Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Monday, 25 October 2010

yume.

Photobucket terjaga pagi-pagi buta.

saya mimpi pelik arini.
jarang gila saya mimpi pelik (yang saya boleh ingat sampai terjaga) dan terjaga awal-awal pagi melainkan kalau saya tak solat isha' lagi.
pastu ada text masuk pagi-pagi buta.
takleh nak bagi orang rest ke?

pastu dan dan bila terjaga ternampak best fren saya bagi msg kat YM!
haha, mcm taw taw aje saya terjaga.
chemistry kata beliau. haih.

oh saya bangun aje tadi saya tetiba nak makan nasi pilau kat masjid edinburgh.
pelik tapi benar. ke nasi pilau kedai kebab mahal berdepan dengan masjid edinburgh?
sbb ada lauk dada ayam.
haih, orang gemuk kalau mimpi pun pasal makan; maknanya kena diet ni.

saya mimpi saya berjalan dan berjalan dengan cik hudie_hud. pastu ganti-ganti dengan best friend saya cik puan farah.
dengan cik hudie_hud saya nampak kemalangan berlaku.
naik bukit yang xbape tinggi pastu nampak ikan bela yang sangat comel. ikan laga ada, ikan emas ade. warna-warni.
tapi masa tu, owner kedai xde - so cik hudie_hud tinggalkan nota yang kami akan datang balik.
pastu saya ajak dia gi makan briyani. (tgk, makan lagi)
oleh kerana tak banyak kedai yang jual lauk ayam goreng untuk briyani, kami gi beli kat kedai hujung skali yang tak ramai customer. masa tu cik hudie_hud bertukar menjadi cik puan farah. hahaha!

lepas cakap2 dan ngurat mamak untuk bagi kitorang diskaun untuk nasi briyani, tiba2 saya terjaga. dan tetiba lapa briyani ;( mana nak cari briyani tgh2 pagi buta ni? kalau saya mengandung confirm saya kejutkan suami dan teman saya masak. [nak ke suami saya teman saya? dia lagi suka tido ne? - eyh jap. sape suami saya? :))]

ah! kena gi sekolah awal arini. tak cukup tido :(

Wednesday, 18 August 2010

fa.ja.

ni saya dapat dari interview seorang artes korea yang sangat pemalu (lelaki) dengan sekumpulan artis perempuan yang sedang melonjak nama.

(IV- interviewer; GG- girl's group, L-artes lelaki)

IV: aku dapat tahu ada seorang perempuan kumpulan ni suka sangat kentut. sapa dia?
GG: tunjuk pada seorang perempuan dalam kumpulan itu.
IV: apa pendapat L tentang ini? (maksudnya perempuan tak boleh kentut di khalayak ramai)
L: *sambil muka merah* tak apa. saya ok aje. manusia kena kentut. saya suka kentut banyak-banyak. (sambil pandang perempuan yang 'suka' kentut itu)

ok, saya suka mamat ni. nak jadikan dia artes of the month tapi saya masih rindukan kim nam gil.

oh, photobook narimiya dah sampai ke pangkuan. tak nak upload lagi gambar buku itu demi menghormati bulan puasa (tak boleh blah). lawak aje bila nak belek2 buku tu kena buka mata separuh takut2 ada gambar2 yang tak sesuai dilihat ketika bulan Ramadhan. tapi so far, takde (lah sangat!) yang mencucuk mata dan jiwa raga. haha!

oh tadi saya mimpi, saya naik lif berkaca dengan leonardo dicaprio. mula-mula saya gayat tapi lama2 saya tengok indahnya pemandangan kat luar. skali dah lama sangat berada dalam lif tu, lif tu jatuh dengan sendirinya. tatau saya survive ke tidak. last time saya mimpi masuk kelas berenang yang terjun dari tinggi. oleh kerana saya gayat dan air cetek saya tak jadi terjun. entah kenapa orang sebelah saya terjun dan mati di tempat kejadian (tiru ayat surat khabar). saya asyik mimpi tempat tinggi aje skang ni. orang kata mungkin sebab something buruk nak datang.

pastu saya mimpi senior lab saya. saya nak ajak dia makan masakan Melayu. pastu entah kenapa lupa nak jemput dia lepas dah siap masak.

kenapa saya banyak sangat mimpi ni? tidur tak basuh kaki ke atau makan banyak sgt sebelum tidur?

