Thursday, 29 July 2010

cheesy.

Photobucket penat masih berbaki.

ni dialog dalam mimpi pagi tadi.
siyes tak bleh blah.
saya tak pernah pun dgr dialog ni kat mana2 drama lagi ni.
so kalau nak cilok, dipersilakan.

ok, ini bukan dialog, sbb kalau dialog mesti ada dua pihak kan?
yang lagi tak bleh blah, ayat ni terkeluar dari mulut saya.

cuba lihat awan tu, cantik kan? mana nak dapat awan macam ni dari sana?
dalam mimpi tu, saya nak expresskan pada seorang lelaki yang hendak terbang jauh dari saya. masa tu takde apa-apa pun hubungan dengan dia. tapi saya rasa bila saya dah sebut mcm tu, sebenarnya saya ada hati dengan dia dan tak mahu dia pergi.

dia gelak. masa tu rasa malu sgt dan nak hentak aje kepala mamat tu. aku tengah confess cinta kat ko tahu tak?

ah! terjaga lagi! memang tidur waktu penat ni mimpi pun jadi mereng sket.

Wednesday, 28 July 2010

yume. (mimpi)

Photobucket tsukaretaaaaa! (penat!)

saya tatau macam mana kawan saya yg buat PhD kat Jepun boleh tahan semua benda ni.
dia pergi sekolah kol 10 pagi.
sebelum tu, rutin pagi2 breakfast sambil baca jurnal.

sampai aje sekolah buat keje.
mungkin sebab takut pada pakcik sebelah meja dia adalah salah seorang penyelia beliau maka dia buat keje rajin2.

solat pun sorok2 (rasanya)
bila-bila chat dengan dia, dia selalu kata 'kat makmal ni ramai org lagi, lagipun buchou (kira mcm bos dia) tak balik lagi.'
dan masa tu kol 10 malam.

pukul 12 tengah malam barula dia berangkat pulang.
dan rutin tu pusing2 lima hari seminggu.

saya dah cuba benda mcm tu start dari minggu lepas.
dalam hati dalam kepala asyik motivasi 'nak balik raya, nak balik raya'
tapi dah sampai hari rabu saya rasa dada rasa mcm nak meletup.
'aduh!' sambil tangan letak kat dada belah kiri mcm drama melayu bila-bila sang ayah mendengarkan berita buruk tentang anaknya.

semalam memang kemuncak penatlah.
penat sampai satu tahap tak boleh nak tidur.
penat sampai tahap badan semua dah panas.
kalau dalam kartun muka dah merah-merah macam nak meletup dah.

tapi tak meletup lagilah.

pagi tadi saya mimpi pelik.
saya mimpi beraya rumah kak maziah kat mesia.
ada bak, ada irfan main2 kat ruang tamu.

pastu tiba-tiba saya tgk diri saya, saya pakai baju kebaya cokelat.
slim ok ?! (sgt tak percaya tgk diri sendiri slim wp dalam mimpi)
pastu saya nampak seseorang, pakai baju melayu warna cokelat.
saya tak kenal nama dia, dia pandang aje saya.
badan dia sedap2. kulit kuning langsat. tinggiiii...

dia senyum kat saya.
mcm dalam keramaian tu dia seakan-akan nak menarik perhatian saya.
mcm biasa, saya buat bodoh ajelah.

tiba-tiba ada seorang kawan lama (dari MRSM ke Matrik) ajak saya beraya rumah kawan baik saya masa kat Matrik dulu. nama dia Mr. A. nama lebih kurang i aje.

tiba-tiba terkejut kenapa nak beraya rumah Mr. A?? bini dia ajak ke?
tapi dah orang ajak pergi ajelah kan?

pastu...

jejaka berbaju melayu cokelat datang pada saya.
dia senyum.
takde petah bicara.
mukanya samar2 aje.
dia nampak manis bila senyum.

dia kenal sayakah?

****
terbangun pagi tadi rasa mcm nak sambung mimpi (leh plak nak sambung2 mimpi) tapi kena pergi sekolah.

pastu dalam perjalanan ke sekolah tadi saya terjumpa seorang mamat yang tinggi mata sepet badan sedap2.

omg! tiba2 hati saya berdegup kencang.

kenapa awak tak pergi sekolah kat hospital mcm saya?
saya nak nombor telefon awak boleh?;))

Friday, 23 July 2010

dialog.doki.doki.

