Sunday, 30 August 2009

menarik.hujung.minggu.ini.





Photobucket micha-micha futtoteru (sangat-sangat GEMUK!!!)

saya suka orang datang umah saya.
lepak umah saya.
makan-makan kat umah saya.
sebab saya suka masak untuk orang.

kalau saya duduk sorang-sorang. saya masak, saya makan satu sudu dua, pastu saya simpan sampai berkulat.
kalau ade orang datang rumah, makanan cepat habis, saya suka.

tamu kali ini adalah Cik Nunu.
saya rasa (ni saya rasalah) dia nak spend masa dengan saya sebelum dia balik Malaysia for good.
hohohoho! nak kena nanges ke NUN?
adeilah. hati saya kering skang ni.

oh, aritu Cik Nunu request Oreo Cheesecake.
saya google kat net, dan buat kek tu macam pakar kek yang jarang-jarang buat kek.
base kek masin (guna digestive biscuits rather than rich tea biscuits) dan berlemak gila.

tapi saya suka. nunu pun suka. kawan-kawan nunu pun suka.
baguslah tu.

pastu nunu nak makan roti john pula.
kali ni siap beli mince meat dari kedai halal.
orang puasa, kita kena entertain ye tak?
hehehhe.

adeilah. asik pk pasal makanan aje, mana tak gemuk?
cadangan nak menari dengan lagu-lagu Jpop dengan Kpop macam tak berhasil aje.
badan makin gemuk.
puasa pun tak membantu.
baju raya pun tak beli lagi (macam Jalan TAR tu depan umah aje nak pergi beli-beli baju kurung ni)

ah bebel banyak sgt ni.
nak tidur. mahu gemukkan lagi badan.

Saturday, 29 August 2009

mari.mari.mari.

Photobucket hari ini sangat cantik :D

alhamdulillah hujung minggu datang kembali.
masuk hari ini dah hari kelapan berpuasa ye?
setelah beberapa hari asyik kurang tidur dan kurang rehat, hari ini berjaya bangkit lewat dari yang biasa.
pola tidur pula semakin sudah stabil.
hati pun senang.
tapi oleh kerana badan disetkan untuk tidur sebanyak 4-6 jam aje sehari (berbanding 8 jam seperti biasa) hari ini badan terjaga dengan sendiri tanpa perlu dikejutkan.

saya gembira.
sebab hati saya tenang.
sebab mimpi Masaki.

hahahaha. tak bleh blah.

bila saya gembira saya makan banyak.
saya rasa juga, saya jadi gembira sebab saya makan banyak.
rasa nak makan aiskrim la, biskutlah, cokelatlah.
tu yang hormon serotonin mencanak naik tu.

hari ini saya balik kampung, insha'Allah.
nak raikan Cik Nunu nak balik Malaysia for good.
bukannya tak jumpa dia pun nanti, saja nak menggedik balik kampung walaupun hanya sebentar.
tiba-tiba rasa macam nak ajak Masaki pandu kereta BMW 5 series/Audi TT / Mercedes SLK balik kampung.
oh mungkin bukan Masaki kot yang drive. takut-takut nanti dia langgar tiang lampu pula.
(gomen ne, otousan - suamiku, minta maaf ye?)

btw - semalam masa chat dengan adik saya, tiba-tiba dia bagi pesanan dari penaja (sugar daddy):

"sila kuruskan badan. kalau tak, tiada siapa pun nak kawen. kang jadi andartu nanti"

OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!

oh sila berikan pesanan ini balik kepada penaja:

  • saya tak rasa nak kawen sekarang. tapi saya nak Masaki dengan Ryu.
  • saya peduli ape saya gemuk. bak kata Miss Lam, asal jantung boleh berdegup kira oklah tu.
  • saya tak suka jadi perempuan-perempuan kat Malaysia yang petit dan keding nak mati. Wey, KURUS TAK CANTIK TAU!
  • yang suka perempuan-perempuan kecik2 dan keding2 tu lelaki Melayu aje. saya nak kawen dengan foreigner. hohohohoho! boleh kan? still support Eastin/Tropicana kan?
  • dah dah. suh kurus lagi, saya tanak balik Malaysia. hohoranda!