Thursday, 29 July 2010

cheesy.

Photobucket penat masih berbaki.

ni dialog dalam mimpi pagi tadi.
siyes tak bleh blah.
saya tak pernah pun dgr dialog ni kat mana2 drama lagi ni.
so kalau nak cilok, dipersilakan.

ok, ini bukan dialog, sbb kalau dialog mesti ada dua pihak kan?
yang lagi tak bleh blah, ayat ni terkeluar dari mulut saya.

cuba lihat awan tu, cantik kan? mana nak dapat awan macam ni dari sana?
dalam mimpi tu, saya nak expresskan pada seorang lelaki yang hendak terbang jauh dari saya. masa tu takde apa-apa pun hubungan dengan dia. tapi saya rasa bila saya dah sebut mcm tu, sebenarnya saya ada hati dengan dia dan tak mahu dia pergi.

dia gelak. masa tu rasa malu sgt dan nak hentak aje kepala mamat tu. aku tengah confess cinta kat ko tahu tak?

ah! terjaga lagi! memang tidur waktu penat ni mimpi pun jadi mereng sket.

Wednesday, 28 July 2010

yume. (mimpi)

Photobucket tsukaretaaaaa! (penat!)

saya tatau macam mana kawan saya yg buat PhD kat Jepun boleh tahan semua benda ni.
dia pergi sekolah kol 10 pagi.
sebelum tu, rutin pagi2 breakfast sambil baca jurnal.

sampai aje sekolah buat keje.
mungkin sebab takut pada pakcik sebelah meja dia adalah salah seorang penyelia beliau maka dia buat keje rajin2.

solat pun sorok2 (rasanya)
bila-bila chat dengan dia, dia selalu kata 'kat makmal ni ramai org lagi, lagipun buchou (kira mcm bos dia) tak balik lagi.'
dan masa tu kol 10 malam.

pukul 12 tengah malam barula dia berangkat pulang.
dan rutin tu pusing2 lima hari seminggu.

saya dah cuba benda mcm tu start dari minggu lepas.
dalam hati dalam kepala asyik motivasi 'nak balik raya, nak balik raya'
tapi dah sampai hari rabu saya rasa dada rasa mcm nak meletup.
'aduh!' sambil tangan letak kat dada belah kiri mcm drama melayu bila-bila sang ayah mendengarkan berita buruk tentang anaknya.

semalam memang kemuncak penatlah.
penat sampai satu tahap tak boleh nak tidur.
penat sampai tahap badan semua dah panas.
kalau dalam kartun muka dah merah-merah macam nak meletup dah.

tapi tak meletup lagilah.

pagi tadi saya mimpi pelik.
saya mimpi beraya rumah kak maziah kat mesia.
ada bak, ada irfan main2 kat ruang tamu.

pastu tiba-tiba saya tgk diri saya, saya pakai baju kebaya cokelat.
slim ok ?! (sgt tak percaya tgk diri sendiri slim wp dalam mimpi)
pastu saya nampak seseorang, pakai baju melayu warna cokelat.
saya tak kenal nama dia, dia pandang aje saya.
badan dia sedap2. kulit kuning langsat. tinggiiii...

dia senyum kat saya.
mcm dalam keramaian tu dia seakan-akan nak menarik perhatian saya.
mcm biasa, saya buat bodoh ajelah.

tiba-tiba ada seorang kawan lama (dari MRSM ke Matrik) ajak saya beraya rumah kawan baik saya masa kat Matrik dulu. nama dia Mr. A. nama lebih kurang i aje.

tiba-tiba terkejut kenapa nak beraya rumah Mr. A?? bini dia ajak ke?
tapi dah orang ajak pergi ajelah kan?

pastu...

jejaka berbaju melayu cokelat datang pada saya.
dia senyum.
takde petah bicara.
mukanya samar2 aje.
dia nampak manis bila senyum.

dia kenal sayakah?

