



micha-micha futtoteru (sangat-sangat GEMUK!!!)saya suka orang datang umah saya.
lepak umah saya.
makan-makan kat umah saya.
sebab saya suka masak untuk orang.
kalau saya duduk sorang-sorang. saya masak, saya makan satu sudu dua, pastu saya simpan sampai berkulat.
kalau ade orang datang rumah, makanan cepat habis, saya suka.
tamu kali ini adalah Cik Nunu.
saya rasa (ni saya rasalah) dia nak spend masa dengan saya sebelum dia balik Malaysia for good.
hohohoho! nak kena nanges ke NUN?
adeilah. hati saya kering skang ni.
oh, aritu Cik Nunu request Oreo Cheesecake.
saya google kat net, dan buat kek tu macam pakar kek yang jarang-jarang buat kek.
base kek masin (guna digestive biscuits rather than rich tea biscuits) dan berlemak gila.
tapi saya suka. nunu pun suka. kawan-kawan nunu pun suka.
baguslah tu.
pastu nunu nak makan roti john pula.
kali ni siap beli mince meat dari kedai halal.
orang puasa, kita kena entertain ye tak?
hehehhe.
adeilah. asik pk pasal makanan aje, mana tak gemuk?
cadangan nak menari dengan lagu-lagu Jpop dengan Kpop macam tak berhasil aje.
badan makin gemuk.
puasa pun tak membantu.
baju raya pun tak beli lagi (macam Jalan TAR tu depan umah aje nak pergi beli-beli baju kurung ni)
ah bebel banyak sgt ni.
nak tidur. mahu gemukkan lagi badan.