokujo kabuchi.
saya cuba juga tonton bleach, tapi bukan minat saya.
cuba juga tonton gokusen the movie sebab saya minat haruma miura, tapi jalan cerita predictable. balik-balik cikgu selamatkan budak-budak nakal. bosan.

cuba cari hiburan luar bila-bila termampu.
tapi semua ini mcm tak memenuhi hati saya yang kosong.

hati saya nak balik.
nak balik.
plan saya sebenarnya saya nak balik awal tahun depan.
submit thesis pastu balik.
nak cakap dengan godzilla kerajaan suruh balik cepat.

untuk laksanakan plan itu, tahun ni saya tak boleh ke mana-mana.
siang kena buat kerja sekolah, malam kena taip thesis.

ala dalam drama hero/heroin boleh kerja kuat-kuat takkan saya tak boleh?
manusia ni ada sampai satu tahap yang dia kena push diri dia sampai dia pun tak sedar yang dia boleh buat sesuatu perkara tu.
tu yang istimewanya manusia.
tapi itu kena bergantung pada doa dan istiqamahlah.
kena korban itu ini.
siapa aje yang boleh dapat kejayaan dengan jalan mudah?

hmmm, malam ni saya berada di sekolah, sebab rasa bersalah tak pergi sekolah siang tadi.
saya ternampak satu jurnal yang group kami buat atas meja senior saya.

untuk itu, mari kita buat kuiz:

perlukah saya terasa dengan tindakan godzilla yang memberikan jurnal tersebut pada senior tanpa memberikan pada saya? walaupun saya dah baca jurnal tersebut dan buat copy sendiri? fyi, ini adalah cetakan terus dari publisher. so, kertas cantik-cantiklah.

A: ye, saya patut terasa.
B: tidak, sebab saya dah baca artikel tersebut.

dochira? dochira?

Thursday, 11 February 2010

diari.amal.

Photobucket rasa macam nak beli tear and share makan sambil celup air teh. sedap!

minggu ini menu dinner beliau hanyalah pasta.
kemaruk tengok cerita pasta pastu syok sendiri claim pandai buat pasta.
cuba-cuba taruk inti itu ini.
malam ni menu tuna.

malam ini seperti biasa dia pulang lambat sedikit dari biasa.
sampai sahaja di rumah, masak dan makan - selalunya sejam sahajalah.
kemudian, ada janji dengan diri sendiri mahu tonton wayang.

malam ni premier, mesti pergi.
tengok-tengok jam sudah pukul 8.10pm.
kena pergi, kalau tak kena beratur panjang.

sampai aje car park, tiba-tiba terasa mcm pergi kenduri kawen keluarga pakcik khan.
yenadeiiii!
eh tu bahasa tamil ;))

beratur kiri kanan semua cakap hindustani, pakistani, gujerati. hahahha! mana saya tahu diorang cakap bahasa apa, Jepun Korea pun dulu-dulu susah nak bezakan.
sampai aje kaunter, saya tanya akak tu "do u still have MY NAME IS KHAN?"

rupanya untuk malam premier aje dua panggung diorang bookkan.
saya dapat panggung no.2
duduk pun tempat sorang-sorang.
selalu pilih tepi dinding sebab senang nak sandar kepala ke apa.
wayang kata 8.30pm tapi sebab ramai sangat tamu yang tak datang lagi, wayang start kol 9pm.
oklah tu, stret to the point - takyah iklan2.
tapi sempat terlelap jugaklah nak tunggu pukul 9 malam.

saya tak ingat bila last sekali saya tonton hindustan.
mungkin mohabbatein (betul ke eja ni?)
tapi feveret saya memang Shah Rukh Khan (SRK) dengan Kajol.
tu sebab saya pergi juga premier walaupun saya dah kena gelak kaw kaw dengan Cik Farah.