****
terbangun pagi tadi rasa mcm nak sambung mimpi (leh plak nak sambung2 mimpi) tapi kena pergi sekolah.

pastu dalam perjalanan ke sekolah tadi saya terjumpa seorang mamat yang tinggi mata sepet badan sedap2.

omg! tiba2 hati saya berdegup kencang.

kenapa awak tak pergi sekolah kat hospital mcm saya?
saya nak nombor telefon awak boleh?;))

Wednesday, 28 April 2010

bila.bila.mahu.hujan.

bila-bila saya rasa malas nak pergi sekolah, saya mesti terus pergi ke toilet gosok gigi cuci muka dan tak mandi supaya bila dah siap segar bugar takdelah malas pergi sekolah. dalam tanak pergi sekolah tu saya pk-pk kerja sekolah yang perlu dilakukan (supaya nampak sangat saya kena pergi sekolah dengan jayanya) dan menambah-nambah kerja supaya nampak macam 'banyaknya kerja kena buat harini'

dah sampai sekolah semua perkara tu kebanyakan saya tak buatlah. sapalah nak baca jurnal taip thesis bila-bila sibuk ke hulu hilir buat kerja makmal? (taip blog boleh pulak).

bila-bila saya rasa mcm blog saya takde cerita menarik, saya selalu tengok-tengok blog kawan-kawan. bila rasa entri kawan tu best sket, mulalah tetiba aje semangat nak menulis. hangat-hangat tahi ayam.

bercakap pasal hangat-hangat tahi ayam ni, saya nak beli beskal. bukan jenis mountain bike yang ada 6 gear tu. saya nak beli dutch bike. atau saya panggil beskal jepun. yang besar, xde gear, ada carrier kat belakang, ada bakul rotan kat depan. bawak gi pasar best ni. oleh kerana perjalanan ke sekolah saya tak de bukit bukau maka saya sukalah basikal macam ni. masalahnya harga basikal ni lagi mahal dari harga mountain bike dan melebihi dari elaun makan sebulan saya. tapi... tapi... saya dah suka...

kerja gila saya bulan nam memang tak jadi. ada aje benda nak kena buat. presentasi la, meeting lah. ni yang saya tak suka kalau belajar. exam la, present2 la, conference la. i tak suka.

saya tatau sama ada saya penat atau stress atau banyak fikir, sejak kebelakangan ni saya asyik mimpi aje. pastu lepas mimpi terjaga mcm kena kejar hantu. sib baik sini sejuk, takdelah peluh2 sangat lepas kena kejar hantu. saya tak suka mimpi-mimpi ni, sbb roh saya penat aje nak lari-lari. kang kalau dia lari-lari sesat tak jumpa jasad saya macam mana?

haih, ari-ari asyik cakap pasal mati aje.

Tuesday, 9 March 2010

yume. (mimpi)

missCC mimpi pelik semalam.
eh, rasanya dua hari lepas.
dia mimpi kawan baik beliau dan anak-anak beliau.

dia senyum-senyum aje kat saya.
dia suh saya jaga dua orang anak lelaki beliau.
saya tanya, kenapa - nak pergi mana?

dia senyum aje.

tu aje yang saya ingat.
lama benar saya tak keep in touch dengan dia.
harini baru teringat nak text si ibu tersebut.

ok kah? sehatkah?

oh rupanya dia dah mengandung!
alhamdulillah. dapat lagi anak buah saya ni ye?

saya peliklah bila jumpa roh-roh yang saya tak teringat.
ceh ceh macam nak bercerita Ghost Whisperer aje :))

nota: ada juga seorang lagi kawan saya mengandung. dia kata tiba-tiba teringat kat saya. hmmm... jauhnya roh saya berjalan malam-malam.

