curi-curi makan biskut (tengah salahkan cuaca sejuk)saya tak boleh tidur.
dah ambil ubat tidur tapi masih tak boleh lelap.
mungkin kerana tengah duduk terkial-kial nak install software handphone yang makin kehabisan bateri.
charger pula tiada sebab abah dah terambil bawa balik.
nasib baik terjumpa USB cable yang boleh charge phone.
tapi sejam juga mahu mencari installer di internet dan setelkan semuanya.
alhamdulillah tak perlu buang duit cari charger baru.
saya rasa saya tak boleh tidur kerana saya sedang mengalami anxiety.
saya ada beberapa kerja mahu dibuat.
sel saya pun kena tunggu beberapa hari lagi.
ni mesti MR. Godzilla ingat saya tak mahu buat kerja lagi.
bila saya nak tolong dia dalam projek baru dia, dia macam tanak saya involve.
ni lagilah buat saya rasa nak balik.
saya ke library baca thesis senior kepada senior saya.
saya dah aim sebelum akhir tahun ni saya mahu tulis/taip 30% dari thesis saya.
oh ye, orang dah gelar saya pelajar tahun tiga sekarang.
saya kena lebih rajin.
selalunya kalau di Malaysia tempat saya rajin adalah di perpustakaan.
tadi saya lepak dua jam pun dah banyak saya dapat.
maka, saya mahu lepak perpustakaan selepas maghrib sehinggalah library tutup.
siapa mahu join saya? tak kesahlah di hospital ataupun di kampus utama.
kalau di Aberdeen, saya punya kawan selepak di library.
saya suka walaupun tak bercakap-cakap sangat pun, at least ada muka yang saya senang pandang.
apa lagi Kak M, mahu join saya?
opppsss....
sorry, terpecah rahsia :D