sedang berehat-rehat.salam.
saya baru dapat update blog setelah seharian in nightmare.
perasaan semalam semacam perasaan saya pulang ke UK tiga tahun lepas.
sakit.sesak nafas.
insiden bermula di lapangan terbang dubai.
oleh kerana kami (saya dan cik I) transit di Dubai selama 9 jam, kami cuba untuk membunuh masa dengan cara efektif: iaitu TIDUR.
masalahnya: kami terpaksa tidur di atas kerusi besi yang tak berapa selesa.
ok. ok. mungkin ada kerusi yang boleh lunjur-lunjur kaki macam dalam business ataupun first class tapi takdelah selesa sangat.
pastu yang pulun tidur kat situ pak-pak arab dan india.
takkan nak tidur sebelah di0rang? (agak berbunyi perkauman sket di sini)
kemudian selepas sejam tertidur (cuba menidurkan diri), kami beralih ke surau.
nasib baik orang tak berapa ramai, kami cuba juga untuk tidur sejam dua.
masuk aje jam ketiga, rombongan dari warga tua yang berbuat umrah pun sampai.
mereka pun buat surau tu sebagai rumah kedua mereka.
anak merengek, makcik-makcik tidur berdengkur sampai gegar dinding.
tak lena tidur dan kelaparan, kami bersupper di burger king.
lepak-lepak. masih nampak kawan seflickr saya (sila baca entri sebelum ini)
nak tegur ke tak nak?
ok. kawan seflickr saya ni lelaki.
tu sebab saya segan.
dia budak glasgow.
dalam flickr bukan main baik (sbb dia suka komen gambar saya lepas sepuluh saat saya upload gambar-gambar baru)
sebelum ni pun ada jugalah chat sikit-sikit.
saya tahu muka dia, dia pun tahu muka saya (logiklah, abih ape keperluannya upload gambar di flickr?)
ok. nak tegur ke tanak?
last-last, oleh kerana saya perlu mengecajkan bateri komputer saya, saya pun ajak Cik I duduk di belakang budak tu.
kami cakap kuat-kuat supaya dia tahu kami
dia mulakan tegur kami.
borak-borak.
saya kata saya dari Dundee (tak berapa pandang dia sbb kami duduk membelakangkan beliau)
dia kata dia ada kawan dari Dundee.
saya tanya siapa? (saya tahu dia maksudkan saya)
dia cakap dia tak ingat.
oklah, saya pun play along dgn dia.
nama saya di flickr dan YM pun lain.
so saya tak salahkan dia tak ingat nama saya.
kemudian, kami bergerak untuk bersarapan.
dia dengan kawan beliau dan kami berdua.
kali ni kami duduk mengadap masing-masing.
saya masih tanak kenalkan diri saya.
saya tiba-tiba jadi pemalu.
(nota: saya pemalu sket kalau nak kenal kawan-kawan baru ni :P)
Cik I yang banyak cakap.
saya diam aje.
saya rasa saya awkward gila dengan keadaan macam ni.
tiba-tiba...
ada seorang perempuan datang meja kami nak duduk sekali.
dia kata dia terdengar kitorang cakap Melayu.
dia orang Mauritius kot tapi dah duduk lama kat Malaysia dan mengajar di KDU.
masa borak-borak, dia nak tahu nama seorang-seorang.
masa time saya tu, saya terfikir nak bagi nama saya yang lain (meaning bukan Amal) tapi mulut tersebut "AMAL"
budak tu terkejut.
muka dia berubah sket tapi dia tak cakap apa-apa.
lima minit kemudian, dia nampak beg kamera saya.
dia tanya Cik I "kamera awak ke tu?"
Cik I sengih-sengih cakap "bukan saya punya" sambil tunjukkan pada saya.
muka dia macam mahu meyakinkan sesuatu.
terus dia bertanya "ada flickr ye?"
saya teragak-agak nak jawab.
Cik I tengok saya mcm reluctant nak jawab, maka dia cakap ye.
saya tengok laki tersebut macam dah tick-tick checklist "ini kawan aku ke tidak" dalam kepala otak dia.
dia tanya... "NICKNAME kat flickr apa?"
saya dan Cik I saling berpandangan.
saya tanak jawab.
Cik I dah macam nak menahan gelak.
Cik I cakap "sila tanya tuan punya badan, dia ada mulut"
saya masih tanak cakap.
last-last Cik I cakap "CHERITA CERITHI"
dah tu, cuba teka ape reaksi lelaki tersebut?
