terjumpa lagu ni. lagu ni hits di korea. penyanyi ni femes generasi 90-an.
cakap banyak-banyak bukannya korang tahu pun (cuba berlagak mcm pernah duduk korea suatu masa dulu) hohohoho.
anyway.
bila dengar lagu ni saya teringat pada suatu masa yang bakal berlaku. ini bukan angan-angan. ini sesuatu yang hati saya cakap mesti akan berlaku.
cuma saya tatau bila aje.
kalau awak tengok (kalau nak tengoklah) MV di atas itu, saya rasa benda itu mcm betul2 jatuh atas kepala saya. wp lagu ni sedih menyentuh hati, bila saya dengar lagu ni saya tersenyum.
at least ada orang pernah rasa mcm ni dan buat lagu daripada pengalaman beliau.
saya tahu nanti kami akan berjumpa. rasa sesal itu pasti ada. tapi hidup harus terus.
dia bukan untuk saya. dan saya pastilah bukan untuk dia.
walaupun saya dengar-dengar dia mencari/dapat orang yang mcm saya, saya tak rasa terkilan pun.
saya bukan untuk dia. saya bukan untuk dia. saya bukan untuk dia.
saya tak tahu apa jadi pada saya minggu ini. abah dah balik, ada rasa sedikit kosong. kerja dah naik sedikit motivasi. semalam dapat result baik. itupun projek dari MR. Godzilla. kerja saya tak ke mana juga.
Mr. Godzilla minggu ni asyik ada dalam makmal aje. tengok kitorang buat kerja. borak-borak. sampaikan senior saya cakap 'pelik gila orang tu ada kat sini' tapi dia layan aje baik Godzilla tu.
anyway.
nak tahu surprise tak? kan entri saya sebelumnya bercakap tentang seorang manusia yang saya tak mahu nak ingat? tapi tiap-tiap hari sebelum tidur, saya mesti sebut nama dia tanpa sedar. dah jadi tabiat dulu-dulu, susah nak hilang.
matilah saya kalau bakal suami saya nanti dengar nama lain selain dari nama dia. skang saya prektis sebut nama bakal suami ke?
jun-chan, jun kun, eh - micky. masaki-kun? eyhhhh?
banyak sangat nama, manalah nak ingat.
anyway.
pagi tadi saya dapat text yang saya ingat macam dari abah. tapi bunyi text tu lain gila.
'masih di UK ke dah balik tanahair?'
huh? dalam mamai-mamai saya teka-teka pemilik nombor sapa tu.
oh, manusia yang nama dia selalu saya sebut sebelum tidur itulah.
saya pelik, sebab saya tahu dia dah laaamaaa gila tak baca blog saya.
saya tak kirimkan salam dari syurga pun kepada manusia tu, macam mana dia boleh nak teringat (dan lagi bagus, menghantar text pada saya?)
dan ironinya juga, semalam saya teringat soklan Kak M, 'kalau dia nak kat Amal balik, Amal nak tak balik kat dia?'
mestilah TANAK! saya dah ade boifren mata besar single eyelid, takkan nak kat manusia itu pula.
saya dah ada banyak gila plan dalam hidup saya. nak belajar bahasa Jepun, nak pergi Jepun, nak pergi Korea, nak lepak umah kawan saya di Mekah sambil buat umrah, nak buat bungee jumping kat NZ (wp saya altophobic), nak hiking dgn boifren mata besar single eyelid;
mana saya ada masa nak kenen-kenen dengan sesiapa? saya tak nampak lagi saya akan naik pelamin dalam masa terdekat ni. hohoho.
nak tahu tak jenis boifren yang macam mana yang saya katakan tadi? tengok ni:
dia manusia yang berdiri dua dari kiri, yang banyak cakap tu (bukan banyak nyanyi). manusia yang first sekali appear kat MV tu. nama dia micky. oh dia playboy tapi tanak kawen. baguslah. bolehlah buat partnership dengan saya. bagi saya kahwin itu bosan.
oh iye, ini lagu semangat saya untuk kali ini. ini versi rancak, versi piano dia yang kat atas tu lah. micky yang compose lagu ni. beautiful gila. saya dah angan-angan kalau duduk dengan dia, dia main piano, saya main gitar. mesti cool. hahaha! kalau ada anak, anak kami mesti pandai cakap jepun dengan english, walaupun mak melayu ayah korea. hahahaha!
1) autumn - lagu melankolik. macam lagu di atas tersebut. 2) kereta - abah 3) cokelat - adik gemuk saya :)) 4) mesin penimbang - saya? (sbb asyik naik aje berat badan) 5) youtube - super junior 6) internet - mysoju.com 7) TV - cerita scrubs? 8) lab - mr godzilla? 9) gitar - sungmin 10) daun luruh - autumn in my heart (tajuk cerita ni)
*agak-agak kalau saya buka satu lagi blog utk saya buat revision Jepun ok tak?*
saya tak boleh tidur. dah ambil ubat tidur tapi masih tak boleh lelap. mungkin kerana tengah duduk terkial-kial nak install software handphone yang makin kehabisan bateri. charger pula tiada sebab abah dah terambil bawa balik.
nasib baik terjumpa USB cable yang boleh charge phone. tapi sejam juga mahu mencari installer di internet dan setelkan semuanya. alhamdulillah tak perlu buang duit cari charger baru.
saya rasa saya tak boleh tidur kerana saya sedang mengalami anxiety. saya ada beberapa kerja mahu dibuat. sel saya pun kena tunggu beberapa hari lagi. ni mesti MR. Godzilla ingat saya tak mahu buat kerja lagi. bila saya nak tolong dia dalam projek baru dia, dia macam tanak saya involve.
ni lagilah buat saya rasa nak balik. saya ke library baca thesis senior kepada senior saya. saya dah aim sebelum akhir tahun ni saya mahu tulis/taip 30% dari thesis saya.
oh ye, orang dah gelar saya pelajar tahun tiga sekarang. saya kena lebih rajin. selalunya kalau di Malaysia tempat saya rajin adalah di perpustakaan. tadi saya lepak dua jam pun dah banyak saya dapat.
maka, saya mahu lepak perpustakaan selepas maghrib sehinggalah library tutup. siapa mahu join saya? tak kesahlah di hospital ataupun di kampus utama. kalau di Aberdeen, saya punya kawan selepak di library. saya suka walaupun tak bercakap-cakap sangat pun, at least ada muka yang saya senang pandang.