Photobucket tengah kyaaaa~! tak bleh blah!

P: perempuan, L: lelaki

P: tadi aku duduk sorang-sorang kat bus stop, aku nampak sepasang kekasih kongsi aiskrim 50sen. itu pun aku nak jeles. kenapa aku tak boleh rasai kebahagiaan macam tu?

L: skejap ye? aku nak pergi beli aiskrim. aku beli yang harga seringgit ye?

omg, sang lelaki - anda sangat bagus dalam memberi hint.
omg sang perempuan - hint anda tak bleh blah ok?!

****

hari dah jumaat.
berkira-kira mcm nak lepak di Aberdeen.
tapi keta rosak.
keta lagi satu on loan.
so kaki terikat takleh gi jauh2.

keje rumah pula tak siap.
tapi saya dah berazam tak mahu masuk sekolah waktu hujung minggu sebab nak enjoy aje musim panas ni.
kawan-kawan ajak main2 volleyball kat tepi pantai sekali dgn BBQ.

saya berbelah bahagi nak pergi ke tanak.
last-last saya dengan separuh hatinya menolak pelawaan diorang.

dengan hati doki-doki (baru aje lepas tengok KNG kat internet) saya pun pulang ke rumah.
sampai aje rumah tengok-tengok ada parcel baru sampai! XD


bagus betul, tepat aje buku ni datang bila masa saya rasa nak nanges sbb tak dapat kuar jalan-jalan.
malam ni gak saya nak abihkan baca buku ni.
asyik doki-doki tengok cite korea, saya nak doki2 dengan cite melayu pula.
terima kasih TAD sebab sanggup cari masa poskan benda alah ni walaupun dia sibuk sangat dengan kerja beliau (sila hubungi saya di FB ok?)

oh, saya juga baru aje dapat kasut raya saya.
baju pun belum beli dah beli kasut raya.
kasut saya tahun ni warna olen olen.
saya sangat suka sebab dah lama asyik mengidam nak pakai kasut mcm ni.


seksi ok?
kalau pakai tights dan pakai kasut ni gi clubbing mesti hawt!

anyway - weekend ni saya masuk sekolah macam biasa.
kalau saya tak masuk sekolah macam mana saya nak balik raya? nak jumpa adik comel saya?
haih, dia kamikaze dah tak online sbb nak buat persediaan PMR.
saya ni? asyik tengok drama korea/jepun aje.
fokus kerja boleh tak?

mana boleh saya nak kalah dengan adik saya...

oh adik, saya rindu kamu~!!!!

oh ada lagi satu dialog yang buat saya nak jerit "cheesy tak bleh blah!" tapi boleh jugak bagi idea kat lelaki yang nak mengurat.


"saya berikan jam ni pada awak supaya bila saya lihat awak pakai jam ni membuatkan saya rasa kita berada di waktu yang sama dan memberikan saya semangat utk hidup"

OMGGGGG!

Thursday, 22 July 2010

uikkk.

Photobucket tiada rasa.

pagi itu saya ke sekolah seperti biasa.
bangkit tidur, sediakan bekal untuk tengah hari nanti dan terus ke sekolah.
keluar sahaja rumah sudah perasan pokok-pokok di depan tangga sudah hilang.

hmm.. biarkan aje, jawab hati.

pulang dari sekolah cuba-cuba buka pintu, KUNCI.
pandang tingkap rumah orang sebelah - KOSONG.

patutlah sejak kebelakangan ni tiada bunyi dari sebelah.
rupanya mereka sudah pergi.
mungkin sudah sambut kehadiran ahli keluarga baru, maka rumah pun perlu bertukar menjadi baru juga.
baguslah, saya tak larat nak mendengar suara yang menyakitkan hati waktu malam-malam.
nak tidur! susukan saya! tukar lampin saya!
haih, belum masanya untuk saya lagi.

pintu terkunci.
saya cuba membuka dengan kunci yang ada - GAGAL.
saya cuba hubungi org itu ini sana sini - masih GAGAL.
saya fikir-fikir mahu terus tidur di sekolah aje.
di tangan ada daging mentah.
jikalau di sekolah ada dapur kan bagus, cuma tinggal takde katil kosong ajelah untuk saya.

