pagi tadi, senior saya masuk ke ofis dan tiba-tiba mahu borak panjang dengan saya.
kelihatan matanya berkaca.
takkanlah sebab saya datang awal dulu dari dia, dia dah menanges?
dia kata keje eksperimen beliau akan habis minggu depan.
tapi sel beliau semua mati.
saya dengarkan aje.
sel saya mati tiap2 minggu saya tak nanges pun?
saya berempati dengan beliau.
dalam saya nak buat kerja sendiri, saya tolong beliau bersihkan satu bilik tisu kultur.
dari A ke Z.
saya nak tolong sebab dia baik dengan saya walaupun kami tak pernah hangout makan tengahari mahupun tea.
maka, petang tadi dia offer saya brownies.
saya suka berbuat baik dengan org putih sbb mereka tahu menghargai.
mereka ekspresif.
ada sekali saya buatkan kek bday untuk kawan lab saya.
masa bday saya, dia janji nak buatkan homemade cake utk saya.
dan dia tak lupa buatkan walaupun jarak bday saya dengan dia jauh.
ada sekali tu saya tolong tukarkan media kawan saya, kalau tak mati sel kawan tu - walaupun dia tak minta.
in return, dia tolong saya bila saya katakan sel saya mati.
saya buat baik pada orang bukan mahu imuniti ataupun balasan.
siyes saya ikhlas.
kalau orang menghargai kita dengan berbuat baik kembali, tidakkah hati kita akan sama-sama jadi lapang?
berapa ramai yang tahu akan harga kebaikan?
berapa ramai yang tahu erti kawan?
orang kata: berkawan biarlah seribu, berkasih biarlah satu.
pada saya: berkawan biarlah tak sampai seribu, tapi semuanya baik-baik belaka.
saya pilih kawan kerana serasi.
saya pilih kawan bukan kerana sejarah hidupnya.
saya pilih kawan bukan kerana rupa dan harta.
tapi saya pilih kawan kerana dia sanggup tolong saya bila-bila saya susah, bila-bila saya jatuh dan bila-bila saya mahukan teman.
sebab saya tahu, dengan cara itu, saya boleh tolong mereka berkali-kali ganda.
encik abah selalu kata jangan sesekali susahkan orang. dan kalau ada nampak orang dalam kesusahan, tolong. kalau bukan dengan duit, dengan apa sahaja yang termampu.
saya masih ingatkan ada seorang kawan datang peluk saya sebab dia tak tahu mahu buat apa.
dia kata "you deserve a hug"
benda simple macam tu pun dah boleh sentuh-sentuh hati orang.
ada orang tak suka bila kita baik sangat.
ada orang menyampah kalau kita baik sangat.
saya mahu tanya kenapa kita nak fikir apa yang orang lain fikir?
dia ada bagi makan pakai kat kita kah?
bila saya tengok drama melayu malam tadi, saya rasa saya belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.
macam mana hidup saya nanti?
apa jadi dengan kawan-kawan baik saya di sini?
sabishii. sabishii.