Sunday, 8 November 2009

hujung.minggu.yang.sejuk

Photobucket sedang mengalami intoxication yang sangat melampau.

saya berhujung minggu sebentar di Aberdeen.
Cik Wanis mahu masak katanya.
entah ape demam angin ribut dia nak masak tatau lah.

dia masak banyak untuk 20 orang.
tekun aje dia memasak sorang-sorang.
saja aje dia nak gemukkan saya yang dah naik 7 kilo ni.

oleh kerana hari Sabtu sangat cantik, saya mengajak kawan-kawan ke Winter Garden.
mana nak dapat cahaya matahari di waktu-waktu macam ni.
selepas makan, ke sana kemudian mencari DVD filem murah dan menarik untuk ditonton bersama.

maaf ye Cik Wanis, tak dapat nak buat night in party di rumah kamu.
anak-anak saya perlu pulang ke rumah malam tersebut.
lain kali kita buat lagi ok?
saya hutang kamu ddukbokki kan?
nabae pun kalau nak buat pun ok. hehehehehe.

Cik Wanis dan ibu mengandung 7 bulan (1 kilo = 1 bulan)

Kawan-kawan yang turut menjayakan outing kali ini.

Saturday, 7 November 2009

stand.by.u.

Photobucket di makmal, hari minggu.

seminit lalu saya berangan-angan.
suami saya pakai cermin mata tebal berbingkai hitam, berjenama XXX, berjaket longgar hitam suede biru hitam, berambut panjang sedikit dari biasa, berikat ke belakang, memeluk kawan beliau.

kawan lelaki.

yang saya suka dalam diam.

saya pandang kawan lelaki tersebut. dia dalam sibuk berbicara dengan sang suami melirik pada saya. matanya tersenyum.

hati saya senyum juga. tapi saya buat-buat sibuk.

dia sapa saya. saya angguk mesra. tak mahu terlalu mesra, tak mahu jadi awkward juga.

sang suami jemput makan bersama. saya masak biasa-biasa saja.

sambil makan, si kawan kata sedap! sang suami kata, carilah isteri macam tu. nak tahu si kawan cakap apa?

'yang aku nak dah kena ambil orang. nasib baik orang tu baik orangnya. kalau tak, aku rampas balik'

bila terdengar yang itu keluar dari mulut dia, saya rasa nak tersembur. minum air banyak-banyak. sang suami kata 'daijoubu desu ka?' (ok ke?)

selesai sahaja minum kopi dan borak segala, si kawan minta permisi. ada kerja rasanya mahu buat. sambil saya meneman sang suami ke pintu pagar, dia sempat melirik pada saya. saya berpaut pada lengan sang suami. tak mahu dia tahu.

malam itu saya tak boleh tidur. golek sana golek sini. tapi mata tak mahu pejam. bodohlah perasaan ini. tiba-tiba satu text masuk.

'terima kasih kerana malam ini. makanan sedap. untung 'sang suami' =)'

saya tak balas. saya rasa awkward. tapi rasa tak hormat pula jika tidak menjawab.

'terima kasih. masakan biasa-biasa saja. cepat-cepatlah cari isteri ye? boleh rasa masakan sedap-sedap lagi'

tak sampai 50 saat satu text baru masuk.

'susah tu. yang paling sedap masakan mak saya. yang kedua - awak. macam mana ni?'

ok, ini sudah pelik. saya pun tak jawab. saya ke dapur, panaskan susu. makan ubat. dan cuba untuk tidur.

saya sayang suami saya. tapi saya mungkin cinta si dia. atau itu hanyalah perasaan gila semata?

****

missCC! buat kerja boleh? jangan nak berangan-angan pagi-pagi buta ni!

Saturday, 31 October 2009


itza HALLLLOWEEEEEEEEN! xD

Friday, 30 October 2009

sebelum.terlupa.

Photobucket sedang menonton You're Beautiful.

Quote:

'bulan itu tak sehebat bintang-bintang di sekelilingnya. ianya hanya mampu bersinar atas bantuan matahari. tapi selemah-lemah bulan, dalam banyak-banyak bintang yang bersinar, aku hanya mampu menghargai cantiknya bulan"

paham tak maksud tersirat ayat ini?

xD

hari.ini.sangat.cantik.

Photobucket sedang menepukan minda beliau.

salam bahagia.
berjumpa kita sekali lagi.

hari ini hari tohishinki sedunia.
hari lagu balada sedunia.
dunia saya ajelah :P

semalam seharian saya tiada di rumah.
dari kol 6 pagi sampai kol 11 malam - macam2 benda saya buat.

semalam ada kelas dari pagi hingga petang.
rasa nak rehat2 dari pergi sekolah, saya pergi kelas motivasi.

speaker tu bolehlah tahan banyak cakap.
dia ni lulusan PhD zoologi tapi lagi suka buat mende yang bukan berkaitan dengan haiwan.

dia kata subconcious mind kita lagi powerful dari concious mind kita.
tu sebab kita banyak mimpi.
tu sebab kita selalu cakap, 'eh? dejavu ke ni?'

sebab minda kita banyak sangat fikir.

semalam dia cakap juga subconcious mind kita yang boleh buat kita jadi orang yang macam mana.
contohlah - kalau kita kata kita ni pemalas - sebenarnya kita memberitahu otak kita yang kita ni pemalas.
sebenarnya kita bukanlah pemalas pun.

dia buat ujian.
dia kata kalau dia sebut satu perkataan - apa yang saya akan fikir berdasarkan perkataan tersebut.

dia cakap 'FRUIT'
orang lain semua macam fikir epal la, banana la.
saya?
saya fikir alangkah baiknya kalau saya makan banana yang senior saya bawak gi sekolah hari sebelumnya.

pastu bila dia cakap EPAL, orang lain semua respons - epal merah, epal hijau.
saya?

dalam otak saya keluar perkataan 'RINGO'

(nota: ringo maksudnya epal dalam bahasa jepun)

dia kata otak manusia yang normal akan sentiasa fikirkan sesuatu yang grafik.
tapi saya fikirkan perkataan.

adakah saya tak normal?

semalam dia suruh semua orang buat point berdasarkan satu topik yang dia akan sebut.
semua orang buat bullet points melainkan SAYA.

saya buat mind mapping.

dia nampak saya buat mapping. pastu dia cakaplah 'orang normal (95%) akan buat bullet points tapi dia tidak' - sambil angkat kertas saya dan tunjuk kat semua orang.

SAYA BEBETUL TAK NORMAL KE?

kemudian dia suruh membaca dengan tekun, dengan lajunya; dengan teknik yang betul.
orang lain dapat baca dalam lebih kurang 400-500 perkataan seminit, cuba teka saya dapat berapa?
1000 perkataan seminit.

walaupun saya asyik kata pada semua orang yang saya ni slow reader.

saya rasa saya bebetul tak normal.