Saturday, 24 October 2009

hola.good.day.

Photobucket semangat! semangat!

saya tak tahu apa jadi pada saya minggu ini.
abah dah balik, ada rasa sedikit kosong.
kerja dah naik sedikit motivasi.
semalam dapat result baik.
itupun projek dari MR. Godzilla.
kerja saya tak ke mana juga.

Mr. Godzilla minggu ni asyik ada dalam makmal aje.
tengok kitorang buat kerja.
borak-borak.
sampaikan senior saya cakap 'pelik gila orang tu ada kat sini'
tapi dia layan aje baik Godzilla tu.

anyway.

nak tahu surprise tak?
kan entri saya sebelumnya bercakap tentang seorang manusia yang saya tak mahu nak ingat?
tapi tiap-tiap hari sebelum tidur, saya mesti sebut nama dia tanpa sedar.
dah jadi tabiat dulu-dulu, susah nak hilang.

matilah saya kalau bakal suami saya nanti dengar nama lain selain dari nama dia.
skang saya prektis sebut nama bakal suami ke?

jun-chan, jun kun, eh - micky. masaki-kun? eyhhhh?

banyak sangat nama, manalah nak ingat.

anyway.

pagi tadi saya dapat text yang saya ingat macam dari abah.
tapi bunyi text tu lain gila.

'masih di UK ke dah balik tanahair?'

huh? dalam mamai-mamai saya teka-teka pemilik nombor sapa tu.

oh, manusia yang nama dia selalu saya sebut sebelum tidur itulah.

saya pelik, sebab saya tahu dia dah laaamaaa gila tak baca blog saya.

saya tak kirimkan salam dari syurga pun kepada manusia tu, macam mana dia boleh nak teringat (dan lagi bagus, menghantar text pada saya?)

dan ironinya juga, semalam saya teringat soklan Kak M,
'kalau dia nak kat Amal balik, Amal nak tak balik kat dia?'

mestilah TANAK! saya dah ade boifren mata besar single eyelid, takkan nak kat manusia itu pula.

saya dah ada banyak gila plan dalam hidup saya.
nak belajar bahasa Jepun, nak pergi Jepun, nak pergi Korea, nak lepak umah kawan saya di Mekah sambil buat umrah, nak buat bungee jumping kat NZ (wp saya altophobic), nak hiking dgn boifren mata besar single eyelid;

mana saya ada masa nak kenen-kenen dengan sesiapa?
saya tak nampak lagi saya akan naik pelamin dalam masa terdekat ni.
hohoho.

nak tahu tak jenis boifren yang macam mana yang saya katakan tadi?
tengok ni:



dia manusia yang berdiri dua dari kiri, yang banyak cakap tu (bukan banyak nyanyi). manusia yang first sekali appear kat MV tu. nama dia micky. oh dia playboy tapi tanak kawen. baguslah. bolehlah buat partnership dengan saya. bagi saya kahwin itu bosan.

oh iye, ini lagu semangat saya untuk kali ini. ini versi rancak, versi piano dia yang kat atas tu lah. micky yang compose lagu ni. beautiful gila. saya dah angan-angan kalau duduk dengan dia, dia main piano, saya main gitar. mesti cool. hahaha! kalau ada anak, anak kami mesti pandai cakap jepun dengan english, walaupun mak melayu ayah korea. hahahaha!

angan-angan tak bleh blah.

anyway.

kalau nak dengar, klik PLAY. kalau tanak dengar sudah.