saya penat, saya lapar.
akhirnya jiran belakang rumah menyahut.
masih cuba untuk dapatkan kunci tapi masih GAGAL.

saya penat, saya lapar.
dan saya rasa mahu tidur.
oleh kerana jiran mahu keluar tonton wayang, saya ikutkan aje.
entah kenapa, saya rasa mahu tidur di kerusi empuk itu, sambil-sambil bersila.
pelik, saya tahu.

tapi, sampai sahaja di sana, saya lebih tumpukan pada skrin.
bukan sebab si leonardo yang hensem itu, tapi mungkin sbb saya rasa cerita di hadapan saya lebih seronok dilihat daripada melelapkan mata.
akhirnya, saya berjaga sepanjang tempoh penayangan.

saya pulang ke rumah jiran.
saya penat, saya lapar.
di tangan saya ada daging burger.
saya mahu makan tapi saya mahu tidur.
takpela, makan aje lah, lagipun jiran tak marah.

jiran suruh buat macam rumah sendiri.
masak-masak itu bagi saya sudah biasa.
tarik periuk mana yang patut, masak ajelah.

lepas makan sambil tonton tv, saya (disuruh) buat-buat ruang tamu seperti rumah saya sendiri.
saya golek ke kiri, golek ke kanan.
masih tak boleh tidur.
tempat baru agaknya.

bila sudah pagi, saya perasan badan saya sakit.
bukan kerna lantai keras atau apa, saya perasan badan saya terjaga 20 kali golek ke kiri dan ke kanan. mimpi yang bukan2 pulak tu.

bila pagi, saya mencari kunci.
nasib baik agen baik beri satu set terus.

bila hilang satu masalah, satu lagi masalah datang.
kereta saya pula rosak.
haih, hidup saya memang selalu susah berbanding senang.
mungkin sebab bila2 saya senang saya lupa Tuhan.
mungkinlah.

seharian saya tidak ke sekolah. tak tahu kenapa tapi tidak punya dayaa berbuat apa-apa.
mana entah perginya Amal yang super rajin itu.

jap lagi saya datang balik, nak pergi cari si Amal rajin tu.
woi balik woi, hari dah senja!

Tuesday, 20 July 2010

monolog.

resah.
gelisah.

tidurnya tidak lena, asyik teringat pada si dia.

dia teringat memori lama, meniti kembali sarang pemikiran sibuknya itu.
kenapa ia datang? aku tidak mengundangnya sama sekali.

dia tidak keruan.

telefon flipnya dibuka tutup.
petanda resah bertamu di kalbu.

apa yang dia fikirkan?
ruang kosong meruntun kekusutan datang menjengah.

kakinya terus berjalan.
hidupnya perlu diteruskan.

mengapa rasa resah ini terus berkumandang?

ah, laluan memori ini terlalu manis untuk ditelan, terlalu pahit untuk dicerna.

kaki masih melangkah.

jiwa masih kacau.

jalan manakah akan membawanya pergi?
dari utara ke selatan berpusing ke timur dan ke tenggara?

dia pura-pura buta.
dia cuma melelapkan mata sambil mencuba pendengaran hatinya.
ada kamu dengar apa-apa?

ah! kalut lagi isi hati ini.
dia mendengar dengan penuh tekun.
sekejap bunyian itu nyaring. sekejap ianya menghilang jauh.
kemudian bikin bingit lagi.

ibarat molekul bergetar pada pusat gravitinya sendiri.
dia berpusing dan terus berpusing sehingga hilang arah tumpuan.

dia kebas.

bunyi itu sudah hilang.
laluan itu semakin berduri.
kakinya sudah berhenti melangkah.

dia pandang kiri dia pandang kanan.

tiada apa-apa.

karutlah! ke manakah harus aku pergi?
ke kanan tiada jalan, ke kiri penuh duri.
di depan jalan mati.
haruskah aku berundur ke belakang ke zaman gelap itu?

aku berdiri senyap-senyap.
aku menunggu peluang itu datang.

sikit aje lagi.
sikit aje lagi.