"kawan aku ni dah tak betul dah rasanya" saya leh bayangkan kalau Cik (Puan) Farah ade kat depan mata.

tapi saya nak tengok jugak!
nak tengok jugak!

baru saya ingat kenapa saya sukakan SRK.
dia sangat natural.
berlakon autistik pun sangat sangat sangat natural.

filem ni ade siap intermission lagi.
what do you really expect from a hindustani movie?
cuma takde scene menari golek-golek atas gunung lah.

first part of the movie memang best.
saya gelak-gelak sampai terbangun dari kerusi.
nasib baik tak terjatuh.
cerita pasal asal usul SRK yang austistik (Asperger's Syndrome) merantau dari India ke US.
macam mana dia jumpa Kajol bla bla bla.

paling tak boleh lupa lawak dia adalah:

Khan: Please cut my hair. Please cut my hair.
Kajol: Wait a minute. I got a customer waiting.
Khan: Please cut my hair. Please cut my hair.
Kajol: I'm dying to cut your hair but can you please wait?
Khan: Please don't die. No need to die. Just cut my hair.


Ok, ada satu lagi:

Khan: I have Asperger Syndrome. Asperger is for Dr. Hans Asperger who diagnose this. I always try to understand what people means. When I come to someone's house and they asked me to make myself at home, how could I possibly make myself at home? That wasn't my home.

Oh ada lagi. Austistik kan tak suka disentuh. Bila mak dia mintak peluk, dia peluk 5 saat aje. Pastu mak dia kata, nak peluk lagi? Dia pun kata, ok, nak berapa minit? Mak dia kata 2 minit. Pastu dia time dulu jam dia, dia peluk dan kira...

one thousand one...

one thousand two...

hahahahhaa! sangatlah lawak ok!

bila lepas intermission, saya dah agak sesi tangisan bermula. lepas lima saat saya nanges (kuar hingus segala ye ladies) saya janji pada diri saya, JANGAN NANGES. JANGAN NANGES. pastu kuar scene Kajol nanges. purrrrrr, curah-curah lagi air mata. tak sampai nak buang hingus, SRK pulak buat muka sedih, purrrrr... kuar lagi.

oh, padanlah saya dah berhenti tonton cite hindustan. saya penat nanges.

bila habis aje cerita, lampu bukak aje, saya kelubung muka terus keluar tanpa pandang kiri kanan. saya rasa tandas perempuan mesti penuh gila. saya seperti lagak artes yang perasan ditangkap gambar oleh paparazi terus masuk kereta drive balik. sampai rumah baru perasan mata merah bengkak segala.

kalau ada boifren, mesti dia kata "awwww, comelnya dia nanges, meh sini." satu ciuman hinggap di dahi. eh? macam pernah lalui aje pengalaman ni. :))

kalau review selalu tanya kalau 5 bintang awak nak bagi berapa?

leh tak saya nak jawab saya nak bagi bintang-bintang kat angkasa malam ni? banyak-banyak!

saya insaf sikit tengok cerita ni. dan saya benci AMERIKA. amerika die! die!

owh, selain saya yang tak pandai cakap hindustani, gujerati dsb ada beberapa lagi omputih yang tonton cite ni. kalau sayalah jadi diorang dan tengok cite ni cerita pasal islam dan bagaimana ianya ditindas, apa reaksi saya??

yang saya perasan tadi, seminit sebelum lampu dibuka, diorang dah keluar dulu. benci? marah? konfius?

cerita pasal terrorist ni teringat masa zaman saya sampai UK dulu. Abah suruh buka tudung sebab masa tu kecoh London kena bom. kawan saya di Ireland dah kena baling batu segala. Saya pun takut, saya pergi dengan buka tudung. Masa sampai, ada kawan saya pakai tudung pastu kena cerca dan kena tarik-tarik tudung segala. Masa tu dia nak keluar pun pakai topi aje. Saya memang faham perasaan orang Islam yang kena tindas ni. Masa tonton cerita ni rasa macam nak sumpah seranah semua kafir-kafir yang bodoh ilmu agama. Mana-mana agamalah. bukankah sesebuah agama itu sukakan keamanan?

Untuk kawan-kawan saya yang membaca entri kali ini, silalah tontonkan. TAK RUGI WA CAKAP. tapi sila sediakan satu kotak tisu. dan jangan minum banyak-banyak sebelum/semasa masuk panggung. cerita ni 2 jam setengah ye kawan-kawan.

oklah, selamat malam!

iklan lagi: oh ye, handphone saya hilang misplaced. please do not call/text me. tapi saya available aje guna method yang lain. ;) chiao bella.

