benda yang saya rasa nak taip hari ini.
1) kalau terasa malas buat kerja, masa terdetik perkataan malas tu, sila ubah posisi kedudukan anda. kalau duduk, sila bangun. kalau baring, sila bangkit. dan terus buat kerja.
2) bangun pagi awal-awal. kerja akan mudah siap kalau macam tu. kurang tidur takpe. asal kerja siap.
3) kalau rasa stress atau demotivated, tengok cermin. sila nangis. cakap dengan diri sendiri : anda boleh buat. anda boleh buat. hypnotism yang saya belajar dari program Arash-i.
4) saya syukur sangat saya jadi seorang muslim. fundamentalist muslim. bila Ramadhan, kemusliman saya terserlah memancar dan saya berbangga dengan itu. dan saya harap kemusliman saya akan kekal sampai saya mati.
5) pelik atau tidak, saya nak Arash-i jadi muslim. tatau kenapa. dengan kafir lain tak fikir mcm tu. kita tak boleh riak dengan kafir lain walaupun kita muslim. sbb kita tatau bila kita mati kita akan jadi muslim atau tidak. kita doakan yang terbaik ye?
6) seberat-berat hati saya memikirkan segala mcm benda duniawi, saya rasa tenang. walaupun saya terpaksa korbankan masa tidur saya, saya rasa tenang. anxiety tapi tenang. ayat oxymoronic.
7) berpuluh-puluh kali saya dengar lagu Arash-i 'be with you' - berpuluh-puluh kali saya kata dengan diri saya, JANGAN MENANGIS!
8) dah itu aje. nak taip banyak-banyak saya mengantuk.