"I DAH AGAK DAH!"
saya dah malu gila. bukan sahaja malu sbb tak kenalkan diri awal-awal.
saya malu sbb kantoi sebenarnya saya dah kenal dia tapi buat-buat macam tak kenal.
lepas sahaja dia tahu saya ni kawan flickr dia, dia terus tanya macam tentang kamera saya.
kemudian dia buka beg, ambil kamera dan terus tangkap gambar saya.
tanpa izin.
saya rasa tiba-tiba macam kena stalk.
banyak plak tu dia amik.
pastu dia tanak rasa obvious, dia tangkap gmbr cik I dan kawan Mauritius tu.
kemudian lepas beredar dari kafe tempat kami bersarapan, terus kami ke boarding gate.
Cik I ke tandas. saya duduk-duduk.
dia keluarkan kamera beliau.
saya cakaplah, "tangkaplah gambar plane, cantik-cantik."
dia kata "bosan"
saya pun macam nak agak dia nak tangkap gambar saya.
saya buat-buat busy.
malas nak layan.
last-last dia pergi kepada kawan beliau borak apa tak tahu.
nasib baik Cik I datang.
lepas borak-borak depan boarding gate, kami pun hairan kenapa tak ramai orang di boarding gate tersebut.
kemudian, dalam kepelikkan, saya dengan tak sedap hati ke screen untuk reconfirm kat mana boarding gate patut kami pergi.
masa berlepas: 7.50 pagi.
masa untuk notiskan boarding gate sudah berubah: 7.40pagi.
apa lagi. saya dengan kasut tumit tinggi saya berlari-lari dapatkan mereka dan katakan "KITA SUDAH TERSALAH GATE!"
saya tak sempat nak jeritkan pada penumpang lain.
lalu kami pun berlari-lari mendapatkan gate tersebut.
cuba teka berapa jauhnya gate tersebut dari gate yang kami berada sekarang?
lebih kurang satu kilometer.
kalau kami miss plane ini, kami terpaksa tunggu lagi 24 jam untuk penerbangan seterusnya.
saya sudah separuh jalan terus tanggalkan kasut dan berlari pecut untuk ke gate tersebut.
saya tak sanggup nak miss plane yang ini.
sampai aje di sana, kami terpaksa menaiki bas untuk ke plane.
jauhnya dari gate itu ke plane?
2 kilometer mungkin?
rupa-rupanya bukan kami aje tak tahu tentang perubahan gate tersebut.
ramai lagi.
untuk itu, plane terpaksa delay selama satu jam setengah.
saya blame epot Dubai sebab tak maklumkan di gate yang lama.
tapi nasib baik pilot pun considerate tentang masalah ni.
dahlah terbang lambat, waktu penerbangan pun sejam lagi lama.
maka, sepatutnya kami sampai pukul 12, kami sampai dalam pukul 2 petang.
masa tu terasa lama sangat.
dah makan, tidur, makan balik pun tak sampai-sampai lagi.
bila sampai sahaja di epot glasgow, kami terpaksa keluar paling lambat kerana masalah pintu.
dahlah tu, imigresen pun lembab.
kami hanya berjaya keluar dari epot pukul 3.30 petang.
bergegas mencari bas untuk ke train station.
dari Glasgow terpaksa ke Edinburgh untuk tukar tren ke Dundee.
itu sudah ambil masa 3 jam penuh (kalau drive dari GLA > DunDee hanya mengambil masa sejam setgh)
dalam perjalan dari Edinburgh ke Dundee, saya hanya boleh berdiri berdekatan dengan pintu tren kerana terlalu ramai manusia yang menaiki tren yang sama.
kaki dah sakit (nota: saya memakai hi-heels)
saya mengantuk, saya penat, saya busuk dan saya nak muntah.
10 minit sebelum sampai Dundee saya betul-betul rasa loya.
saya doa-doa cukupla-cukuplah tersiksa macam ni.
sampai aje di luar stesen, saya tanggalkan kasut.
beg terasa berat nak mati.
saya naik teksi terus balik ke rumah.
sampai aje depan rumah, saya takde duit kecil mahu beri pada pemandu teksi.
saya korek-korek duit syiling nasib baik ade.
itu pun cukup-cukup aje.
masa saya sampai aje rumah, saya terasa rumah saya seperti ALASKA.
sejuk nak mati sebab saya tutup heating system.
oh di Dundee sudah sejuk 10 darjah celcius.
saya mandi, kemudian baru saya perasan kaki saya bengkak macam perempuan 8 bulan mengandung.
saya rendam dengan air panas.
bengkak tak mahu surut.
masa tu rasa nak menangis.
sebab terlampau penat dan tak mahu berbuat apa-apa.
sebab almost 30 hours travel buat jasad dan minda saya letih.
lepas mandi, saya tidur.
alhamdulillah selepas 8 jam, saya rasa segar.
dan saya tidak ke sekolah hari ini.
saya malas. minda saya tidak bersedia.
apa nak jadi, jadilah.
saya malas nak layan.
apa yang ada hari ini adalah cerita korea dan youtube saya.
now i'm back to my world.