Tuesday, 23 February 2010

pagi. tadi.

pagi tadi saya mengigau.
selalunya kalau saya mengigau maknanya saya sakit.
demam panas ke apa.
sebelum tidur pun memang rasa macam tak sedap badan.

anyway,
selalunya saya jarang ingat apa yang saya mimpi.
pagi tadi saya bebetul ingat apa yang jadi.
saya tahu saya mengigau pun sebab bila bangun dada saya sakit, dan saya rasa marah sangat.
selalunya orang terjaga tidur peluh-peluh kan?
pagi ni saya jaga lalu rasa mcm nak menjerit marahkan seseorang.
oh bukan seorang, tapi tiga orang.

mereka adalah budak-budak Aberdeen.
saya bengang sebab mereka cakap pasal saya belakang-belakang.
roh saya punyalah sakit sampai menjerit dalam mimpi saya.
macam histeria gitu.

ingat tak dulu saya cakap saya mimpi tangan hasben saya?
kali ni saya mimpi dia as a whole person.
tapi saya masih tak nampak muka dia.
dia baik sangat dengan saya.
baik gila.
masakkan untuk saya. kalau saya penat dia urutkan.
perghhh, mana nak cari laki mcm tu?

saya stress sejak dua menjak ni.
saya mengalami sindrom tak boleh duduk ramai2.
saya suka kalau duduk sorang melalak gelak2 sorang mcm org gila.
kalau ada orang kat umah, kena kaver2, saya tak biasa.
so, kalau saya stress rasa nak jerit atau nak baling2 barang, diamkan aje.
kang kejap lagi baiklah tu.

oh lagi satu.
sejak saya bagitahu TMC pasal Godzilla tak beri perhatian kat saya, buat derk dengan saya dan tak interested dengan projek saya, saya perasan sejak itu dia suka bawak co-SV jumpa saya

HARI-HARI.

ok, kalau sehari sekali takpela.
ni setiap pagi sebelum buat kerja dia sembang sekali. petang kol 2-4.30 cari lagi.
omg saya sangat stress ok?
semalam dia duduk sekali dengan saya bila dia tak puas hati dengan results saya mcm tu macam ni.

padahal saya tahu dia ade buat satu kesilapan dalam presentation beliau tanpa consult saya.
kalau saya cakap A, pastu dia present B - pastu bila saya cakap A, dia nak putar belit fakta supaya jadi B. saya cakap pelan-pelan. tak, tak. bende tu A. saya tahu sebab saya yang buat. dia tak puas hati. dia panggil co-SV saya. co-SV saya jenis cool aje. dia kata dia rasa benda tu A. tu pun dalam kelat2 baru dia nak percaya. so nak cover ego beliau, beliau tanak join discussion saya dengan co-SV.

saya benci lelaki bleh?

harini saya nak katakan saya benci lelaki sedunia!

Friday, 29 January 2010

weird.

Photobucket takde semangat.

saya mimpi pelik malam tadi.
saya mimpi nampak dua bulan mengiringi matahari yg cerah bersinar.
saya terkejut kemudian memanggil keluarga saya.

hari nak kiamat agaknya.
kami mahu keluar melarikan diri tapi semua orang pun memikirkan yang sama.
jadi kami pun terpaksa duduk di rumah.
rumah yang saya duduk semasa saya berumur 5-12 tahun.

kemudian dapat surat dari kerajaan yang menyuruh abah saya bekerja.
abah saya dah bersara kot?

dalam mimpi tu kata, dalam masa 24 jam kejadian bulan mengiringi matahari, matahari akan terbit dari barat. dan kemudiannya akan terjadi satu kejadiaan yang tak dapat dibayangkan.

24 jam selepas itu...

saya terjaga.

oh, azan subuh. tak tutup lappy sebelum tido rupanya.