Wednesday, 10 February 2010

saya.

harini saya:

1) bekerja sampai malam. banyak gila unfortunate events berlaku. jangan tanya, saya malas nak cerita. dada saya sakit.

2) pergi tonton wayang lepas dari buat kerja di sekolah. ramai gila orang tengok wayang harini. oh, harini ada promosi buy 1 free 1. ingat nak tengok wolfman tapi kepala saya berat. dada pun sendat. ingat nak tengok yang ringan2 aje.

3) terbeli tiket wayang cerita berat. kepala tak boleh fikir nak pilih cerita apa. last2 terlelap dalam panggung.

4) konon2nya nak shopping barang rumah sampai 40pound, sebab kononnya ada diskaun 6 pound. terbeli lebih 7 pound kemudian keluar resit kat kaunter. "if you buy another 40GBP, u can get 6GBP out of your purchase. valid till 21st Feb 2010" mana saya nak cekau list nak cukupkan 40GBP lagi? haih.

5) berpuasa buat kali ketiga berturut-turut. nasib baik saya puasa, kalau saya tak puasa dan tak makan dan hidup penuh dengan unfortunate events itu, saya pasti dah meletup kebaboom sampai pecah semua isi perut. pastu sebab sibuk buat kerja kat sekolah, shopping barang rumah dan pergi tengok wayang, sampai sekarang saya tak makan lagi. saya rasa satu panggung boleh dengar perut saya berbunyi. malu.

6) seronok bila saya tahu Allah dengar kata hati saya. tadi saya teringat kat PIC, terus dapat miss called dari dia. apa mimpi ntah. haritu Dundee sangat terang benderang sampai silau biji mata, saya pun macam kenapa terang sangat ni? sekali saya pergi toilet untuk amik wudhu', lampu terus xde. baru saya tahu makna terang itu.

apa yang saya bebel ni? saya dah penat jasad dan minda. saya mahu tidur.

iklan: adik, kaklong sepanjang hari tiada internet di sekolah, tak boleh balas buzz kamu. text number Malaysia kaklong ok?

Thursday, 3 September 2009

main.taip.taip.

Photobucket soaked in wet!

pagi tadi terjaga awal pagi lebih kurang 7 pagi sebab tersedar vibration atas katil.
oh alarm di telefon rupanya.
pastu tidur balik.
tak sedar semalam lelap pukul berapa.
yang sedar (mungkin) telinga duduk dengar lagu-lagu di iTunes sebelum terlelap.

kemudian terjaga pula pukul 9 pagi.
ah! malas gila nak pergi sekolah.
sebab tahu banyak gila kerja kena buat hari ini, kena jugalah ke sekolah.

sampai aje sekolah, buat kerja tanpa henti sampai waktu makan tengah hari.
penat! kemudian ade gap masa 2 jam setengah sebelum protokol seterusnya berlangsung.
buka website cinema, cari movie apa yang best.
kira-kira timing movie ok tak dgn waktu eksperimen berjalan.

kemudian lakonan bermula.
saya tunggu senpai (= senior, cikgu) saya balik dari lunch.
saya cakap dengan dia, saya nak ke bandar sebentar.
nanti saya balik.
dia kata ok.
saya perlu tinggalkan evidence.
bak kata Kak M, kita perlu ikut rentak diorang.
hahahaha!

kemudian, saya pun pergi menonton cerita G.I.Joe.
dulu masa saya kecik-kecik, saya suka gila cerita ni.
siap beli mainan main dengan adik saya.
hohohoho. saya memang suka kawan dengan budak laki-laki masa kecik-kecik.

anyway.

tak ramai pun yang tonton cerita tu.
saya sorang dengan satu couple kat belakang.
couple tu memang nampak mcm memang nak tgk cerita bukan nak buat projek.
hahahaha!

bulan puasa ni (sila hormat sket)

anyway.

oleh kerana cerita ni ada mamat hot (channing tatum) saya pun nak pergi tengok.
cerita ni boleh saya katakan cerita aksi yang paling best dan lawak dalam tahun ni.
nota: cerita AKSI dan LAWAK!

saya gelak guling-guling kat dalam panggung.
siyes, cerita ni lawak.
selalunya kalau tengok dalam panggung, benda yang tak lawak pun boleh jadi lawak kalau audiens ketawa.
ni takde audiens, saya memang gelak gila-gila.
maknanya? CERITA ni best!
kenapa saya lambat nak tengok cerita ni ye?

dulu saya selalu bagitahu kawan-kawan saya yang saya tak suka London, tak suka Paris.
sesak, ramai orang, overrated.
ada satu scene besar dalam cerita ni ada pasal Paris dan Eiffel Tower.
scene tu la yang saya yang paling lawak.
tiba-tiba saya rasa saya nak pergi Paris balik.