Friday, 28 August 2009

iklan.

Photobucket nak MASAKI! nak MASAKI!
tak kira. tak kira gak.

saya dah fikir nama anak dah ni.

AIBA M. RYU - kalau dia lahir kat Jepun.
Kalau lahir kat Malaysia - Muhammad Ryu Masaki.

NAK MASAKI! =(


Wednesday, 26 August 2009

tanda.tanda.dia.perlu.ke.jepun.SEKARANG!

1) bila ada orang tanya pada dia apa translasi 'persilakan' ke bahasa Inggeris, dia menjawab 'DOZO'
2) bila dia pulang ke rumah, walaupun takde orang - dia akan jerit kuat-kuat 'TADAIMA!'
3) stok sup miso mesti ada dalam peti ais rumah beliau.
4) sebut maguro instead of tuna!
5) menyanyi lagu jepun semacam bahasa itu bahasa kelahiran beliau.
6) bila dia memetik butang tv di rumahnya, dia hairan 'kenapa semua orang kulit putih aje? tak mata sepet pun'
7) lagu 'radio' beliau adalah kebanyakannya lagu-lagu jepun.
8) beliau telah study nama-nama prefecture (kalau kat UK - shire; kalau kat Malaysia errr tatau?) di Jepun.
9) Beliau mengatakan pada Cik Huda - 'Kalau Sho dari kumpulan Arashi ade girl friend (baru gf pun, bukan kawen lagi) aku nak kawen, aku nak rebound' bakareyo!
10) sudah tidak kisah sunburnt sebab dia merasakan dark itu menawan. hahahaha. (ini merujuk pada MatsuJun bukan Ohchan)

*oh semalam saya bertanyakan Cik Huda - kenapa budak 5 ekor ni kurus keding aje? sekarang baru saya tahu jawapannya. Tokyo merupakan bandar paling mahal di dunia! patutlah diorang kerja bagai nak mati tapi duk kejar kupon restoren ramen aje :))

Tuesday, 25 August 2009

teka.teki.

benda yang saya rasa nak taip hari ini.

1) kalau terasa malas buat kerja, masa terdetik perkataan malas tu, sila ubah posisi kedudukan anda. kalau duduk, sila bangun. kalau baring, sila bangkit. dan terus buat kerja.

2) bangun pagi awal-awal. kerja akan mudah siap kalau macam tu. kurang tidur takpe. asal kerja siap.

3) kalau rasa stress atau demotivated, tengok cermin. sila nangis. cakap dengan diri sendiri : anda boleh buat. anda boleh buat. hypnotism yang saya belajar dari program Arash-i.

4) saya syukur sangat saya jadi seorang muslim. fundamentalist muslim. bila Ramadhan, kemusliman saya terserlah memancar dan saya berbangga dengan itu. dan saya harap kemusliman saya akan kekal sampai saya mati.

5) pelik atau tidak, saya nak Arash-i jadi muslim. tatau kenapa. dengan kafir lain tak fikir mcm tu. kita tak boleh riak dengan kafir lain walaupun kita muslim. sbb kita tatau bila kita mati kita akan jadi muslim atau tidak. kita doakan yang terbaik ye?

6) seberat-berat hati saya memikirkan segala mcm benda duniawi, saya rasa tenang. walaupun saya terpaksa korbankan masa tidur saya, saya rasa tenang. anxiety tapi tenang. ayat oxymoronic.

7) berpuluh-puluh kali saya dengar lagu Arash-i 'be with you' - berpuluh-puluh kali saya kata dengan diri saya, JANGAN MENANGIS!

8) dah itu aje. nak taip banyak-banyak saya mengantuk.