(tiba-tiba?)

ada satu scene tu, ada pemandangan aurora.
sangat cantik.
saya pun berangan nak pergi tengok aurora dengan Sakurai Sho.
pastu ada lagu 'marry u' berkumandang.
pastu Sakurai propose.

adeila kan.

angan-angan tak boleh blah.
(suka kat Masaki, kenapa Sho yang propose?)

ah, kuat angan-angan tak boleh blah.
ni dah balik makmal.
oleh kerana 2 jam dah habis untuk wayang aje, saya kena spend 2 jam untuk ganti balik masa yang hilang tu.

maka?

saya mungkin akan bermalam di makmal.

oh mungkin ke wayang lagi.
yeap yeap. seorang diri. :D

Wednesday, 2 September 2009

enaunsmen.


cerita 500daysofsummer SANGAT BEST!
saya tonton cerita ni mesti saya teringat Cik Nunu dengan TAD.
saya tahu diorang mesti suka cerita macam ni.
saya dengar lagu kegemaran Cik Nunu pun ada dalam cerita ni.
saya pernah crush dengan mamat hero dalam cerita ni masa dia muda-muda dulu.

haih.

INILAH BARU CERITA YANG SAYA TAK MENYESAL TONTON!
esok mungkin saya mahu tonton lagi.
jalan cerita 4/5.
sinematografi (cewah) 4.55/5.

oh untuk siapa yang minat JUNO, sila tonton yang ini. LAGI BEST!
xD

saya senyum aje sepanjang movie sampailah taip blog ni.
haih!

Friday, 17 July 2009

one.two.som.

Photobucket Salam Jumaat! :D

Saya rasa berbelah bahagi.
eh bukan, sebenarnya saya di dalam dilema.
eh bukan juga, perasaan apakah ini ye?

pagi tadi bangun aje tidur saya rasa malas nak pergi sekolah.
tapi lepas timbang kati, kilo dan segala saya dipaksa juga keluar dari rumah.
itu pun lepas bermalas-malasan sarapan, picit jerawat dan segala.

sampai aje sekolah langkah longlai aje kaki dan tangan nak buat kerja.
habiskan masa sejam sahaja borak dengan Cik Hudie_Hud.
cakap dengan dia yang saya mahu nonton cerita HP tengah hari nanti.
mahu curi-curi masa dalam waktu saya buat eksperimen.

kerisauan saya adalah: eksperimen berlangsung selama 2.5 jam.
cerita HP berlangsung selama 3 jam setengah termasuk iklan.
oh, eksperimen saya tu, kalau biar lama-lama saya risau akan musnahkan sampel saya.

kemudian, tengah hari tadi selepas sahaja saya jalankan eksperimen saya, senior saya tiba-tiba tukar angin mahu makan di ofis kami berdua.
dia makan-makan sambil nonton youtube ok?
saya tak kisah pun dia nak nonton apa dan gayut segala bagai dengan telefon universiti - tapi jangan busybody pasal saya boleh?

oleh kerana saya pun rasa tak selesa dia buka youtube kuat-kuat dan makan sambil gelak-gelak, saya pun blah dari ofis terus ke sinema.
cerita HP mahu mula setengah jam lagi.
eksperimen saya dah bermula setengah jam juga.

dalam nonton itu, saya rasa serba salah jugalah.
sebab saya tahu saya akan terlewat satu jam untuk eksperimen tersebut.
saya doa-doa dalam hati, minta-mintalah sampel itu tidak hilang.

ok. sudah selesai cerita tersebut.
saya orang yang pertama keluar dari pintu sinema.
terus ke sekolah.
dalam hujan-hujan berpayung itu saya masuk ke pintu makmal.

senior saya dah bercekak pinggang dan rasa macam separuh marah.
tapi dia cuba cari ayat jugalah supaya tak marah.
saya tahu sebab dia tarik nafas panjang-panjang sambil fikir-fikir mahu cakap apa.

dia kata saya dah melebihi masa eksperimen saya.
dia cek eksperimen saya tahu?
dia kata protein saya dah hilang.
saya tengok kat gel saya.
eh? ada aje protein tu.
siap tunjuk lagi pada dia.

kemudian, dia tiada apa-apa lagi poin mahu gaduh dengan saya.
tapi saya rasa bersalah juga.
sebab dia dah risau separuh mati dah.
dia tahu saya dah lambat 2 jam (mungkin)
tapi itu kerja saya, bukan kerja dia.

hari ahad baru boleh tahu keputusan 4 jam eksperimen saya itu.
minta-mintalah yang keluar itu baik-baik sahaja.
kalau tak, mesti senior saya buat muka lagi.

sekarang ni saya rasa macam malas mahu berdepan dengan senior saya.
tataulah mahu rasa apa.
rasa marah? rasa takut dimarahi?
dia sebenarnya baik, supaya dia ni suka kisah pasal orang lain.
busybody.

kalaulah dia duduk serumah dengan saya yang sangat sangat sangat tak kisah orang lain nak buat apa, mesti saya kena bebel hari-hari.
dan mungkin dia akan prone (prone dalam bahasa melayu ape ye?) untuk dapat heart attack.

sebab saya.
heh.

updated: prone = cenderung ;)) [pensyarah UKM kenalah pandai dwibahasa ye tak?]

Tuesday, 30 June 2009

my.sister's.keeper.

Photobucket

masa penaip menaip bait-bait untuk blog ini, dagunya masih punyai titis-titis air mata yang belum kering.
tudung beliau habis basah.
mata beliau bengkak.

kerna cerita ini (tajuknya di atas nun).

dia dah lama nak tonton cerita ini.
habis sahaja sekolah, dia pulang ke rumah - solat dan makan.
kemudian langsung sahaja ke panggung.

dia mahu menangis tanpa sebab hari ini.
mesti menangis hari ini.

panggung penuh.
ramai gila orang perempuan.
yang lelaki samada nak teman girlfriend atau bini, yang bujang macam tiada aje.

siapalah yang mahu tonton cerita sedih begini?

penulis suka semua lagu-lagu dalam cerita ini.
mesti cari OSTnya.
banyak genre TAD rasanya.


penulis mahukan lelaki seperti Taylor Ambrose sebagai boifren beliau.
sangat sangat sangat mahukan lelaki seperti beliau.
tapi penulis mahu berkahwin dengan lelaki yang fizikal dan jiwanya seperti Brian Fritzgerald.


penulis mahu jadi sekental Sara Fitzgerald.
ego mencanak tinggi tapi fragile rupanya.


sepanjang cerita ini, dalam menangis penulis ketawa juga.
hidup ini indah rupanya.
penulis mahu hargai hidup beliau sebaiknya.

Ah! Si Jodi Picoult ini pandai sentuh-sentuh hati orang ye?

Friday, 19 June 2009

transformers.teretttettettttttttttttttt.

baru sampai rumah.
pukul 3 pagi sudah.
penat. kena tidur.
pagi nanti ada simposium. kena present.

cite transformers best.
panggung wayang di perth sangatlah kelakar.
skrin kecik, panggung pun kecik.
tapi full house.
80% adalah lelaki.
mungkin diorang mahu tonton megan fox.
yang baki 20% perempuan mungkin nak tengok bumblebee.

aku?

tengah jalan cerita dah tertidur.
salahkan PIC sebab amik seat belakang.
aku rasa kalau amik skrin wayang tu pastu letak kat umah aku, lagi puas tengok kot.

otw balik borak-borak dgn PIC.
hmmm... knp perth dengan dundee 20 minit aje eh?
nak nam jam bleh tak? :P

dah dah sila masuk tidur.
irfan, tunggu akak balik dari jalan-jalan.
nanti akak teman tengok wayang ok?